Saturday, 31 December 2011

KESAN UBAT HIV AIDS LELAKI MILIKI PAYUDARA

Di Malaysia pernah ke terjadi kejadian seperti ini? Semasa saya disekolah menengah dulu ada seorang rakan lelaki berbagsa india yang satu ketika malu untuk buka baju ketika waktu senaman dipadang sekolah kerana kedua-dua dadanya membengkak besar, ia malu tapi cikgu (senaman) paksa juga ia buka baju. 

Jika tak silap saya pembengkakkan kedua-dua dada dikalangan remaja lelaki memeng pernah terjadi rasanya ini berkaitan tentang masaalah hormon dalam badan juga. Tetapi berita dibawah ni ada sedikit pelikkan;


Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV. Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. 

Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita.


“Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya,” kata Joseph.

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama.

“Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah,” tambah Joseph kepada media africanews.

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV. Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu.


LAGI KISAH TENTANG PEMBENGKAKAN DADA DIKALANGAN KAUM LELAKI TETAPI BUKAN KERANA UBATAN HIV.....
 
18SX: Kisah Sedih Dari Dominica, Tiga Beradik Lelaki Dihina Kerana Ada ‘Payudara’


Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia. Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita. Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.

Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.


Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.

Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.

Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma. Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu. Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.

Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.

Oleh NAIMAH SHAARI







SELAMAT TAHUN BARU 2012
PADA SEMUA MOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH SENTIASA.


MAAF ENTRY DISINI TELAH SAYA PADAMKAN BERMAKNA SEGALA KOMEN DIBAWAH INI TIDAK LAGI BERKAITAN DENGAN TAJUK ENTRY DIATAS.



 









 

5 comments:

  1. Tipulah kalau saya kata saya tak pernah sambut new year, ya memang ramai yang tidak pernah sambut new year alhamdulillah bukan budaya dalam Islam juga kan.

    Saya dulu kalau sambut new year seronok sangat ke disco, ke sauna ke Esplande tengok bunga api ahhhh segala macam sambutan terikut-ikut semua nak sambut, Xmas siap bertukar-tukar hadiah dengan kawan-kawan, Valentine day bertukar-tukar card aduhhhh tu dulu.

    Sekarang sekadar melihat angka tu berlalu dan juga memperingatkan diri sendiri tentang umur kita yang juga semakin meningkat, kubur juga melambai-lambai memanggil. Inilah cara sambutan new year saya ketika ini dan hari ini.

    Apa pun kita pandang dari sudut positif, moga bila mata kita memandang perubahan angka dalam kalender, kita juga perlu ada azam memperbaiki kehidupan untuk menjadi lebih baik kan.

    Mari kita sambut dengan solat malam sekurang-kurang 2 rakaat pada malam ini, lebih baik daripada berkumpul di dataran atau disco dan pub-pub (bagi yang muda tu).

    ReplyDelete
  2. Saya pun ta pernah sambut new year, setakat nak tengok bunga api dari rumah tu pernah la.

    Ya pengalaman yang sangat best. Cantik kan masjidnya kat china masjid ikut budaya tempatan. dan negara china antara negara yang awal menerima Islam.

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2012 bersamaan 1433 hijrah semoga dipermudahkan segala urusan oleh allah s.w.t jemput ziarah,follow dan berikan sedikit pandangan disini..syuqran jazilan

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/01/aku-dan-kamu-ibarat-pensil-dan-pemadam.html

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru juga pada awak Eja, insyaallah senang saya jenguk blog awak nanti ya

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST