Followers

Sunday, 11 December 2011

SLN 30 UBAT HAART YANG SAYA TELAN SEKARANG

SLN30

Ini SLN 30 atau di panggil Fixed-Dose Combination + Antiretroviral. Ubat ni adalah gabungan 3 ubat yang utama iaitu,

1 Stavudine - 30mg
2 Lamivudine - 150mg
3 Nevirapine - 200mg

Dulu masa mula-mula nak telan aku terpaksa makan 3 biji pil berlainan rupa seperti di atas ni iaitu Stavudine, Lamivudine dan Nevirapine, semua ini adalah ubatan dalam HAART, ada banyak lagi jenis ubat HAART tapi ubat diberi bergantung pada tahap kesihatan pesakit hasil ujian darah yang telah diambil dan diuji di makmal..

Stavudine, Lamivudine dan Nevirapine ini boleh memberi kesan senang cakap lain orang lain kesannya, so beberapa bulan pertama setelah memulakan HAART doktor nak tengok samaada tubuh badan kita mampu atau tak menerima ke tiga-tiga ubat diatas ni, kalu tak mampu kita akan diberi ubat yang lain. 

Alhamdulillah tubuh badan saya boleh menerima ke tiga-tiga jenis ubat di atas. Sepekara lagi segala yang diceritakan tentang kesan-kesan seperti sukar bangun tido, muntah, lemah badan, mengalami mimpi buruk dan entah apa lagi tu semuanya saya tak alami. Mimpi basah ada lah hahaha. Kita ni tunggu lah jugak nak rasa kesan-kesan tu tapi tak da....Senang cakap lain orang lain kesan nya, ada orang kesannya teruk ada orang langsung tak ada kesan sampingan langsung setelah mengambil ubatan HAART ini.

Selepas tempoh percubaan dua bulan, setelah doktor tengok hasil ujian darah saya ok ia pun tukarkan saya kepada  SLN30. Acctually SLN40 pun ada juga, bezanya antara ke dua ubat ini bergantung pada berat badan seseorang, tapi di Malaysia kita tak guna ubat SLN40 ni hanya SLN30 aje. Rugi juga tak ambil photo ke tiga-tiga ubat Stavudine, Lamivudine dan Nevirapine tu kalau tidak boleh kita share kan kat sini kan.

Dua ubat yang berwarna putih tu dipanggil Bactrim ubat sampingan yang lain, doktor kata  kalu CD4 aku melebihi 200 bectrim ni dah tak payah nak makan lagi.

So begitu lah alkisah tentang 2 jenis ubat yang dah hampir 2 tahun saya telan ni. Bagi mereka yang ragu-ragu tu nasihat saya kalu doktor kata mula telan, telan lah ya.......

Dibawah ini saya share kan semula pandangan yang saya tulis dalam blog seorang rakan, sekadar renungan bersama tentang pandangan saya tentang ubatan HAART

HAARTS yang kita dapat FREE dari hospital kerajaan ni antara rendah mutunya tu yang pernah saya dengar cerita lah, senang kata murah. Kerajaan beli kalau tak silap dari India. Memang murah jika dibandingakan dg HAART yang lain tu, murah2 pun yang paling murah pun belum tentu kita mampu belikan.

Saya pernah terbaca dalam akhbar meangatakan beberapa kandungan dalam ubatan HAART bahaya untuk untuk badan, dan saya pernah bertanya pada nurse dengan menunjukan keratan akhbar tersebut. Nurse ni specialist dlm kes hiv/aids.

Ia kata Msia dah tak da pilihan kerana kos ubatan HAART yang lain terutama yang kat USA amat mahal pembuat ubat mencekik darah orang dan bilangan pesakit kat Msia bertambah hari demi hari, setiap hospital kerajaan mendapat bantuan tahunan mengikut purata bilangan pesakit yang ada kerana itu kalau diakhir tahun kadang-kadang ubat tak cukup katanya (saya sendiri pernah menukar ubatan dulu tapi sekejap aje )apa pun msia sentiasa memberi ubatan yang paling sesuai yang telah di pereksa isi kandung nya dan kerajaan sentiasa memastikan ubatan HAART seminimum kesan buruknya.

Jangan kita percaya khabar angin mengatakan ubatan yang kita dapat yang dah kena reject dari negara lain, atau yang dah nak expiry date atau ada kata buatan yang tak bagus. Ya kalau nak bagus terpaksa lah mengeluarkan belanja yang mahal kan.

HAART sebenarnya terdapat banyak jenis yang dikeluarkan dari beberapa company besar dunia, kebayakan nya dikuasai oleh Amerika, kalu kita cari dan buat perbandingan dg negara Amerika misalnya. Amerika mengunakan ubatan berlainan yang tak pernah saya kenal nama ubat HAART tersebut berbeza yang kat Msia.

Contoh di Spore ubatan ubat HAART amat mahal,mereka tidak mendapat subsidi bantuan perubatan walau sesen pun dari kerajaan, bertuah kita berada di bumi Msia ini, dengar cerita pesakit disana terpaksa bergolokbergadai.Simpanan habis hanya kerana terpaksa membeli ubatan yang mahal.

Ya Allah mohon kita semua lahirkan rasa bersyukur kerana mendapat bantuan HAART free. Think positif saya ada dengar tentang persaingan company yang mengeluarkan ubatan, mereka sanggup sabotaj antara satu sama lain kerana mengejar keuntungan cuba tengok pergaduhan antara Apple dengan Samsung berlarutan hingga sekarang.

Bagi saya, saya hanya fikir yang baik ajer kemungkinan HAART yang kerajan beli dari India ini amat murah TETAPI amat berkesan bagi menolong kita +ve hiv hidup dg lebih sempurna.

Kemungkinan HAART yang kita ambil mempunyai kesan buruk yang paling kurang.

Haaaaaaa kerana ini ada pehak yang cemburu kan buat propaganda mengatakan isi kandung ubatan HAART yang terdapat di MSIA boleh memberi kesan buruk yang lain. Perlu kita ingat kalau kita telan makan paint killer atau pun panadol setiap 12 jam setiap hari dah tentu ada kemudaratannya kan.

Apa pun bagus lah kita disini dapat bincang tentang masaalah ini mengikut kemanpuan pengetahuan masing2.

HAARTS yang saya telan hari2 ini bagi saya adalah yang terbaik, kalu kita membeli dan makan ubatan yang terbaik dan mahal harganya pun boleh buat susah hati juga kan, nak ke kita pinjam kat AH Long duit nanti bila dah kering heeee.

Sepekara lagi lain orang lain kesan nya terpulang pada sejarah hidup lampau kalau seorang perokok dan peminum arak serta penagih dadah tentu kesan pada mereka tak sama dg orang yang tidak merokok, minum arak dan mengambil dadahkan. Antara ketiga3 mereka ini pun kesan buruk pun berbeza antara satu sama lain.

Alhamdulillah, alhamdulilah, alhamdulillah syukur dengan apa yang ada.

Wallahuallam



4 comments:

  1. Terbaiklah artikel ni .. gaya hidup yang positif juga satu gaya amalan hidup yang berkualiti sambil meningkatkan kualiti kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Thanks Ao dan AHP

    Saya sasarkan blog ni pada mereka yang diluar sana yang sesetengah bila melayari internet dan terbaca isi kandung ini. Moga mereka dapat sedikit pengajaran dan kefahaman.

    Insyaallah

    ReplyDelete
  3. saya disahkan hiv positif 9march 2012(cd4 114),da mula rawatan haart (tenvir/bactrim/hirapine)sejak 16 april.alhamdulillah tak ada masalah sampingan,dan bdn pun terasa lebih sihat sekarang.terima kasih najmi dan AHP,byk belajar dari pengalaman korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semoga awak semakin kuat :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST