Wednesday, 21 December 2011

KEMATIAN

Suatu kematian yang pasti
Malam semalam tengok rancangan Halaqah TV 9 tajuknya “bil terakhir” senang kata berkisar tentang persiapan tentang mati. 

Mati bila-bila masa boleh berlaku dalam akhbar hari ini enam orang mati akibat kemalangan bas di Brunei, terbaca juga beberapa hari lalu kisah seorang jemaah haji yang baru pulang dari melakukan ibadat haji di Mekah maut juga akibat kemalangan ketika sudah kembali ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Hampir setiap hari ada aje berita tentang kematian yang kita baca dan tonton.  

Tapi apa perasaan kita?

Dulu sejak kecil saya tak pernah terfikir tentang mati asyik nak berseronok ajer. Bila meningkat remaja pun walaupun ada terfikir tapi tak takut kerana kita percaya mati hanya bila dah jadi tua, walau pun banyak kisah orang muda mati kemalangan contohnya tapi semua tu tidak pernah difikir langsung. Bila dah menjangkau setengah abad kalau teringat mati cepat-cepat alihkan fikiran dalam otak, beralih memikirkan tentang keseronokan hidup dan  tak nak ingat mati, tak best buat susah hati. Itu lah tanda-tanda sifat penyakit ‘wahan’.

Haaa itu semuanya kisah sebelum aku mendapat virus hiv. Lepas dah dapat hiv baru ada rasa takut, takut yang membawa kepada kebaikan dalam diri ini, takut sehingga mula mempersiapkan diri ini dengan amalan yang sebaik mungkin sebelum datangnya mati.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya ,
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi saw. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.   

Seorang sahabat bertanya,   
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi kita menjawab,  
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Sepanjang hidup kita ni  ada pernah mengalami beberapa kisah kematian orang-orang yang rapat. Antara yang paling rapat adalah adik lelaki dan bapa. Dah tentu ada kisah disebalik kejadian yang amat terkesan dalam diri ini bila mengenangkan kisah lalu.

Semasa usia remaja biasa lah kalau lahir dalam keluarga besar, bertengkar bergaduh dah jadi adat. Saya dengan adik lelaki yang jarak usianya dua tahun muda dari saya tu sememangnya seperti anjing dengan kucing. Selalu bergaduh dan ada satu ketika pernah bertumbuk di malam buta diluar rumah. Entah lah ada saja benda yang ia buat yang berbulu dimata ini, lagi dilarang lagi dibuat contohnya merokok. Kita larang ia merokok, lagi ditayangnya  merokok depan muka ni. Walaupun mak tak kisah tapi saya amat kisah. Walau bagaimana pun saya pun tentu ada juga buat salah dan tentu ada juga perbuatan saya tak betul yang ia tak suka, tapi dua-dua keras kepala. Kerana itu saya memilih kerja ditempat yang jauh dari kampung. 

Di kampung ketika saya berehat cuti sakit selama 6 bulan akibat accident jalanraya hingga patah tangan. Dan terpaksalah berulang alik ke hospital kerana nak 'repair' tangan yang doktor sendiri dah kata kemungkinan tidak akan pulih, senang cakap lumpuh kerana tidak mampu digerakkan langsung. Kerana accident tu jugalah saya amat fobia dengan kereta. 

Mula memang ada rasa nak ambil lesen kereta dengan kawan sekerja sebelum accident berlaku tapi lepas accident langsung tak ada hati nak try ambik. Orang lain kalau tengok keadaan kereta yang saya naiki remuk teruk itu mesti ia orang pasti cakap semua penumpang dalam tu "pasti jalan.......",  tapi hakikatnya semua 5 orang selamat. Nasib baik juga langgar tembok diselekoh jalan kalau terjunam dalam gaung, dah tentu saya tidak merasa hidup bersama virus hiv ni kan dan dah tentu blog ni pun tak akan ujud.


Adik lelaki yang pendiam

Adik lelaki mati serta merta di tempat kejadian
Masih ingat disatu petang kat rumah dikampung lah, ketika saya dibilik mandi tiba-tiba terdengar suara orang mejerit terkejut di luar rumah, serta merta hati berdebar dan tahu sesuatu yang buruk telah berlaku. Emak dah terduduk di halaman pintu rumah menangis terkejut, bapak masih nampak cool lagi. Rupa-rupanya seorang kawan adik datang memberitahu motosikal yang adik saya tunggangi accident  bertembung berdepan dengan sebuah motosikal yang lain. Ia kata adik lelaki saya mati di situ juga. 

Bapak gagah kan diri pergi ketempat kejadian yang terletak lebih kurang 2 batu dari rumah. Di intai nya dicelah-celah orang ramai kelibat anaknya yang terbaring dijalan raya. Lebih  meyedihkan bila melihat orang menarik kasar mayat anaknya yang dah kaku, bapak kata ia orang tarik rambut adik saya ketepi sisi jalan, bapak juga ada dengar kata sumbung seseorang kat situ saya tidak pasti sama ada polis, pembantu ambulan atau orang ramai yang datang melihat, lebih kurang begini bapak kata yang saya dengar (maaf kalau salah) “kalau nak mati pun mati lah tempat lain ni menyusahkan je”. 

Maklumlah kalau dah meninggal ditempat kejadian orang tidak akan mengangkat mangsa yang meninggal dunia ketepi atau bawa segera ke hospital sehingga selesai pihak polis melakukan siasatan punca kemalangan tu. Saya juga tak pasti apa yang bapak buat lagi di tempat kejadian, adakah ia peluk, pegang atau sentuh anaknya kat situ atau meratap dihadapan orang ramai ditepi jalan atau berdiri memerhati sahaja. Wallahualam.

Tapi yang pasti apabila bapak pulang ke rumah tak sempat masuk pintu rumah kakinya longlai terduduk meraung menangis disitu. Masa menangis tu lah ia cerita apa yang ia nampak ditempat kejadian itu. Kami adik beradik yang lain hanya mampu menangis tanpa henti-henti.

Saya amat bimbang takut memikirkan badan arwah akan di post mortem dihospital, takut akan menyeksakan arwah kelak, saya baring dikatil sedih bila memikirkan perselisihan kami berdua selama ini. Terasa menyesal kerana tidak sempat bermaafan langsung. Petang dihari kejadian ia ada balik kerumah beri duit dan berkata sesuatu pada kakak, tapi kakak tidak pandang wajahnya ketika itu. Saya pula dengan ego saya dalam keadaan tangan yang bersimen tu masih lagi sempat menjeling marah setiap kali nampak kelibat ia balik kerumah. 

Apa pun benda dah terjadi menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Saya akui memang panas baran sejak dulu lagi, maybe kerana itu lah saya lebih suka sendirian walau kemana-mana sekali pun kerana saya penat nak bertengkar tidak kira walau apa isu sekali pun. Penat.

Segala salah silap ia pada saya dulu sudah lama saya maaf kan cuma salah silap saya padanya yang tidak mungkin sempat ia maafkan. Sejak kejadian saya rajin juga bersolat mohon macam-macam doa dan amat rajin bangun melakukan solat diwaktu malam ketika itu (tapi hanya sementara lepas tu lupa segala-gala hingga di kuit Allah akibat hiv). 

Begitulah antara kisah yang berlaku lebih 20 tahun dahulu. Gambaran kejadian masih jelas didepan mata. (sebak mengalir air mata ketika menaip kisah ini).


Anak derhaka

Mengharap kehadiran malam lailatul qadar
Pada tiga tahun yang lalu pada ketika saya amat rajin beramal ibadat, sembahyang berjemaah tiap waktu tidak pernah mis kerana mengharapkan 27 pahala yang dijanjikan Allah itu. Menghadiri kuliah agama baik subuh, petang mahupun malam gerenti saya pergi siap bawa buku catatan lagi. 

Ketika menjelang bulan Rejab saya sudah mempersiapkan diri  bersedia meningkatkan lagi amalan ibadat kerana semata-mata mengharapkan bertemu dengan malam lailatul qadar dibulan Ramadhan. Bermula bulan Rejab dan Syaaban semua amalan sunut saya buat, berpuasa setiap hari isnin dan khamis bangun solat malam dan berjalan kaki solat subuh di masjid biarpun hujan turun amat lebat. Semuanya semata-mata mengharapkan secebis limpah rahmat mengharap bertemu dengan malam Lailatul Qadar. 

Segalanya berjalan lancar, hati semakin yakin bahawa malam lailatul qadar akan dapat saya temui. Saya sudah bersiap sedia terutama melakukan amalan semaksimum mungkin disepuluh malam terakhir ramadhan kelak. Amat yakin terkumpul sudah segala macam doa tersedia didalam kepala ketika itu untuk didoakan ketika 10 malam terakhir nanti.

Kisah bermula hanya beberapa hari sebelum masuk hari ke sepuluh akhir dibulan ramadhan pada tahun 2008. Seperti tahun – tahun lalu saya antara orang kuat yang membersih serta mengemas rumah. Mop lantai, cuci habuk dan sawang ubah suai kedudukan kerusi meja dan lain-lain lagi. Sebuah lukisan tangan saya yang amat besar yang saya hasilkan tergantung didinding telah lama tergantung, saya mengambil keputusan menurun dan meletakkannya kelantai untuk digantikan dengan yang lain. Bapa saya tidak beberapa suka saya baringkan lukisan tu sehari suntuk dilantai, ia dah menegur saya sebelum ini tapi saya buat tidak tahu.

Ia cuba menegur lagi entah kenapa tiba-tiba hati ini menjadi amat marah saya kembali menengking bapak ketika itu. Seumur hidup ini lah kurang ajar saya yang paling teruk sudah saya buat pada bapak, sehingga penukul paku saya lemparkan ke lantai. Demi Allah bila saya ingat kembali kejadian itu saya sendiri terkejut, kenapa saya sanggup berkelakuan sedemikian rupa. 

Ketika dibulan ramadhan yang mulia masih ada kah lagi syaitan datang mengoda dan menghasut. Sepintas kilat saya menyesal amat sangat, tiba-tiba usaha selama lebih hampir tiga bulan sebelum ini untuk dapat bertemu malam lailatu qadar hancur berkecai. Saya dapat rasa bapak amat kecewa, sebab itu lah ia mula sakit-sakit dan batuk. Bapak saya ketika itu berumur 72 tahun masih kuat jika dilihat dari luar tubuh badannya masih tegap dan nampak sihat.

Tidak pula saya mohon maaf selepas kejadian, alasan bagi diri saya adalah malu, sepekara lagi saya fikir nak tunggu hari raya baru nak mohon maaf raya pun dah nak hampir tiba. So sepuluh malam terakhir ramadhan pada tahun itu hambar bagi saya, tapi saya gagah kan juga ke masjid seawal 12 tengah malam untuk berqiamullail hingga ke subuh. Pertama yang selalu saya lakukan bila berdoa di sudut gelap di masjid ialah berdoa mohon ampun maaf pada Allah tentang perbuatan saya terhadap bapak. 

Berkali-kali mohon ampun pada Allah walaupun ketika itu saya sudah tidak mengharapkan lagi rahmat malam lailatul qadar. Entah kenapa tiba-tiba pada beberapa hari sebelum hari raya tiba, saya secara sepontan dan hilang rasa malu,  memegang tangan bapak ketika didapur, menangis memohon maaf segala perbuatan yang telah saya lakukan. Sebak ketika itu, yang saya dengar ia hanya berkata “tak pa, tak pa… sakit ni” sambil memengang dadanya mengharapkan sempati. 

Kalau nak ikut "style" adik beradik semua, mana pernah nak bermaaf-maafan kalau buat salah. Bermaaf-maafan dalam hidup kami semua hanya sekali setahun sahaja  iaitu pada hari raya. 

Berdoa mohon ampun maaf dari Allah

Beberapa hari sebelum hari raya bapak ada ke hospital untuk rawatan, doctor hanya bagi ubat sahaja. Nampak ia semakin tidak larat hendak bertarawaih di masjid lagi. Hari terakhir bulan ramadhan saya rasa amat letih, sekembali selesai qiamullail, bersahur dan solat subuh di masjid saya balik rumah untuk tidur. 

Rumah dah didatangi saudara dari KL yang hendak beraya bersama ketika itu, semua adik beradik berkumpul dirumah. Hari memasak orang kata, mak sibuk didapur memasak rendang dan melayan saudara berbual-bual kosong. Ketika saya sedap tidur tiba-tiba saya terkejut apabila mendengar adik perempuan saya meraung meratap di tangga rumah, semua orang terkejut. Adik perempuan saya sebelum masuk kebilik siap berlagak kata ia nurse bawa ubat yang nak diberi pada bapak.

Tapi apa yang ia nampak tubuh apak dah terbaring kaku dipintu tandas dengan mulut berlumuran keluar cecair pekat yang banyak berwarna hitam kemerahan berlembangan hingga kebawah katil. Saya yang terkejut terus meluru ke bilik bapak, terkejut terus mengangkat memapah sekuat hati bapak untuk di alih dan angkat naik keatas katil. Tubuh badannya ketika itu sudah kaku bermakna ia sudah pergi meninggalkan kami beberapa jam sebelum. Ya sedang orang sibuk membuat persiapan menjelang hari raya keesokan harinya, kami sekeluarga sibuk menguruskan jenazah apak. Sudah tentu saya sedih blur dan macam-macam lagi seolah-olah. Bingung. 

Apa pun sudah ajalnya tiba, saya juga sempat membantu memandikan jenazah, sesekali air mata jatuh tanpa henti. Bapak meninggal tanpa ia ketahui pada ketika itu bahawa saya ini seorang pembawa virus  hiv, pada ketika saya rasakan saya yang sepatutnya pergi dahulu sebelum ia. Kerana itulah saya cuba sedaya upaya merahsiakan semampu mungkin terutama pada pengetahuan mak tentang status diri ini. Risau mereka akan menjadi sedih stress dan akan buat badan menjadi tidak sihat. 

Bila bapak pergi mula sedikit demi sedikit kenangan lampau datang singgah dikepala, kami adik beradik bercerita sesama kami sehingga mendapat tahu dari mak yang bapak kata doctor sebenarnya telah memberitahunya bahawa paru-paru bapak dah rosak teruk. Bapak ni perahsia jugak orangnya kalu ke hospital atau keklinik ia pergi seorang diri so sesiapa pun tidak tahu kemana dan doctor mana yang ia jumpa. 

Saya lah yang duduk di sebelah arwah ketika diruang tamu rumah saya juga yang mendahului menaiki dan duduk dalam van jenazah sepanjang perjalanan menuju masjid dan ke tanah perkuburan. Ramai ahli keluarga sanak saudara yang hadir kebetulan semuanya pulang bercuti raya. 

Bagaimana pun sedikit sebanyak saya berasa lega kerana sempat mohon maaf dari bapak kelau tidak silap saya 3 hari sebelum ia meninggal dunia. Cuba bayangkan kalau saya menunggu hari raya baru nak mohon maaf, sudah tentu tidak sempat, sudah tentu saya akan menyesal hingga ke hari ini. 

Saya percaya Allah sudah maaf kan saya atas perbuatan saya terhadap bapak, kerana itu Allah gerakkan hati ini supaya segera memohon ampun maaf dari bapak sebelum ia dijemput Allah. 

Allah maha mengetahui segala-galanya.

Bersama mengiringi jenazah

Sepanjang pulang dari tanah perkuburan perasaan sedih tetap ada kepala berfikir tentang kedatangan malaikat yang akan menyoal bapak sebaik tujuh langkah orang terakhir meninggalkan kubur itu. Risau tapi sebagai anak saya hanya mampu berdoa sebanyak mungkin mohon agar Allah jauhkan bapak dari seksa kubur dan tempatkan bapak dengan orang-orang yang soleh.

Ketika mula disahkan +ve, benda yang paling saya takut bila ingat mati, memang takut yang amat sangat tapi macam selalu saya cakapkan sebelum ini saya cepat menerima keadaan saya. Sudah boleh menerima perkataan mati dalam hidup ini, boleh berbicara tentang mati tanpa rasa takut, cuma sekali sekala kita memang perlu ada perasan gentar, perlu ada perasan takut mati, perlu selalu ingatkan tentang mati agar kita tidak menjadi sebahagian daripada golongan ‘wahan’ seperti yang disebutkan oleh Rasullullah saw.

Agak kelakar beberapa tahun lalu, kalau menerima berita ada kematian di kawasan kampung ini sayalah antara orang yang suka menziarahi si mati dirumahnya dan menghantar kekawasan perkuburan serta menunggu hingga jenazah selamat dikebumikan. Suka sangat kalau bertahlil baca yassin sama ada dirumah si mati mahu pun yang diadakan dimasjid. Semua ini gara-gara hendak mendapatkan kelebihan pahala selain memenuhi “quato” sebagai fardu khifayah. Melihat jenazah yang terbujur kaku sambil membayangkan begini kah keadaan kita bila mati kelak, bagaimana keadaan diri ini nanti. 

Teringat kata-kata seorang ustaz bila nyawa kita sudah dicabut terutama bagi mereka yang tidak beriman masa itu lah mereka akan memohon agar dihidupkan kembali supaya boleh melakukan amal ibadat dan taat semua perintah Allah, bayangkan semua orang kafir yang mati akan meronta minta dikembalikan hidup di dunia walau sebentar dan berjanji akan taat segala perintah Allah, tapi semua itu dah terlambat bagi mereka. Tapi tidak terlambat lagi bagi saya, bagi kita yang bernyawa ini.

Fardhu kifayah dalam hidup kita merupakan satu tuntutan yang perlu dilakukan oleh orang Islam sehingga cukup quotanya. Sebagai contoh, sekiranya satu kawasan itu tidak mempunyai seorang kadi, maka menjadi fardhu kifayah kepada penduduk kawasan tersebut untuk berusaha memenuhi quota tersebut.

Diriwayatkan hdith dari Suhail hadith dari bapanya hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda:
 
 'Barangsiapa mensolatkan atas jenazah (umat Islam yg iman) tetapi tidak mengikuti mayat (yakni, tidak menemani mayat ketika di bawa ke perkuburan untuk disemadikan) maka baginya pahala satu 'qirat'; maka jika mengikuti dia (akan mayat ke kuburnya), maka baginya pahala dua 'qirat'.

Dia katakan (yakni, ditanyakan oleh sahabat):
'Dan apa dia dua 'qirat' itu?'

Bersabda Nabi (s.a.w):
'(Satu 'qirat' itu) Paling kecilnya (atau sekecil-kecilnya) kedua-dua (Qirat) itu adalah semisal gunung Uhud.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]

Nota: Dikatakan oleh para ulama' gunung Uhud itu adalah suatu bajaran gunung sepanjang 57kM dan selebar 27km. Ada yg menyatakan lbarnya 4 km

Semua orang akan mati cuma kita kena rajin serta selalu berdoa dan jangan takut minta mohon pada Allah supaya ambil nyawa kita dalam keadaan husnul khatimah. Lebih baik minta dan merayu dari sekarang daripada tidak minta langsung, tentu rasa sangat rugi kerana sudah confirm setiap hamba Allah akan tetap menemui kematian. So minta dari sekarang.

Saya pernah juga berdoa dulu mohon agar diambil nyawa ini ketika sedang solat malam, ketika sedang sujud, ketika berada dihadapan Kaabah dan sudah tentu dalam keadaan husnul khatimah.Alangkah bahagianya kan. Adakah Allah akan makbulkan doa saya kali ini. Mudah-mudahan. Apa pun saat kematian yang saya doakan tu saya andai dan bayangkan bila usia saya dah lanjut tua lah nanti heeeee.


Al Fatihah

Moga Allah cucuri rahmat pada allahyarham adik lelaki saya dan allahyarham bapak serta saudara mara juga seluruh umat islam yang telah mendahului kita ke alam barzakh, moga mereka semua diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. 

Amin

10 comments:

  1. Al-Fatihah.

    NajMi, cuma air mata yg menitis yg boleh mengambarkan perasaan hati ni.

    ReplyDelete
  2. Aaaa sedih yang amat. T__T

    Moga Allah matikan kita dalam husnul khatimah.

    Ameen.

    ReplyDelete
  3. mengingati itu bijak, Ya Allah matikan kami dalam Husnul Khatimah amin..

    ReplyDelete
  4. orang bijak lagi beruntung ialah orang yang selalu ingatkan mati,orang yang bebal dan rugi ialah orang yang "wahan"

    ReplyDelete
  5. ahp haha semua ni hasil
    belajar dan tengok dr blog ahp lah..

    ReplyDelete
  6. semoga arwah adik dan ayah awak ditempatkan dengan orang yang beriman :') .. terharu baca blog awak .. semua yang hidup pasti akan kembali ..

    ReplyDelete
  7. Setelah lama sy cuba klik N3 ni akhirnya barulah dapat sy bc kisah sedih ni dlm hidup Najmi....entah tiba2 tergerak nak
    klik sekali lagi pagi ni....memang sedihkan Najmi bila kita menghadapi banyak kematian dlm keluarga kan....terutama
    kematian org yg kita sayang dlm keluarga...namun yg pastinya kita juga akan datang juga menyusul mereka..memang
    PASTI....
    Bertuahnya Najmi memiliki ayah yg baik seperti itu..cukup sabar dgn kerenah anak2nya....sayangnya saya susah merasa
    kasih seorang ayah...mungkin disebabkan beliau kini telah uzur dan sakit...ada sesuatu perasaannya yang kembali
    sentiasa mengharapkan anak2nya sentiasa balik...mungkin itulah tanda kepada sebuah penyesalan....apapun sy sentiasa
    mendoakan agar ada khusnul khatimah diakhir hayatnya...amin

    Buat arwah ayah dan adik Najmi..moga mereka ditempatkan Allah diJannahNya..dipermudahkan segala hitungan amalan
    nya .dan dilapangkan tempat mereka..dialam barzakh...kita doakan sama-sama ye....
    Airmata saya tak dapat tertahan disini Najmi........:'(

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. Anonymous syukran jazillan,

    Terima kasih, mudah2an arwah adik dan ayah saya bersama dengan orang yang beriman disana.....insyaallah....

    Terima kasih kerana membaca dan mendoakan..... :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST