Saturday, 17 December 2011

UJIAN SARINGAN HIV/AIDS UNTUK BERKAHWIN

AIDS (Acquired Immunodefiency Syndrome) adalah gejala pelbagai penyakit kronik menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang disebut HIV (Human Immonodefienc Virus). Virus ini secara perlahan-lahan mereputkan sistem kekebalan tubuh dan dalam tempoh lima hingga 10 tahun pengidapnya mengalami pelbagai gejala penyakit yang menyebabkan maut. Setakat ini tidak ditemui ubat yang boleh mencegah atau merawat HIV/AIDS.

Dunia
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 2007 didapati seramai 33 juta manusia telah dijangkiti HIV/AIDS yang terdiri daripada 30.8 juta orang dewasa, 15.5 juta wanita dan kanak-kanak pula berjumlah 2 juta orang.

Menurut WHO lagi, sejak 1981 hingga 2007 seramai 25 juta pengidap AIDS telah meninggal dunia. Benua yang teruk mengalami wabak HIV/AIDS ialah Afrika di mana terdapat 11.6 juta kanak-kanak mengidap HIV/AIDS dan yatim.

Malaysia
Sementara itu, kedudukan di negara kita pula, menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 2007 didapati seramai 80, 938 orang pengidap HIV, 13, 635 orang pengidap AIDS dan seramai 11,539 orang pengidap AIDS telah meninggal dunia. Menurut sumber itu pada masa ini kira-kira lima orang pengidap AIDS meninggal dunia sehari.

Apa yang paling membimbangkan berdasarkan penemuan kajian oleh KKM pada 2007, didapati 72 peratus pengidap HIV/AIDS adalah terdiri daripada orang Islam. Pengidap wanita menunjukkan peningkatan yang ketara. Daripada 1.1 peratus (1990) bertambah menjadi 16.3 peratus (2007).

Pada awalnya, kes-kes HIV/AIDS banyak ditemui daripada mereka yang mengamalkan homoseksual, tetapi pada masa ini banyak dikesan mereka yang mengamalkan seks bebas, pelacuran, dan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah.

Kajian KKM pada 2007, mendapati penyebaran HIV/AIDS melalui perkongsian jarum suntikan paling tinggi meliputi 57.3 peratus, hubungan seks 32.9 peratus dan selebihnya melalui kelahiran, pemindahan darah yang tercemar dan lain-lain.

Bagaimanapun menurut KKM lagi, didapati penyebaran HIV/AIDS melalui perhubungan seksual sedang meningkat iaitu daripada 5.2 peratus (1990) bertambah menjadi 32.9 peratus pada 2007.

Persoalan besar timbul ialah apakah pencegahan yang sesuai diambil dalam mencegah dan merawat gejala HIV/AIDS ini?

KKM dari segi aspek kepakaran perubatan telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah dan merawat penyakit HIV/AIDS. Antara pendekatan yang diambil ialah mengedar kondom, membahagikan jarum dan memberi methadon kepada pembawa HIV/AIDS dan penagih dadah.

Pendekatan ini menimbulkan kontroversi di kalangan ulama dan masyarakat. Bagaimanapun ulama bersetuju jika pendekatan yang diambil KKM itu dibuat kepada penagih dadah dan pengidap HIV/AIDS tegar.

Pada 18 Disember 2008 dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bagi HIV/AIDS, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pada tahun 2009 ujian saringan HIV/AIDS akan diwajibkan kepada semua pasangan Islam yang hendak berkahwin. Arahan beliau itu telah mendapat ulasan daripada pelbagai pihak.

Berdasarkan analisis ulasan itu, didapati sebahagian besarnya memberi pandangan positif. Mereka hanya berbeza dari segi tahap positif, sama ada memadai dengan sukarela atau bersetuju diwajibkan. Pihak yang menentang ujian saringan beralasan ia bercanggah dengan hak asasi manusia.

Isu HIV/AIDS bukan hanya persoalan kesihatan atau kedoktoran semata-mata tetapi berkait rapat juga dengan isu keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mereka yang hendak berkahwin adalah dalam rangka membentuk keluarga bahagia dan mewujudkan generasi yang berkualiti. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah mengapa Ujian Saringan HIV/AIDS ini diwajibkan dan bukan sukarela?

Gambar hiasan

Ujian saringan dibuat secara mandatori kerana:

-Pertama: Wabak HIV/AIDS amat menakutkan berbanding penyakit lain dan menyerang dunia secara perlahan-lahan melemah, mengaibkan keluarga dan menghapuskan nasab manusia.

-Kedua: Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, salah satunya ialah menjaga kesucian nasab bagi mewujudkan generasi yang sihat.

-Ketiga: Mencegah kemudaratan yang ada pada individu dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain.

-Keempat: Menutup punca kemudaratan (Saddu az-Zaraa’i) agar tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada manusia.

-Kelima: Sebagai kempen kesedaran penjagaan kesihatan ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’.

-Keenam: Keputusan resolusi seminar yang dibuat untuk mencegah wabak HIV/AIDS.

Gambar hiasan

Jabatan Agama Islam Negeri Johor adalah perintis pertama pada 2001 mewajibkan pasangan yang hendak berkahwin menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Selepas mendapat sambutan hebat dan kepuasan daripada ibu-bapa, orang alim, imam-imam, pemimpin masyarakat dan bakal-bakal pengantin sendiri maka beberapa negeri lain mengikut jejak negeri Johor.

Negeri Melaka, Perlis dan Selangor mula mewajibkan pada 2005 dan diikuti oleh beberapa negeri lain. Ini bermakna ujian mandatori bukan dibuat secara membuta tuli atau tangkap muat tetapi dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengambil kira analisis persekitaran dan kesan positif ujian saringan itu.

Pada 2007, misalnya seramai 144, 267 orang menjalani ujian saringan HIV/AIDS. Daripada jumlah ini didapati 90 kes (0.04 peratus) positif HIV/AIDS dan 12 kes meneruskan perkahwinan. Sekurang-kurangnya ujian ini telah memberi peringatan dan amaran awal tentang kesejahteraan rumah tangga mereka.

Ujian saringan dibuat di hospital atau di Pusat-pusat Kesihatan Kerajaan dan diurus mengikut piawaian perubatan. Pada ketika ini KKM memberi kerjasama dan sokongan amat kuat pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menyedari bahawa langkah mandatori itu bukanlah menjamin secara mutlak keberkesanan pencegahan HIV/AIDS. Tetapi ia sebenarnya sebagai sebahagian langkah menyokong pendekatan bersepadu lain yang diambil oleh KKM, Majlis AIDS Malaysia, individu dan lain-lain Pertubuhan  Bukan Kerajaan dalam pencegahan HIV/AIDS.

Usaha juga sedang dibuat memberi latihan kepada para imam dan pemimpin agama bagi membantu mengurangi stigma di kalangan masyarakat serta membimbing pembawa HIV/AIDS kembali ke pangkal jalan masyarakat. Dalam usaha menjalankan pencegahan perkara munkar ingatlah peringatan Allah dalam surah al-Maaidah, ayat 2, bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan janganlah kamu bertolong-tolong pada melakukan maksiat.

- Ghafani Awang Teh ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jakim.

18 comments:

  1. Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit HIV saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti HIV,skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
    https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

    ReplyDelete
  2. Nak tanya abg naj mi.. sy dh lama tahu pasal tunang saya ader HIV.. tapi kmi cadang nk teruskn jga perkahwinan kami.. eerr.. lau buat ujian saringan tu kan.. pihak2 mana jer yg tahu ya? Imam/tok kadi ker, pegawai jakim ker, saksi ker, ada sape2 ke yang perlu tau tak pasal hal ni masa nak nikah nanti..?
    Owh ya.. Klu ada kes mcm ni, sya ada dgr psal borang kbenaran bkahwin.. Yang tuu, ada kena mention ker yg pasangan kita ni ada HIV?
    Klu boleh kami cadang, biar kami jer yg tahu pasal status dier..
    Inshaallah tak akan ape2 yg penting restu ayah bonda..
    Tak nak mereka tahu nti kesannyer memudharatkan..
    Bru nak attend kursus khwin, tapi risau jugak kene buat ujian dulu..
    Mohon informasi awal dari abg naj mi.. Thanks.. -Dhamya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dhamya,

      Sebenarnya abang tidak beberapa pasti mengenai proseder perkahwinan ini, terutama bila melibatkan pasangan yang ada HIV. TETAPI abang ada dengar dan ada kawan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa sama rahsia pasangan yang ada HIV terus dapat dirahsiakan.

      Setahu abang kalau Dhamya dan tunang buat ujian HIV dan bila pasangan Dhamya disahkan ada HIV , maka yang akan diberitahu adalah anda berdua sahaja, bermakna tidak ada orang lain yang akan tahu.

      Jika ditanya pada jabatan agama yang menguruskan hal ehwal perkahwinan ni, mereka akan nasihatkan agar diberitahu pada keluarga pasangan yang tidak ada HIV mengenai status pasangan mereka yang ada HIV, TETAPI setahu abang lah hak nak beritahu tu terletak pada Dhamya dan tunang.

      Macam abang kata ada seorang kawan yang mempunyai pasangan positif HIV telah melangsungkan perkahwinan mereka tanpa mendedahkan rahsia pasangannya, jika mereka boleh lakukan bermakna Dhamya dan pasangan boleh lakukannya (terus rahsiakan status pasangan tersebut). Add abg kat facebook, insyaallah abg akan hubungkan Dhamya dengan pasangan tersebut, mungkin Dhamya boleh tanya pengalaman mereka.

      Wallahuallam

      Delete
  3. Salam. Sy dlm process utk melangsungkan perkahwinan. Tp yg membuatkan sy pening skrg ni ttg status sy sbg hiv postif. Adakah result hiv akan didedahkan pada keluarga? Sbb sy da call pej agama dorg kata keluarga juga akn dipanggil utk sesi kaunseling. Mknanya tak blh dirahsiakan la status ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Disebabkan abg tak pernah alami alam perkahwinan ni abg tidak pasti dengan prosedur yang perlu sorang PLHIV lalui. Tetapi ada beberapa rakan abg yang telah melangsungkan perkahwinan, mereka boleh merahsiakan status diri dari pengetahuan keluarga. Yang penting pasangan kita sahaja yang perlu tahu, sama ada nak beritahu kepada famili bergantung pada saudara dan bakal isteri (suami). Tidak ada sesiapa yang boleh mendedahkan status diri saudara tanpa kebenaran saudara..Wallahuallam

      Boleh dapatkan pandangan kat Majlis AIDS Malaysia...

      Delete
  4. Salam bang...saya x ada sakit tekak x ada demam,x ada sakit tekak teruk..
    Tp berpeluh malam..adakah ia tanda hiv

    ReplyDelete
  5. Salam bang...saya x ada sakit tekak x ada demam,x ada sakit tekak teruk..
    Tp berpeluh malam..adakah ia tanda hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buat aktiviti berisiko? Jika tak ada demam tu bukan sebab hiv. Pengalaman abg dulu lepas dpt jangkitan hiv abg tak pulak alami peluh malam, abg ada alami peluh malam bila dah dapat aids iaitu sekitar selepas 5 tahun dr tarikh dijangkiti.

      Mungkin peluh yg saudara alami tu sebab cuaca skrg yg panas, dan tak ada kaitan dg hiv.
      Jika ada buat aktiviti berisiko nasihat abg kena buat ujian hiv lah

      Delete
    2. Saya ada buat bnda berisiko 2 bln lpas tp sy cek negatif
      .skrang dah nk complete 3 bln..sy selsema

      Delete
    3. Tidak semestinya bila dah buat aktiviti berisiko mesti dpt hiv, ikut nasib jugak. Jika kebetulan kita buat dg pasangan yg tak ada hiv maka tak ada jangkitan lah. Ada kala jika pasangan kita tu ada hiv tapi kebetulan jumlah kuman atau virol load dalam darahnya undetecteble maka risiko kita dijangkiti sangat2 rendah.

      Result negatif selepas 2 bulan itu satu petanda sangat baik, kemungkinan ianya akan tetap negatif selepas 3 bulan, so usah risau sangat ok..

      Delete
    4. Semalam adalah tarikh cukup 3 bln..so kalau esk saya cek negatif memang comfirm sy bebas ke

      Delete
  6. Adakah demam ringan semestinya petanda hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang ada buat aktiviti berisiko maka kalau demam tu satu kemungkinan. Perlu diingat banyak penyakit lain kalau dah dijangkiti akan mengalami simptom demam contoh kslau dpt denggi, kalau dpt penyakit kelamin seperti gonorea. Demam ringan tak semestinya hiv.

      Delete
  7. Salam bang ari tu ada orang ckp kalau dah lps 3 bln kita negatif..x kan jadi positif kalau x buat benda berisiko lagi...knp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, betul tu sebab tempoh 3 bulan tu ditetapkan oleh WHO (world health organizations), lepas 3 bulan dah dikatakan muktamad dan tepat.

      Delete
  8. Salam bang tp knp org ckp jgn ulangi lagi..kalau x jd positif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada kita sama ada nak ulang ujian setiap hari pun tak mengapa, janji puas hati. Apa yang penting nak diberitahu disini ialah selepas ujian HIV (lepas 90 hari dr tarikh aktiviti berisiko) jika negatif maka tak perlu ulang lagi sebab ianya dah tepat

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST