Thursday, 29 December 2011

MAKANAN SUPLEMEN BOLEH MEMUDARATKAN

Antara suplemen yang terdapat dipasaran

TERBACA artikel dalam akhbar semalam tentang pengambilan makanan tambahan atau suplemen sebenarnya tidak membantu kita untuk menjadi lebih sihat, malah mungkin memudaratkan! 

Ok pada pendapat peribadi kita lah ikut logik kalau difikir-fikir betul jugak tu, suplemen yang banyak dan bermacam-macam kat pasaran tu pun berlambak-lambak kerana permintaan tinggi pengguna sendiri, kerana pengguna dah terpedaya dengan iklan-iklan cerita tentang kehebatan suplemen-suplemen tersebut maka kita semua membeli tanpa memikirkan keperluan sama ada penting sangat atau tidak pada tubuh badan kita kan.

Entah kenapa saya selalu ambil contoh artist Azean Irdawaty  yang semua orang tahu dah beliau ditakdir Allah terkena kanser payu dara. Azean Irdawaty yang saya kenal  ialah antara penjual product Amwway yang amat berjaya dan kalau tidak silap saya dah memenangi bermacam-macam anugerah pangkat dalam Amwway. Dan kaya melaui penjualan product ini. Saya cuba ingatkan kembali tentang Azean dengan product Amwway ini. 

Azean Irdawaty

Hidupnya bergelumang dengan product ini semuanya bagus, supplement-suplement yang bermacam-macam tu dikatakan dapat memberi tenaga, kesihatan yang baik, menjadikan wajah lebih muda dan bermacam-macam kebaikan lagi. Azean amalkan kebanyakan product tersebut dalam hidup ia sendiri. So kita yang tidak pernah nak mengkaji  tentu lah percaya dan ramai lah yang amalkan. 

Kalau ikut kan saya pun memang percaya. Dalam bijak menjaga pemakanan dan mengambil suplemen-suplemen yang sesetengah tu teramat lah mahalnya, tapi ditakdirkan Azean terkena juga kanser. Tentu ada yang tidak kena kan. Apa pun bagi diri saya ni tetap berdoa semoga Azean bertambah kuat dan sembuh dari penyakit ini insyaallah. Moga Allah lindungi beliau.


Berbalik kisah artikel ini, menurut kajian penyelidik dari Perancis yang diketuai pakar dari Nancy University mendapati mereka yang mengambil supplemen cenderung mendapat penyakit kanser atau serangan jantung sama seperti mereka yang tidak mengambilnya.

Kajian Pakar Pemakanan Hospital St George di London Catherine Collins berkata, pengguna termasuk dalam ketogeri “risau sihat” iaitu golongan dewasa yang sihat dan percaya pil tersebut mampu memastikan mereka melawan penyakit kronik.

“Golongan ini cuba mengelak diri daripada diserang penyakit Alzheimer, jantung dan strok. Namun mereka sebenarnya hanya membazirkan wang”

Dua kajian yang disiarkan pada tahun lalu menyatakan pengambilan supplemen boleh meningkatkan risiko kanser. Satu daripadanya mendapati pil vitamin E, asid askorbik, beta karotin, selenium dan zink meningkatkan melanoma malignant, satu bentuk kanser kulit yang berbahaya.

Satu lagi kajian mendapati wanita yang mengambil multi vitamin setiap hari meningkatkan risiko kanser payu dara sehingga 20%.

Namun, walaupun bukti vitamin boleh memudaratkan masih terhad, kajian terkini hampir mengesahkan kebanyakan individu yang mengambil product tersebut hanya mengamalkan tanpa sebarang keperluan.


Bagi pendapat saya yang tidak pandai ni saya memikirkan logic akal juga. Bila kajian seumpama ini dah keluar maka dah tentu akan ada pihak yang berkepentingan akan  berhujah sebaliknya. Bagi diri kita semua, kita kena lah bijak buat kajian jugak tentang apa-apa saja product yang kita rasa nak telan tu maksud saya supplemen yang berlambak dipasaran jangan dipercaya 100%.

Bagi diri saya dulu memang rajin juga telan supplemen-suplemen ni macam-macam jenis terutama vitamin E dan multi vitamin, nak sihat kata kan. Tapi tu dulu sekarang alhamdulillah tidak lagi selain kerana masaalah kewangan, saya juga percaya Allah yang mengerakkan saya untuk tidak berterusan menelan pil-pil ni lagi kut. 
Dalam almari ada 3 botol pil ni

Ketika ini dalam almari saya ketika ini masih tersimpan 3 botol supplement Garlic yang entah bila nak saya telan hehehe sayang pulak nak buang, maybe nak telan jugak kut hehehehe habis pil tu tak akan makan lagi yang lain kut. Pil tu pun mak saudara yang bagi free pulak tu. Tak baik buang kan. 

Apa pun alangkah baik kalau kita berbalik pada sumber asli contohnya kalau nak makan garlic pergi beli yang dijual kat pasar, hancur kemudian telan.

Pemandangan Lembah Hunza di utara Pakistan yang indah lagi damai

Teringat kisah penduduk di Lembah Hunza di utara Pakistan yang dikatakan antara penduduk dunia yang panjang hayat hidup mereka, kalau tidak silap saya menonton melalui rancangan Oprah Winfrey Show yang mengupas isu makanan terbaik penduduk dunia. 

Saya pernah berkesempatan ke Lembah Hunza dan berkesempatan makan tengah hari bersama dirumah salah seorang penduduk di sana. Hidangan "snek" yang dihidangkan ialah pelbagai biji-bijian serta buah-buah seperti kurma, anggur serta apricot yang sudah dikeringkan. Macam-macam jenis bersaiz besar sehingga saya sendiri tidak mengenali nama dan jenis "snek" tersebut tapi amat sedap dikunyah. 
Buah aprikot yang dikeringkan

Di luar kebanyakan rumah penduduk di Lembah Hunza, kita dapat melihat buah-buahan terutama apricot, anggur dan pelbagai buah yang dikeringkan diluar halaman rumah. Jika berjalan di kedai sekitar Gilgit banyak kedai yang menjual biji-bijian serta buah-buahan kering yang diisi dalam guni-guni yang besar, pandangan ini amat biasa dan menjadi sumber makanan "snek" harian mereka. Tu pasal lah banyak orang tua-tua yang masih sihat dan ramai yang tidak tahu apa itu kanser kerana penyakit itu tidak berani nak datang menyerang penduduk di lembah Hunza ini hehehe. Itu yang lebih kurang Oprah bincang dan bualkan dulu lah.

Bagi saya yang tidak mampu ni kalau nak sedikit sumber vitamin D berjemur dibawah cahaya matahari awal pagi sehingga sekitar pukul 10 pagi. Banyakkan makan buah-buahan, buang kulit terutama buah seperti apple yang mana kuilt buah dikatakan disembur dengan sejenis penyalut seperti lilin supaya tahan lama. Kalau tidak percaya pi beli apple cuba kikis kulit apple nanti akan keluar daki seperti lilin. 

Untuk pengetahuan semua saya ni suka minum air dari kulit kayu manis di campur dengan bunga cengkih serta bunga lawang ditumbuk dan di campur dengan air panas mengantikan teh. Pernah dulu terbaca tentang kebaikan benda-benda ni. Saja jer nak  try ini pun dari sumber asli juga kan. Kalau suplemen pil yang diproses dalam jumlah yang banyak dalam kilang yang dibuat besar-besaran macam tidak percaya aje tentang isikandung kandungan setiap pil-pil tu. Itu pendapat peribadi saya lah ya.

Bersama ni saya nak share tentang artikel tentang suplemen vitamin E yang terjumpa dalam Utusan Online sekadar renungan kita bersama.

Suplemen vitamin E boleh sebabkan kanser


WASHINGTON 12 Okt. - Penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran pengambilan suplemen vitamin E boleh menyebabkan risiko menghidap kanser prostat meningkat sebanyak 17 peratus. Berdasarkan satu ujian terhadap 35,000 lelaki sejak 10 tahun lalu, penyelidik mendapati penghidap penyakit kanser itu menghadapi risiko lebih tinggi dengan pengambilan suplemen vitamin E, berbanding selenium atau plasebo.

"Makanan suplemen yang mengandungi vitamin E nyata sekali meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki," jelas satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian itu dilakukan berdasarkan penyelidikan sebelum ini yang mencadangkan kebarangkalian selenium atau vitamin E boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser prostat. Kajian tersebut dijalankan pada 2001 dengan pembahagian kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama akan mengambil selenium, kumpulan kedua akan menerima 400 pil vitamin E unit antarabangsa secara harian dan kumpulan seterusnya diberi kedua-duanya serta yang terakhir akan menerima plasebo.

Sejumlah 620 lelaki dalam kumpulan pertama yang mengambil vitamin E menunjukkan risiko tinggi menghidap kanser prostat berbanding kumpulan kedua yang terdiri daripada 555 lelaki. Kumpulan ketiga sebanyak 575 lelaki diberi selenium manakala 529 lelaki mengambil plasebo.

"Hasil pemerhatian terhadap peningkatan risiko menghidap kanser prostat sebanyak 17 menunjukkan potensi seolah-olah tidak berbahaya walaupun bahan-bahan aktif biologi seperti vitamin boleh memudaratkan kesihatan," jelas kajian tersebut. – AFP


Ok lah, apa pun terpulang pada diri masing-masing kalau tidak percaya dengan kajian ini, suka hati korang lah tapi sekurang-kurangnya kita semua tahu hasil kajian yang dijalankan ini. Dan kita fikir apa yang terbaik buat diri kita ya….

Oppssss saya ni sambil menaip sambil minum air perahan halia segelas beso yang memang fevered saya, buat sendiri tau…. Hmmmmm sedap dari sumber asli lagi hehehe

 Wallahuallam

8 comments:

  1. Saya suka makan spirulina. Dia ni lebih kepada makanan tambahan yang banyak khasiat.. sejenis alga hijau / biru wallahualam.

    Spirulina membantu untuk seimbangkan badan kita yang banyak asid hehe.

    Yang lain saya no komen sebab ni pun baru baca..terima kasih atas info ni.

    ReplyDelete
  2. so speechless..kaya dgn info yg berguna.tahniah!!!

    ReplyDelete
  3. saya pun tak berapa percaya dengan supplemen. hosmet saya dealer amway, tak habis2 promosi supplemen amway sampai saya rasa rimas. dan saya setuju, kdg2 harganya ada yg tak munasabah, mahal. dan saya baru tahu yang azean antara dealer amway yang hebat. saya rasa, patut hosmet saya baca artikel ni. sebanyak mana supplemen kita makan, tak semestinya kita tak dapat kanser. apa pun itu semua ketentuan Allah

    dan saya suka cara tuan rumah, yang amalkan supplemen semulajadi. tips buat teh tu memang menarik. saya nak cuba la.

    saya walaupun dah amik HAART, memang kurang minum air sbb tak rasa dahaga, minum bila dahaga je. nampaknya nak kena ubah habit ni sbb HAART ni antara drug yang kuat kan ? buah pinggang pun, lama2 boleh terjejas.

    thanks for the tips

    -uzzi-

    ReplyDelete
  4. Cahaya matahari antara sumber untuk Vitamin D, bukan Vitamin E.

    Cuba search pasal "coumarin".

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..byk pembetulan blogger kna buat..vitamin D sebetulnya kalu dr matahari..appricot bkn kekacang..vitamin E sumber anti oksidan..mampu mencegah kanser..masalahnya kandungan lain dlm pil tu..contohnya bhn pengawet..=}

      Delete
    2. Salam anonymous,

      Terima kasih kerana tegur, insyaallah saya cuba perbetulkan mana yang patut. Terima kasih

      Delete
  5. Penulis sepatutnya mengupas lebih lanjut ttg supplement dr sumber sintetik & semulajadi...jgn kelirukan orang lain...

    ReplyDelete
  6. seriously sgt mengelirukan info nih...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST