Thursday, 15 December 2011

KOS RAWATAN HIV DENGAN KANSER?

Impak ekonomi sebab kanser


SETIAP bulan, seorang pesakit kanser perlu membelanjakan 30 peratus daripada pendapatannya bagi menampung kos rawatan.

Bukan suatu angka yang kecil, bayangkan RM300 ringgit perlu dibelanjakan bagi seorang yang berpendapatan RM1,000. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu berkerja kerana kesakitan yang dialami atau pun tidak mempunyai perlindungan insurans?

"Memang kajian tentang impak ekonomi terhadap pesakit kanser dan keluarga tidak pernah dilakukan. Justeru kami sangat berminat untuk tampil terlibat dengan kajian ini bagi membantu meningkatkan taraf kesedaran masyarakat tentang penjagaan pesakit kanser sekali gus berharap ia mampu memberi perubahan besar dari segi polisi rawatan," kata Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Goh Pik Pin.

Oleh Bintu Rasyada A Rahman Foto Fatah Sulaiman
Mingguan Malaysia


Saringan awal kanser mampu menyekat kemaraan sel-sel ganas tersebut daripada merebak dalam tubuh.


 Artikel dibawah ini pula saya terbaca dari sebuah blog

"Secara kontranya, negara Malawi dan Thailand yang tinggi paras kemiskinannya sedang berusaha memperuntukkan dana untuk mendapatkan ubatan jenis triple-therapy (yang juga dikenali sebagai ubatan “Highly Active Antiretroviral” atau HAART) yang terbukti lebih berkesan tetapi kos perubatannya adalah kira-kira RM320 sebulan atau RM3840 seorang pengidap setahun" - on May 1, 2011 at 5:54 pm .


Kadang-kadang terfikir juga tentang apa akan terjadi tentang nasib diri ini jika kiranya tak ada ubatan HAART yang free di negara ini.  Bergolok gadai lah kita. Dah tentu stress memanjang kan. Hidup tak senang. Saya pernah nampak seorang pesakit hiv/aids yang dah terpaksa mengambil ubatan HAART yang dah di peringkat ke 3, perbelanjaan mencecah lebih ribuan ringgat sebulan, ia masih mendapat bantuan tapi saya tidak pasti dari pertubuhan mana.

Sejauh pengetahuan saya tentang ubatan HAART di Malaysia

1) Peringkat pertama kita di beri percuma (amat penting kita makan tepat pada waktu, jika kita gagal kemungkinan terpaksa menukar ubatan peringkat ke 2, doktor selalu kata kalau diambil secara tepat pada waktunya dan jaga kesihatan insyaallah kehidupan kita boleh menjangkau lebih 20 tahun atau lebih lagi)

2) Peringkat kedua kita terpaksa mengeluarkan belanja kemungkinana sekitar RM300 sebulan (cara pengambilannya juga lebih rumit, ada yang di syaratkan supaya terpaksa berlapar beberapa jam setiap kali sebelum menelan ubatan ini berterusan selama-lamanya)

3) Peringkat ke tiga kita terpaksa mengeluarkan lebih RM1000 sebulan (ni dah tahap agak kritikal - berserah dan berdoa banyak-banyak pada Allah lah masa ini)

Apa yang cuba saya beritahu dan ceritakan serta bandingkan kat disini ialah kos rawatan pesakit hiv di permulaan ubatan HAART di peringkat pertama di Malaysia ada lah percuma yang di berikan oleh kerajan dan tidak terlampau tinggi jika dibandingkan dengan kos rawatan penyakit seperti kanser. Saya dengar juga cara rawatan kanser amat menyeksakan jugak tubuh si pesakitkan. Pernah juga nurse kat klinik bergurau berkata "nasib baik dapat hiv kalau dapat kanser macam mana."

Macam mana jika Allah suruh kita pilih dan terpaksa memilih antara 2 penyakit ini, mana satu agak-agak yang akan kita pilih? 

So bagi mereka yang baru di sahkan positive kat luar sana tu, anda masih beruntung kerana hanya mendapat hiv sahaja dan dah terbukti masih ada rawatan ubatan yang membolehkan kita hidup lebih panjang dan sempurna, anda amat bertuah tinggal di negara ini jika dibandingkan dengan negara lain yang langsung tidak ada istilah percuma seperti Singapore.


Perlu juga kita banyak bersyukur jika rasa diri kita dibebani ujian yang amat berat kita kena ingat tentu ada orang lain yang diuji lebih berat daripada kita. Kemungkinan juga  ada yang berpenyakit 2 in 1, hiv ada kanser pun ada. Tapi saya tak lah pernah terbaca kisah mana-mana individu yang menginap 2 in 1 ini.

Yang penting apa saja yang berlaku kita kena selalu 'think positive"  Berbaik sangka dengan Allah swt

Wallahualam


8 comments:

  1. kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. adakah subsidi ini berterusan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. huei punya masa dan tarikh ni kena setting lain.

    azam: sebab kita tak tahulah kita kena enjoy dengan nikmat yang diberikan, usah berfikir tentang masalah yang belum ada... buat merana badan ja.

    Ya apa yang ada ini sudah nikmat dan saya sangat suka bahagian akhir stay positive dan bersangka baik dengan Allah.

    allah hu akbar!

    ReplyDelete
  3. As pernah jadi orang hospital. Belajar kos hospital 6 tahun. As setuju. Jadi pesakit kanser lagi merana fizikal. Dan malah sakit2 lain lagi macam As. Dan ubat yang super mahal. Hehe.

    Tapi pesakit HIV merana kerana stigma masyarakat.

    Tapi pape pun we have Allah! :)

    ReplyDelete
  4. Anonymous one
    "huei punya masa dan tarikh ni kena setting lain."

    tak faham maksud awak lah...

    Apa pun kita masih ada Allah tempat kita mengadu nasib kan. Insyaallah kehidupan kita akan dipermudahkan oleh Nya. Amin

    ReplyDelete
  5. Thanks

    Kita dah setting dah sebenarnya tak perasan langsung tentenag time tu heeee

    ReplyDelete
  6. Salam...

    nak tau kenapa yer HAART tu siap ade peringkat? memang akan lalui 3 peringkat tu ke?

    ReplyDelete
  7. Aku Makhluk Tuhan

    Buat masa ini hanya ada 3 peringkat yang ada di Malaysia, kalau tidak silap ubatan Haart antara Malaysia dg negara lain terutama seperti di US amat berbeza.

    Rasanya memang hidup setiap pesakit hiv akan melalui 3 peringkat ini. Tapi kebiasaan nya ramai yang panjang umur hanya melalui peringkat pertama tu, so kena jaga-jaga pengambilan ubat terutama yang di peringkat pertama.

    Sekiranya tubuh badan kita mula reject ubatan yang pertama terpaksa beralih ubatan peringkat ke dua dan seterusnya. Sekurang-kurangnya kita ada pilihan lagi. Biasanya ubatan peringkat ke dua dan ke tiga ni memang agak mahal dan kesan pada tubuh badan pun belum gerenti elok seperti mana ubatan peringkat yang pertama.

    Apa pun doktor sentiasa mengkaji ubatan-ubatan yang baru, dulu saya berbual dg nurse di sini ia kata meraka menkaji ubatan peringkat ke 4 mana-mana yang sesuai insyaallah akan di cuba.
    Bermakna masih ada usaha berubat tak lah hanya menanti mati bila ke tiga2 peringkat ubatan tu dah tak berkesan

    Itu apa yang saya tahu lah maybe salah , hanya pendapat melalui pengalaman

    Wallahualam

    ReplyDelete
  8. Salam.Kepada sesiapa yang menderita sakit HIV saya sarankan anda dapatkan rawatannya yang selamat dan berkualiti di LUQMAN AYURVEDIC HERB CENTRE. Dr Luqman merupakan satu-satunya doktor di Malaysia berjaya mengubati dan berpengalaman lebih 20 tahun merawat pelbagai penyakit kronik seperti HIV,skoliosis,strok,ekzema, masalah tulang belakang ,sakit puan@tuan dan sebagainya .Anda bolehlah membuat temu janji dahulu dengan menghubungi DR. LUQMAN-0146332307 .Untuk info lanjut bolehlah layari website dan facebook ini.
    https://www.facebook.com/pages/Luqman-Ayurvedic-Herbs-Centre/377645228950903

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST