Monday, 12 December 2011

SERBA SEDIKIT TENTANG SAYA

sambungan dari Pengenalan tentang diri saya;

Kali ini aku nak bercerita serba sedikit tentang kehidupan saya sejak memegang status positif hiv. Kalu ada yang baik boleh kita contohi jika ada yang tidak baik kita ambik ikhtibar dari secebis pengalaman kehidupan saya ini. 

Yang penting bagi mereka yang baru di sah kan +ve dan tercari-cari maklumat tentang hiv dan yang blur-blur tu elok lah juga membaca pengalaman hidup pesakit hiv yang lain untuk mengambil ikhtibar dan tahu tindakan apa yang perlu di ambil di hari seterusnya.

Usia saya sekarang dah 45 tahun tua dah kan, hampir 6 tahun saya hidup bersama virus hiv didalam badan ini, tanpa diketahui orang serta ahli keluarga saya hingga sekarang. Setelah berhenti kerja sejak 6 tahun yang lalu saya masih terus menganggur hingga ke hari ini. Kawan baik saya seorang yang berbangsa cina, selalu berkata yang saya ni pemalas walaupun secara bergurau (ia hiv –ve). 

Sekali sekali saya smash balik kat ia, kerana ia ni selalu merungut tentang pekerjaan ia, stress ia kat tempat kerja memang selalu ia rungutkan pada saya sampai ia pernah jatuh sakit dan terpaksa jumpa doctor kerana stress. 


Sebenarnya banyak tempat dah saya apply kerja tapi banyak company di sini tak nak terima orang tua seperti saya. Sebenarnya selepas saya berhenti kerja dan balik kampong saya memang dah mencuba hampir semua tempat yang saya rasa sesuai untuk saya mencari rezeki, sehingga sanggup nak berkerja kat 7eleven kat rumah, tapi dalam umur yang dah meningkat kebetulan saya agak memilih kerja masa tu, kerana saya cuba mencari kerja yang tidak menganggu ibadah solat 5 waktu saya, kalu boleh saya nak bekerja berdekatan dengan masjid kerana bila diri dah +ve amal ibadat menjadi amat penting dalam hidup masa tu, rasa hayat ni dah tak lama. 

Solat berjemaah dimasjid dah menjadi pekara yang penting yang perlu saya amalkan setiap hari sehingga pernah saya terfikir nak jadi muazin saja, melaungkan azan kat masjid pun jadi lah, dengo tugas muazin pun ada elaun kan kebetulan hati saya seronok dengan pengalaman Allah yang telah makbul kan doa saya untuk melaungkan azan di masjid belakang rumah hanya setelah beberapa hari hati ini meronta-ronta berdoa mintak nak try laungkan azan tu. Alhamdulillah terketar-ketar jugak lah tapi masih ada keberanian nak laungkan kebetulan muazin yang bertugas lewat datang ke masjid ketika itu.

Ia orang terus masukkan dalam akaun bank saya
Berbalik tentang kerja, kawan cina saya ni dalam perli-perli ia pada saya, dia dan seorang lagi kawan cina lain saya yang tinggal  di NY (dan dah berkahwin sesame jenis dg mat saleh kat NY tu hehehe) masih mahu menghurur bantuan wang pada saya. 

Kalau di kira-kira balik jumlah semua yang di beri mahu mencecah ribuan ringgit juga lah. Bukan saya minta ia terus masukkan dalam buku akaun kita okey jugak lah sekurang-kurang dapat meringankan beban saya sementara saya tak bekerja ini. Mereka faham keperluan saya sebagai +ve. Hanya mereka berdua saja yang tahu diri saya +ve selain doctor dan nurse. Tapi kawan yang satu dah jadi rakyat Amerika duk nun jauh kat sana, sorang lagi buzy tinggal di KL hanya sesekali berjumpa berbual-bual.

Sebenarnya nak kata saya malas tak lah jugak, cuma rezeki saya Allah kurangkan sikit aje. Alhamdulilah 6 tahun hingga hari ini mungkin berkat solat Dhuha setia hari yang saya lakukan Allah terus memberi rezeki pada saya, memang sedikit tak sampai RM100 sebulan yang saya dapat yang diberi oleh adik dan kakak saya. Duit tu lah yang saya guna setiap bulan. Cukup. 

Saya percaya rezeki yang Allah beri bukan hanya yang kita nampak depan mata melalui wang ringgit sahaja, tetapi kesihatan yang baik sehingga kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli ubatan juga satu rezeki dari Allah. Ingat saman atas kesalahan memandu laju atau salah letak kereta dan kena saman, kereta rosak yang perlu dibaiki contohnya itu semua tak da rezeki namanya. Allah ambil balik rezeki dari kita. Kalau Allah nak bagi kita rezeki musibah macam tu tentu Allah elakkan dari menimpa kita kan.

Kalau terasa nak melancung aku ambil cuti dan terus berangkat
Ok kalau nak tahu semasa saya berkerja di negara jiran dulu, saya adalah antara pekerja yang gila overtime. Pantang ada peluang dah tentu saya buat OT, sampai hari cuti pun saya sapu untuk dapatkan double pay tu. Tu pasal kalu dulu tiba-tiba terasa terfikir nak pi Hong Kong jalan-jalan, ke Cambodia tengok Angkor Wat atau ke Gunung Bromo di Jawa or ke Bali atau tiba-tiba ternampak pemandangan indah lembah Hunza di Gilgit utara Pakistan melalui majalah dan terasa nak pergi dan kebetulan ada cuti saya akan terus beli air tiket, tup tup seminggu kemudian dah ada kat sana. 

Tidak ada istilah malas saya ketika sebelum disah kan +ve dulu hingga pernah saya tak balik rumah sebab saya buat overtime hampir 24 jam. So bila kawan saya kata saya pemalas hmmm sikit-sikit tu agak terkilan jugak lah.

Satu lagi masaalah saya walaupun dah 45 tahun saya ni masih tak tau memandu kereta dan tak ada lesen motor. Pelik kan. Maybe akibat accident dulu-dulu hingga saya tawar hati nak memandu. Cuma sekarang ni aje ada rasa nak try memandu tapi dah tak da orang nak ngajar pulak. Saya sebenarnya lebih selesa menunggang basikal mountain bike sejak dibangku sekolah lagi dan lebih kerap sejak 6 tahun lalu setelah di sahkan +ve. 

Menjadi tunggangan harian saya
Hampir setiap hari saya menunggang hampir 10km kadang-kadang lebih. Nak ke shopping komplek kat tengah bandar, nak ke padang untuk berjogging, nak berenang kat swimpool awam, nak berjumpa doctor, nak ambil ubat kat hospital yang terletak hampir 10km tu semuanya saya guna basikal. Ya hingga hari ini saya masih menunggang. Teringat saya ketika saya berada di Lhasa Tibet, kalu bukan kerana saya yang baru tiba dari Kathmandu tentu pelawaan seorang pengembara Jepun yang mengajak saya menunggang basikal bersama seorang lagi kawan berbangsa Eropah ke Nepal melalui dataran tinggi Tibet tu akan saya terima. Menunggang basikal untuk sampai ke Kathmandu mungkin mengambil masa hampir sebulan. Bukan kah itu satu pengalaman paling menarikkan.

berjalan hampir lebih 10 km semasa CD4 pada kiraan 12
Okey nak saya kongsikan bersama disini, pada ketika kiraan CD4 saya 12 saya masih kuat berjalan pulang dari hospital setelah mengambil keputusan CD4 di hospital swasta, berjalan kaki hampir lebih 10 km pulang ke rumah (itu time tengah terkejut lah tu bila lepas tengok keputusan tu hahaha). 

Seorang sukarelawan ketika saya berjumpa semasa sessi pertama saya berjumpa doctor berkata maybe kerana saya menunggang basikal hari-hari hingga membuatkan tubuh dalam badan saya agak kuat. Sepekara lagi saya tidak minum arak, tidak merokok, jauh sekali dadah hanya salah saya kerana terbabas sedikit tu ajer… Faham-faham lah ya. Apa pun basikal telah menjadi satu keperluan penting buat diri saya. Ini telah serba sedikit membantu menguatkan tubah badan saya dengan bantuan dan kehendak Allah.

Opppsss…. Sambung pasal kerja, sampai la ni saya masih mengganggur. Kadang-kadang nak kerja pun takut jugak. Takut stress, tau-tau lah politik dalam tempat kerja boleh buat CD4 menurun nanti hehehe. Apa pun hingga kini saya berserah pada Allah, sekarang saya dah tak kisah kalau kerja pump minyak pun kalau bagus buat diri ini, saya akan buat. Yang penting saya berdoa Allah gerakkan hari saya untuk saya mendapatkan satu pekerjaan yang paling sesuai, pekerjaan yang tidak melalaikan, pekerjaan yang yang boleh mendekatkan diri ini semakin hampir padaNya. Dan saya serah kan pada nya sekarang. Kita tunggu dan lihat.

Alhamdulillah pada ketika ini saya tidak ada tanggungan hutang bank ker, kereta ker, hutang rumah yang saya beli share dengan kakak pun dah lama langsai, dalam EPF adalah tinggal sikit lagi. Apa pun saya cuma ada hutang sikit pada mak yang tolong langsaikan hutang credit card saya dulu dalam 8K hahaha. Tapi ia cakap tak harap sangat saya bayar balik, kira halal lah tu. Apa pun insyaallah saya akan pulangkan semula. 

Alhamdulillah, berkat kerja keras masa di negara jiran dulu saya ada buat pelaburan sikit di sana. Actually bolah keluarkan sekarang tapi sengaja saya nak tunggu beberapa tahun lagi sehingga tamat tempoh matang pelaburan saya disana tu. Nanti boleh lah keluar kedua-duanya sekali tu pun kalu panjang umur, kalau tak kaya lah kakak saya kerana ia lah yang boleh ambil semua simpanan tu nanti kiranya saya bertemu Allah.

Walau bagaimana pun saya berharap pada ketika itu diberi kekuatan tenaga serta sihat tubuh badan untuk memenuhi satu impian saya ni yang paling nak saya buat. Lama juga sudah saya berdoa pada Allah agar dimakbulkan impian saya melaksanakan ibadah umrah. Saya berterusan berdoa pada Allah agar dimakbulkan keinginan saya itu, yang penting pada masa itu CD4 saya harus cukup kuat. Tapi kalau Allah tak nak jemput saya ke sana pun tak pa lah tentu ada sebab musababnya kan. Saya terima jer. Saya redha.

Syukur juga kerana mendapat hiv ni, kalu tidak kerana mendapat penyakit ini dah tentu hati ini sekeras macam batu dan tak pernah nak berniat langsung ke sana. Kerana +ve lah yang telah membuat saya menukar hampir 360 darjah cara kehidupan saya sekarang, walaupun perubahan berlaku berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang diuji Allah dengan mendapat anugerah penyakit ini, usah berkeluh kesah sangat cuba “think positif”. Allah maha Adil dan ia amat tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya. Kita yang +ve ini adalah antara insan yang terpilih dan telah di kuit atau yang di ‘poke’ oleh Nya agar kita sempat merenung kembali kehidupan lampau yang telah kita lakukan dan bermuhasabah diri. Tentu ada yang tak kena, mungkin kita sangka kita tidak pernah buat salah, tidak pernah buat maksiat, kita ini baik sepanjang hidup, tapi Allah maha mengetahui. Berbaik sangka dengan Allah dan berfikiran positif walaupun kita sendiri sudah positif hiv ni hehehe

35 comments:

  1. nice sharing.

    klu nak belajar memandu dtglah temerloh,time AHP wat gathering. leh sewa keta n ajar awk. kwn2 ramai yg expert hu hu hu dari awk je nak dtg ke tak.

    ReplyDelete
  2. Amin amin amin semoga dapat pergi haji yang seperti di inginkan.. wah betul-betul mencabarkan tapi apapun kalau dah gengam biar sampai jadi abu!

    Saya waktu baca dan rasa macam saya ni HUEI hihi .. bestla dapat pi jalan rata-rata .. harap lepas ni rajin ceritalah tenteng negeri orang tuh....

    Apapun.. all the best!

    ReplyDelete
  3. salam...
    baru berkesempatn utk singgah disini..
    tq sebab byk kisah yg dikongsikan utk pengajaran...

    ReplyDelete
  4. Thanks semua,

    insyaallah segala apa yang saya nak sharekan disini dan seterusnya nanti biar dibaca oleh mereka terutama yang tengah mencari-cari tentang info hiv/aids tu.

    AO memang tengah genggam kuat2 ni.

    ReplyDelete
  5. Hai awak.

    Tatau nak kena panggil uncle ke abang neh :)
    Hehe.

    Btw As pun baru je nak buat entry pasal rezeki ni. Sebab As baru berhenti kerja.

    Banyak ke sikit tak penting, yang penting keberkatan. Bila berkat Allah bagi, memang akan cukup insyaAllah.

    Jagalah akhirat kita, dunia automatik akan datang insyaAllah. Jaga solat, insyaAllah.

    Moga Allah rahmati. Ameen!

    ReplyDelete
  6. salam singgah sekali lg..hehe

    dah khatam baca semua entry

    bak kata as, xtau nak panggil abg ker uncle

    apapun keep on writing, sgt seronok terutama cerita2 holiday tuh..

    ReplyDelete
  7. As
    Betul yang penting berkat

    frz.sfn/As

    panggil jer Naj Mi panggil uncle rasa dah tua bebenor hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah Naj Mi.
    Moga diberkati dan diperluas pintu rezeki.

    ReplyDelete
  9. saya menangis sendirian apabila membaca entry ini.
    saya menangis bukan sedih tapi kagum dengan semangat saudara.

    saya berharap, saya boleh menjadi setabah saudara

    saya sentiasa mencuba utk berpikir secara positif atas setiap apa yg berlaku dan percaya semua yg berlaku, ada hikmah nya

    ReplyDelete
  10. ya uzzi,

    sebenarnya bukan senang untuk memperolehi sesuatu yang dipanggil ketabahan, malah tidak ramai yang mampu perolehinya, tapi kita masih berpeluang dan boleh mendapat hanya dengan pertolongan Allah swt

    berdoa dan berserah pada Allah, Allah satu-satunya tempat kita minta pertolongan

    ReplyDelete
  11. Entry yg bagus..entry ni memberi semangat pd saya utk terus hidup walaupun +ve...
    saya percaya apa yg Allah uji pada hambanya ad hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  12. homealone
    Mudah-mudahan awak terus bersemangat :)

    ReplyDelete
  13. Miss Sue,
    Lain orang lain pengalaman hidup yang mereka tempuhi, semuanya dugaan Allahkan.

    ReplyDelete
  14. izzu,
    Alhamdulillah kerana suka... :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah kerana Naj Mi sempat berubah....
    kuatkan semangat... bahagia menanti di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faridzuan isa,

      Insyaallah... terima kasih... doakan :)

      Delete
  16. salam abg najmi
    sy doakan abg sihat sentiasa
    kagum dgn semangat dan kekuatan abg
    harap saya ad kekuatan yang sama untuk tinggalkn dunia gay
    amin

    ReplyDelete
  17. Anonymous,

    W salam,
    Terima kasih kerana mendoakan mudah2an awak juga diberi kekuatan rahmat taufiq dan hidayah insyaallah... Sukar sebenarnya hendak meninggalkan dunia ini, saya juga pada hari ini masih belum sempurna meninggalkan dunia ini, naluri tetap masih ada cuma saya semakin dapt mengawal... Thanks :)

    ReplyDelete
  18. Nurunn a'lan nur25:24
    Hi..terasa seronoknya kalau sy boleh pegi
    keje dgn naik basikal mcm awak tau..
    nt blh ajarkn sy naik basikal ye..hu hu.... :-)
    bangga dgn semangat awak...teruskan
    menulis ye..

    ReplyDelete
  19. Nurunn a'lan nur25:24

    Ya.... kalau pi kerja naik basikal kan boleh jimat duit, tak perlu minyak kan...:)

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum
    Saya dtg membacanya sekali lagi...kini saya faham maksud redha..bukan mudah jika
    hati sentiasa keluh kesah dgn ujian Allah yg cuma sikit ni..mendalam maksud yg tersirat
    yg awak nak sampaikan...syukran..
    Moga jangan jemu menulis ye..Jaga kesihatan Najmi ye..

    ReplyDelete
  21. Anonymous,

    Terima kasih... insyaallah saya akan terus menjaga kesihatan sebaik mungkin.... :) Bagi saya saya tetap kata yang saya syukur kerana dikurniakan HIV....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-)
      Syukran...Naj Mi.
      Syukur pada Allah.. dianugerahkan dengan hiv+ve
      dalam diri saya juga......

      Delete
  22. Najmi..
    baca blog awak ni buat saya lebih bersyukur ttg kehidupan
    smoga rezki awak murah selalu

    ReplyDelete
  23. Irfa

    Terima kasih kerana mendoakan... mudah-mudahan awak juga dirahmati Allah sentiasa...:)

    ReplyDelete
  24. Menitis air mata ni baca apa yg ditulis. Semoga dikuatkan allah semangat saudara. Teruskan memberi inspirasi kepada yang lain. Insyallah...ada jalan yg allah nak tunjukkan kepada saudara dan yang lain.

    Fazli
    Kota Bharu, Kelantan

    ReplyDelete
  25. Fazli
    Kota Bharu, Kelantan

    Terima kasih...banyak-banyak....:)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum bro najmi,

    you inspire people with this piece of story...stay strong...Allah adalah sebaik2 pengadil...:)

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum.. saya dari Indonesia.

    saya mencoba merasakan apa yg dirasa.. mungkin kalau saya gak kuat menjalaninya..
    sebenarnya saya malu tapi kalau boleh cerita saya seorang gay.. sebenarnya diri menolak keadaan itu.. saya mencoba untuk hidup normal tapi susah.. perkara saya, adalah nafsu yang susah dikendalikan.. terutama saya lihat banyak sekali gay dimana-mana.. selepas ujian hiv negative, saya berusaha untuk tidak melakukan hubungan beresiko lagi.. dokterpun bilang berbahaya dan berdosa.. tapi hati saya ingin sekali berhubungan badan lagi dengan daddy gay bear.. hee (maaf).. abang Naj Mi tolong nasihatkan saya, HIV itu sebenarnya ada tidak? saya tidak pernah melihat orang HIV saya hanya tau dari internet dan beberapa artikel.. juga bagaimana mengubah mindset bahwa berhubungan seksual sesama jenis mahupun bukan muhrim itu adalah HARAM dan BERDOSA.. tapi terkadang saya masih nakal.. antara ingin dan takut hiv.. dokterpun bilang kondom tidak 100% membebaskan diri dari HIV.. kenapa susah sekali mengendalikan ini.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Abg ada HIV, jadi pandangan abg HIV itu ada. Abg tahu ada kelompok lain yang kata HIV itu hanya rekaan..terpulang pada mereka, sebab abg sudah mengalaminya. Seorang gay sangat sukar hendak berubah, dan memang tidk boleh berubah menjadi strg8 TETAPI nafsu kita itu boleh dikawal. Kawal dg iman dan takwa. Jadi teruslah berdoa kepada Allah semoga diri kita sentiasa berada didalam keberkatan serta dibawah perlindungan NYA..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST