Friday, 16 December 2011

MAHA PENCIPTA LAGI MAHA AGUNG

Pernah tak kita terfikir tentang keajaiban segala macam benda yang berada disekeliling kita? Segala macam yang dijual dipasaran, contoh yang paling dekat ialah yang kat depan mata kita sekarang ni. Computer. Tidak terfikirkah kita selama ini siapakah yang mencipta computer, siapa yang mereka cipta berbagai bentuk peralatan gadget sekecil-kecil Apple iPod yang sebesar ibu jari sehingga yang sebesar TV Sony Bravia 3D.

Saya selalu ada rasa kagum dengan "Google", bagaimana cara ia menjalankan kerja mencari segala macam maklumat, mudah berhubung, yang jauh menjadi dekat dengan hanya klik dihujung jari semua terpampang didepan mata dan terpulang untuk kita memilih mana yang buruk atau mana yang baik. Terfikir juga bagai mana sebuah kapalterbang yang besar  lagi berat itu boleh terbang naik ke langit, adakah kerana enjinnya? kerana kipasnya? atau  kerana minyaknya? Bagaimana pula minyak yang hitam kotor di dasar laut itu boleh menjadi satu bahan yang amat penting buat umat manusia. Siapa yang mencipta cecair jernih yang kita isikan didalam kenderaan kita hampir setiap hari itu. Kecuali saya yang hanya menunggang basikal aje ya heheheh....

Wind turbine ciptaan Allah melalui manusia ini boleh kita nampak di Xinjiang, China
Sama ada yang nampak atau yang tidak nampak. Yang logik atau tidak logik. Siapa yang mencipta angin yang tidak nampak kewujudannya dengan mata kasar tapi kita boleh rasa kehadirannya. Pernah tak kita fikirkan siapa yang menciptanya dan pernah kah kita berfikir tentangnya. Ya tentang angin itu.

Sudah tentu bukannya orang Yahudi, bukannya orang Amerika, bukannya orang Arab dan bukannya manusia, tetapi insan-insan yang terpilih oleh Allah saja yang mampu merekacipta segala macam peralatan moden yang semakin hari semakin canggih hingga sukar untuk kita bayangkan apa lagi yang akan tercipta di masa hadapan. Allah mencipta sesuatu melalui makhluk ciptaannya. Diberi kepintaran berfikir maka semua yang mustahil akan wujud dengan kehendakNya. 

Begitu juga dengan penyakit yang kita hadapi sekarang ini tidak kira kanser, buah pinggang, jantung mahu pun Hiv/Aids semuanya Allah ciptakan melalui makhluk nya di bumi ini. Tujuannya hanya satu supaya manusia sentiasa merenung dan berfikir tentang kebesaran Allah dan kembali taat kepada Nya yang Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha Besar.

Langit malam ditaburi bintang sungguh indah
Saya amat suka melihat langit, bulan serta bintang diangkasa. Pengalaman ketika berada di pergunungan luar negara ketika langit malam yang cerah ketika itu. Saya berpeluang melihat bintang-bintang yang bergemerlapan penuh memenuhi hampir setiap inci ruang angkasa ketika itu. Berkilauan bak berlian yang amat indah. Hati ketika itu hanya mampu mengeluarkan bisikan kecil. Wow...... tidak terlintas dikepala ketika itu bahawa semua itu adalah ciptaan Allah.

Hubble Telescope
Setiap kali terbaca artikel tentang ruang angkasa raya yang luas itu selalu membuatkan hati ini excited, sehingga membawa saya berkenalan dengan satu lagi ciptaan Allah yang Maha Besar iaitu "Hubble Telescope". Sebuah teropong dan kamera yang canggih yang kini berada terbang di luar ruang angkasa bumi, mengkaji, merakam segala ciptaan Allah di cakarawala yang luas. Baru-baru ini saya ada melihat sebuah rancangan National Geographic di kaca TV tentang "Hubble Telescope" ini, bermula dari awal penciptaannya sehingga proses penukaran dua kanta baru besar (14 feet in diameter) bernilai USD 1.5 billion yang dapat merakam jauh angkasa yang luas, lebih jauh dari kanta yang asal.

Ciptaan Allah
Dulu pernah juga terfikir buat apa Allah cipta ruang angkasa seluas itu, siapa yang nak tengok jauh-jauh tu. Seorang sahabat Rasulullah pernah bertanya besar manakah ruang angkasa ini. Rasulullah mencampak kan cincin nya ke pasir, bagi mengambarkan cincin itu adalah bumi manakala padang pasir yang luas yang tidak nampak penghujung itu adalah angkasa. Begitu luasnya. Teramat luasnya.

Saya mula berfikir dan membuat andaian sendiri dan juga melalui pembacaan, memang benar Allah mencipta sesuatu itu tanpa sia-sia waima cacing yang didalam tanah pun punya sebab ia dicipta. Saya mula sedar selain manusia terdapat juga makhluk jin ciptaan Allah yang dikatakan boleh bergerak kemana sahaja, jin-jin ini memenuhi ruang angkasa rupa-rupanya. 

Keajaiaban penerbangan dari Austrlia ke Afganistan
Pernah mendengar kisah seorang pilot ketika ia menerbangkan askar Australia ke Afghanistan untuk berperang, ia dan rakan mengalami satu peristiwa ajaib. Mereka yang berada di cabin memandu nampak dengan jelas di luar tingkap ketika berada dilangit yang tinggi dan gelap ternampak kelibat seekor kuda yang sedang ditunggang seorang seperti Arab berserban bersama sebilah pedang terbang mengiringi pesawat mereka. Bukan saja meraka yang nampak tapi beberapa buah pesawat yang berada di hadapan dan dibelakang yang membawa askar untuk berperang ketika itu pun nampak dengan jelas. Cuma sukar bagi mereka untuk membuat report silap haribulan akan dikatakan tak siuman dan mungkin kerja akan di gantung. Sesama pilot mereka semua tahu akan hal itu tapi terpaksa diam kan saja. 

Mengiringi pesawat di malam yang gelap
Ini menandakan kebesaran Allah, rupa-rupanya angkasa yang luas tu sebenarnya juga dicipta dan ditujukan kepada makhluk jin supaya mereka mengakui kehebatan ciptaan Allah dan taat segala perintah Allah. Bagi manusia yang yang amat terhad untuk terbang jauh diangkasa, Allah tidak lupa ia ciptakan Teropong Hubble supaya manusia dibumi dapat bersama berfikir, melihat indah dan besarnya ciptaan Nya.

Seperti yang saya katakan tadi virus hiv juga ciptaan Allah. Kuman yang tidak nampak dengan mata kasar boleh membunuh seorang manusia bertubuh besar. Semuanya Allah jadikan bersebab, supaya manusia dapat mengkaji semua itu. Percaya lah, lagi dikaji tentang virus hiv itu manusia akan bertemu lagi sesuatu yang baru ciptaan Allah disebalik nya. Allah menjadikan sesuatu penyakit itu bersama dengan penawarnya sekali, maka semamangnya tugas manusia untuk terus memcari ubat tersebut. Insyaallah penawarnya ada, kemungkian juga berada dikeliling kita hanya kita saja tidak mencuba dan mengkaji. Senang kata bukan kita insan yang dipilih Allah untuk mencipta buat masa ini. 

Hmmm hanya Allah saja yang tahu. Siapakah manusia yang bertuah yang akan Allah pilih untuk menjadi pencipta ubat bagi menyembuhkan penyakit  hiv/aids. Dengan lain kata ubat yang boleh membunuh terus virus-virus tersebut.

Allah Maha Pencipta
Apa pun bersyukur kita dengan ubatan HAART yang sedia ada, perlu kita ingat HAART itu juga adalah ciptaan Allah. 

Seperti yang biasa saya amalkan sebelum menelan HAART setiap 12 jam setiap hari hingga kini, mulakan dulu dengan membaca Bismillah, Al-Fatihah diikuti 3 kali Salawat pada Rasulullah saw. 



Wallahualam 


4 comments:

  1. terima kasih huei terbaik. Artikel ini buat saya berfikir tentang kebesaran Allah.. Alhamdulilah dapat kenal huei antara nikmat yang Allah berikan kepada saya. :)

    ReplyDelete
  2. terlintas dikepala semasa menunggu solat Jumaat tadi, alhamdulillah insyaallah ada masa akan terus menulis

    ReplyDelete
  3. Wah thanks sebab buat As sangat berfikir. Seriyes!

    Moga Allah rahmati insyaAllah, bagi kesembuhan insyaAllah. Semua dalam kuasaNya!

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST