Followers

Sunday, 18 December 2011

AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE WITH RIGHT WAYS

Artikel ini disediakan oleh Anak Dara Abah @ AO (Anonymous One)

Bismillahirrahmanirrahim
Maksud Firman Allah:


 Surah Thoha ayat 25-28

Amin, AO mulakan dengan doa lancar lidah agar apa yang ingin dikatakan oleh AO dapat difahami oleh rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog AKU HIV POSITIF ini.

Tujuan utama AO menulis artikel ini adalah untuk menjelaskan, memberitahu dan memberi kefahaman kepada para pengunjung blog AKU HIV POSITIF terutamanya yang baru pertama kali datang ke blog ini.

MEMAHAMI BAGAIMANA HIV BERJANGKIT

Pertama, masalah yang sering dihadapi apabila seseorang yang baru berkunjung ke blog ini adalah soalan berkaitan dirinya yang terdedah kepada aktiviti berisiko. Ramai yang datang bertanyakan soalan namun masih tidak jelas bagaimana HIV berjangkit.

Di sini AO ingin tekankan kepada para pengunjung yang baru datang agar membaca kesemua posts untuk pemahaman diri sendiri. Bahasa yang digunakan bukanlah bahasa tinggi, hanya bahasa biasa yang selalu kita gunakan dalam percakapan harian.

Jadi AO harap para pengunjung blog dapat meluangkan masa untuk membaca post-post berkaitan HIV di kategori HIV untuk memahami bagaimana HIV berjangkit. Elok juga mengambil sedikit masa membaca atau membuat sedikit carian di internet supaya dapat meningkatkan pengetahuan masing-masing.


TIADA ISTILAH MAKAN BERSUAP

AO ingin tekankan di sini tiada istilah makan bersuap. Jadilah manusia yang berdikari dan cubalah memahami bagaimana jangkitan itu berlaku dan kaitkan dengan situasi diri anda. Jangan sekadar menjadi manusia yang tahu membuka mulut untuk disuap maklumat.

Umum mengetahui yang jangkitan HIV ini berlaku pada keadaan yang sangat terhad bukan seperti penyakit lain. Contohnya diabetes, berlaku apabila pengambilan diet seharian yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Darah tinggi pula akibat pengambilan garam yang berlebihan dan penyakit H1N1 disebarkan melalui udara.



JADI BAGAIMANA HIV BOLEH BERJANGKIT?


HIV boleh berjangkit melalui hubungan seksual tanpa penggunaan kondom bersama pasangan yang telah dijangkiti HIV, 
HIV boleh berjangkit melalui air mani PLHIV, 
HIV boleh berjangkit melalui pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV, 
HIV boleh berjangkit melalui ibu PLHIV yang mengandung kepada bayi, 
HIV boleh berjangkit melalui susu ibu PLHIV kepada bayi, 
HIV boleh berjangkit melalui penerimaan organ yang telah tercemar dengan virus HIV, HIV boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan PLHIV.

Ringkasnya melalui cecair badan tetapi peratusan tertinggi jangkitan adalah melalui darah dan air mani.

HIV hanya berada dalam tubuh badan manusia. Terdedah sahaja di udara, virus akan mati serta merta. Selain daripada itu, anda tidak perlu risau. Mudah bukan?

Jelaslah di sini bagaimana HIV berjangkit.  Jadi kaitkan dengan diri anda dan jika merasakan diri berisiko, LAKUKAN UJIAN HIV DENGAN SEGERA.

Jangan biarkan diri anda dalam dilemma. Kelak mengundang bahaya terhadap diri dan menjangkitkan virus kepada orang lain.


HIV DAN SIMPTOM

Ramai yang suka bertanya tentang simptom HIV supaya lebih mudah mereka mengaitkannya dengan diri mereka. Mereka akan tanya simptom apa yang dihadapi oleh AHP sebagai PLHIV. Kemudian mereka cuba kaitkan simptom mereka dengan simptom AHP untuk tahu status kesihatan mereka.

HIV boleh berlaku sama ada dengan simptom atau tanpa simptom.
(ASYMPTOMATIC HIV patient dan SYMPTOMATIC HIV patient)

Asimptomatik maksudnya PLHIV yang tidak ada simptom. Tidak ada simptom bagi sesetengah orang tetapi terdapat beberapa simptom kepada PLHIV yang lain. Simptom berbeza-beza bagi setiap individu. Simptom juga turut berkongsi simptom dengan pelbagai simptom penyakit lain sebelum disahkan HIV positif.

Ramai yang hanya tahu status HIV mereka tanpa sedar.  Contoh, setelah dimasukkan ke hospital akibat penyakit lain, apabila menderma darah atau ketika sedang merancang perkahwinan. Cara mereka mengetahui status kesihatan adalah melalui ujian pantas HIV (HIV Rapid Test)

Jadi, jika anda rasa anda seorang yang terdedah kepada risiko dijangkiti HIV, hanya dengan menjalani ujian pantas HIV sahajalah cara untuk mengetahui status kesihatan anda.
Jangan sesekali menunggu simptom. Ini kerana apabila berlaku simptom, mungkin waktu itu anda telah menyebarkan HIV kepada orang tersayang. Ataupun anda sudah berada dalam keadaan AIDS akibat sistem imun anda begitu lemah sehingga anda begitu mudah menunjukkan simptom.


INGAT!

HIV BOLEH BERLAKU DENGAN SIMPTOM ATAU TANPA SIMPTOM DAN JANGAN SESEKALI MENUNGGU SIMPTOM UNTUK MEMBANDINGKAN SIMPTOM ANDA DENGAN SIMPTOM ORANG LAIN.  JANGAN JUGA MENGAITKAN SETIAP SIMPTOM YANG ANDA ALAMI ADALAH SIMPTOM HIV KERANA ANDA HANYA MENYEKSA DIRI SENDIRI.

Contohnya: Saya tidak pernah melakukan aktiviti berisiko (semua penyebab HIV berjangkit) tetapi saya rasa gatal-gatal seluruh badan, ruam-ruam, sakit perut, sakit dada atau pening kepala. Adakah saya dijangkiti HIV?
Tentulah tidak!

Selain itu, sudah tentu soalan peribadi tidak manis ditanya sebarangan.

Contoh: Awak PLHIV ke?

Jumpa doktor, maklumkan simptom dan doktor akan tentukan jenis ujian yang patut anda lalui.



AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE

Haa... inilah modal yang selalu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyalahkan kami di blog ini. Tidak kira sesiapa sahaja yang cuba membetulkan keadaan dan kadangkala mencetuskan perang emosi. Untuk apa, dan apa faedahnya?

Si mangsa yang konon-kononnya berada dalam kesempitan dan harus dibantu tetapi merasakan pertanyaanya tidak dilayan.  Dengan menggunakan modal-modal inilah mereka menyerang kembali. Ketahuilah anda sedang bercakap dengan cermin, bukan salah kami. Kami sudah menjelaskan bagaimana anda harus mencari jalan penyelesaian terhadap masalah anda.

STIGMA. Fahami bagaimana HIV berjangkit. Itulah yang dikatakan stigma bila tidak faham dan mudah melabel orang lain.

NEGATIVE THINKING. Kononya orang lain tidak memahami keadaan anda tetapi sebenarnya anda yang tidak mahu memahami bagaimana jangkitan HIV.

JUDGMENTAL. Menuduh kami terlalu cepat menghukum sedangkan anda yang tenggelam dalam kejahilan maklumat, negative thinking dan akibat paranoid ciptaan sendiri.

DISKRIMINASI. Bukan kami yang mendiskriminasi anda tetapi anda yang mendiskriminasikan kami.

MALPRACTICE. Menghormati hak dan kerahsiaan seorang PLHIV semasa menjalani rawatan. Elakkan berlaku sebarang cemuhan atau kecuaian yang disebabkan oleh segelintir kakitangan KKM. Ini adalah sikap malpractice dan tidak professional.

Kami sedaya upaya menyebarkan maklumat yang betul dan dengan cara yang tepat sehingga ayat-ayat yang digunakan di sini sangat santai untuk pemahaman orang awam.

Jika disebabkan diri sendiri tidak mahu mengambil inisiatif untuk memahami, tak perlulah melabelkan kami dengan pelbagai andaian. Cari sahaja sumber yang lain. Bukan susah untuk memahami HIV.



AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE WITH RIGHT WAYS YANG SEBENAR

Ramai yang salah faham dengan slogan ini. Ramai yang menyangka apabila kami bercakap tentang diskriminasi ialah mereka akan dilayan ibarat raja di sini. Bukan begitu maksud dikriminasi. Diskriminasi ialah bagaimana kita menentang HIV dengan cara yang betul.

Contohnya, makan bersama dengan PLHIV tidak boleh menyebabkan anda dijangkiti HIV. Jika berkongsi pakaian atau membeli belah dengan PLHIV tidak menyebabkan anda dijangkiti HIV.

Inilah diskriminasi dan stigma yang kami maksudkan. Dengan memahami bagaimana HIV berjangkit, diskriminasi dan stigma itu boleh dielakkan.

Diskriminasi juga adalah layanan anda kepada seorang PLHIV. Contohnya anda menghukum seorang isteri yang telah dijangkiti HIV seolah-olah dia manusia yang paling hina di dunia kerana telah dijangkiti HIV daripada suaminya yang melakukan aktiviti berisiko.

Jika anda tidak mahu berurusan dengan PLHIV, ataupun anda malu berkawan dengan PLHIV walaupun akhlak PLHIV tu memang baik, inilah diskriminasi.

Kita tidak ada hak untuk menilai atau memberikan layanan yang buruk kepada PLHIV walau apapun punca jangkitan kerana mereka adalah manusia biasa sekalipun suatu ketika dulu pernah melakukan kesalahan.

Ingatlah kawan-kawan, hidayah itu milik Allah dan nilai manusia di sisi Allah adalah taqwa.


PESANAN BUAT PLHIV

Inilah pesanan AO kepada PLHIV terutamanya yang baru didiagnos. Kita di sini sama sahaja. Hati yang sama-sama merindukan rahmat Allah. Jadi marilah bersama kami menentang stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice.

Andalah tunggak untuk masyarakat merubah pemikiran ke satu tahap yang lebih baik, anggaplah diri anda adalah duta kecil untuk perubahan ini.

Jangan sesekali bersedih walau apapun yang telah terjadi. Ingatlah Allah Maha Pengampun dan selagi belum kiamat, selagi nafas masih di kerongkong, jalan pulang sentiasa terbuka luas. Alangkah indahnya kasih sayang Allah!

INGAT, ini blog untuk PLHIV. Sudah tentu perjuangan di sini adalah untuk membantu PLHIV dan menentang HIV secara tepat.

Wallahualam.




2 comments:

  1. cantik sangat... saya suka gambo last.. know,prevent,cure,care hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya pun suka pic yang last tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST