Tuesday, 27 December 2011

5 RUMAH PERLINDUNGAN HIV - ANTARA INSAN YAMG BERHATI MULIA

1) PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

Puan Norlina Alwi

Ini Puan Norlina Alawi, sejak pertama kali membaca kisah beliau didalam akhbar hati tersentuh dan tiap kali melihat wajah senyum beliau dalam akhbar atau mana-mana artikel di majalah-majalah saya bayang kan surga. Kuat kata hati saya Puan Norlina ini sememangnya layak Allah tempatkan di dalam surga Firdaus. 

Kenapa saya kata begitu rasanya ramai yang dah tahu terutama  dikalangan kita yang dah lama bergelumang hidup sebagai PLHIV sudah tentu telah mengenali serba sedikit tentang beliau. Sumbangan dan keperihatinan beliau mengambil anak angkat yang +ve hiv amat membanggakan, memelihara, menjaga membesarkan dan diberi pendidikan makan pakai dan yang paling penting kasih sayang yang diberi kepada anak-anak angkatnya yang seramai 33 orang tidak termasuk anak kandungnya seramai 7 orang. 

Kebanyakan anak angkat  yang dipelihara ada yang diambil  sejak masih bayi lagi ketika si bayi tidak menyedari  bahawa didalam badan mereka mempunyai virus peninggalan akibat kesilapan hidup emak ayah mereka di masa lalu. Ada antara bayi yang +ve hiv ini di  susu badan kan sendiri oleh Puan Norlina.


Norlina pada ketika ini merupakan yang dipertua Pernim (Persatuan Kebajikan Anak kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia)

Pernah saya melihat di kaca  tv perjalanan Puan Norlina ke kota suci Mekah bersama beberapa anak angkat beliau yang +ve dan dibawanya juga salah seorang anak lelaki yang sudah dikatakan tidak ada harapan untuk sembuh, kerana segala ubatan yang diambil sudah tidak berkesan untuk mengawal virus dari terus membiak. Nampak kelibat anak nya itu yang payah ketika membuat umrah tapi digigihkan juga. Berkat usaha bantuan Puan Norlina mereka semua selamat melakukan umrah. 

Tidak lama selepas itu saya terbaca pula berita tentang kematian anak lelakinya itu. Ya saya juga sedih, fikiran saya tertanya-tanya kenapa tubuh badan seorang anak yang masih muda tidak mampu bertahan, sepatutnya mereka ini yang boleh bertahan lama kerana mereka masih muda kekuatan dalaman badan lebih baik dari kita yang sudah berumur ni. Apa pun semua ini sudah ajalnya. Semua kehendak Allah, yang boleh saya dan kita semua lakukan hanya berdoa ke atas arwah anaknya dan semua kanak-kanak yang sudah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita akibat penyakit ini.

Keluarga besar beliau

Yang pasti tidak semua dikalangan kita yang mempunyai hati sehebat Puan Norlina  ni kan, ramai juga dikalangan kita yang berkemampuan  dari segi kewangan dan  mempunya masa yang banyak pun masih tidak punyai hati semulia beliau. Allah memilih beliau bagi membantu anak-anak +ve hiv ini. Yang pasti Puan Norlina sememangnya  antara individu yang akan dirahmati Allah dan akan selamat didunia dan akhirat. Saya doakan juga yang terbaik buat beliau dan suami serta seluruh ahli keluarga serta mereka yang membantu bersama memelihara anak-anak ini  supaya diberkati Allah swt sentiasa.

Pada para peminat, pasti ada yang sudah membaca buku hasil tulisan Puan Lily Haslina bertajuk Sesuci Kasih Norlina Alwi. Saya sendiri masih belum berkesempatan membeli dan membacanya lagi, tapi saya boleh bayangkan tentang isi kandungannya sudah tentu kisah yang boleh menyentuh hati kita. Ya kisah perjalanan getir beliau mengharungi suka duka membesarkan anak-anak malang ini. Namun ketabahan beliau membuah hasil yang murni.


Sekiranya ada antara anda yang sudi meluangkan masa menjenguk anak-anak ini bolehlah pergi ke pusat tersebut di:

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
Lot 46 Jalan 47,Bukit C, Kampung Cheras Baru,56100 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menghubungi beliau melalui emel:
pernim@streamyx.com 

Sekiranya ada yang berhajat menghulurkan bantuan, bolehlah melakukannya menerusi:
RHB 2-64214-0001777-6






2) RUMAH PERLINDUNGAN UKHUWAH

Seorang lagi individu yang nak saya ceritakan disini ialah kisah Ustaz Muhamad atau Ustaz Amin dari Yayasan Al Ijabah yang mengurus penempatan rumah anak-anak yatim. Beliau antara individu yang penting dan pengerak sehingga terbinanya rumah perlindungan pertama bagi pesakit hiv/aids di Malaysia yang dikhaskan buat umat Islam. 

Ustaz Muhamad Amin

Kisah bermula apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah kepada pesakit hiv/aids di sebuah gereja dikawasan Batu Arang, Rawang. Bangunan bersalib dikenali sebagai Welcome Community Home (WCH) antara satu-satunya pusat perlindungan bagi pesakit hiv/aids lelaki yang terbiar. Sudah tentu dikendali hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam.

Keinsafan meyelinap ke dalam sanubari beliau sehingga dibukakan pintu hati nya untuk bertekad membawa keluar pesakit hiv/aids yang beragama islam disini. Allah memilih beliau dan memberi jalan untuk menyelamatkan akidah pesakit hiv/aids yang beragama Islam disitu. Perlu diingat, sebelum beliau lagi terdapat ramai ustaz yang lain juga pernah datang berceramah di gereja ini tapi semuanya tidak mendapat dorongan dan kekuatan serta kemampuan untuk membantu sehingga lah Allah memilih Ustaz Muhamad Amin. (http://www.ustazamin.com/)

Dengan bantuan termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Majlis Aids Malaysia (MAC) dan rakan-rakan NGO lain akhirnya terdirilah Rumah Darul Ukhuwah di Shah Alam khas buat pesakit hiv/aids lelaki yang beragama Islam dan sudah tentu dikendalikan sepenuhnya juga oleh orang Islam. Rumah ini dibina khas buat mereka yang yang terbiar, disisih dan yang perlukan pertolongan. Ya Allah sesiapa saja yang yang terlibat walau sebesar zarah atau sekecil kuman sekali pun dalam usaha sehingga terbinanya rumah ini doa saya juga agar mereka semua diberkati hidup oleh Allah dan diselamatkan didunia dan akhirat.

Apa pun buat diri ini amat bersyukur kerana masih ada tempat berlindung dan sehingga kini tidak ada masaalah yang besar dan diharap saya dapat hidup dengan baik dan sempurna disisi keluarga selama yang mungkin disini. Pernah juga dulu terfikir kalau disisih kaum keluarga dan takut diketahui oleh jiran-jiran maka ke Rumah Darul Ukhuwah lah tempat kaki nak saya tuju hehehe, alamat dan address rumah ini masih tersimpan lama didalam dompet saya hingga kini.




3) RUMAH PERLINDUNGAN ISTANA BUDI

Dr Jahid Sidek
Pengurus istana budi Tuan Haji Idris Haji Hashim

Pusat Perlindungan Dan Rawatan "ISTANA BUDI" adalah merupakan hasil cetusan ilham dan idea serta diasaskan oleh Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi. Beliau merupakan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) juga Pengasas serta Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRIM) pada tanggal Khamis, 23 Julai, 2009 bersamaan 01hb Syaaban, 1430H di Dewan BUDI disokong dan disepakati oleh semua ahli BUDI.

Pemandangan Luar Istana Budi

Pusat Perlindungan Dan Rawatan "ISTANA BUDI" adalah bernaung di bawah NGO Islam ialah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (0701-06-SEL) yang aktif berdakwah kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Selangor dan umumnya di seluruh Malaysia. Berbekalkan kewibawaan kepimpinan dan ahli BUDI yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan perkembangan Islam, BUDI istiqamah dalam menjana kebaikan dan manfaat kepada umat Islam melalui visi dan misinya tersendiri.

Dormitori

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam. 

Pesakit-pesakit HIV lelaki yang sebelumnya berada di bawah perlindungan pusat-pusat kelolaan pihak Gereja KristianCetusan Idea dan ilham Yang DiPertua BUDI tersebut telah mendorong dan menaikkan semangat ahli-ahli persatuan untuk bekerjasama dan mengembeling tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menjayakan hasrat murni tersebut menjadi kenyataan.



Alhamdulillah, setakat hari ini pihak kami telah berupaya menyiapkan infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas yang amat membanggakan dalam masa yang amat singkat. Pihak Persatuan BUDI amat menghargai bimbingan Lembaga Penasihat sebagai badan induk yang membuat polisi dan dasar serta memantauan ke atas Istana BUDI tersebut. Pihak BUDI juga amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh dalam membantu pihak kami agar dapat melaksanakan impian murni ini.

Ruang Dapur

Perlantikan dan pembentukan Kumpulan Pengurusan oleh Lembaga Penasihat telah dilaksanakan untuk mengurustadbirkan Istana BUDI agar sempurna dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan diketuai oleh Pengurusnya iaitu YBhg Tuan Hj Idris bin Hj Hussin yang berpengalaman luas dan lama dalam bidang perubatan bersama 12 orang yang lain 1 Penolong Pengurus, 1 Penyelia, 2 Jururawat, 2 Pembantu Am Kebersihan, 2 Tukang Masak, 2 Pemandu, 2 Perawat Islam, Pekerja Sukarela.

Dewan Solat

Pada tanggal 26hb Ogos, 2009, (Rabu) walaupun Istana BUDI belum siap sepenuhnya, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar seramai 08 orang pesakit HIV yang dipindahkan daripada Pusat Welcome Comumunity Home, Batu Arang ke Pusat Perlindungan Istana BUDI.

Bangunan "user friendly" 2 tingkat Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ISTANA BUDI” dalam perancangan akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastrukturnya dengan anggaran kos melebihi RM150,000.00. Ianya berkeluasan lantai 10,000 kaki persegi. Ianya dirancangkan mampu menampung 30 hingga 40 orang penghuni/pesakit HIV dalam satu-satu masa. Bangunan Istana BUDI menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

Tingkat Bawah (Bangunan Induk):
Terdapat kemudahan-kemudahan yang berikut:
1. Kaunter Pertanyaan / Penyambut tetamu dan ruang tetamu
2. Stesen Jururawat
3. Bilik Klinik : Jururawat / Rawatan dan Dispensari
4. Wad Pesakit (menampung 10 orang pesakit kurang upaya berjalan)
5. Dewan Makan
6. Ruang Rehat / Multimedia
7. Musolla / Ruang Solat
8. Kawasan Rawatan Khas
9. Tandas dan Bilik Air / Mandi (Dengan Railing Khas untuk orang kurang upaya)
10. Tempat Parking Ambulan / Van Khas (trolley dan wheel chair disediakan)
11. Tempat membasuh pakaian / Mesin Basuh
12. Ruang Latihan Jasmani (senam robik)
13. Alat terapi bantuan berjalan

Tingkat Atas (Bangunan Induk) (sementara pembinaan Fasa 1 disiapkan)
1. Pejabat Pengurusan Istana BUDI yang lengkap
2. Dapur / Tempat penyediaan makanan dan minuman
3. Ruang Serambi yang luas (18” x 48”)
4. Stor utama
5. Tandas dan Bilik air / mandi
6. Bilik Rawatan
7. Enam Bilik dan Tiga Dormitory yang luas boleh menempatkan 30 pesakit)


Ruang Pejabat Pengurusan

Adalah menjadi hasrat Pihak Pengurusan Istana BUDI agar menjadi kebanggaan Umat Islam dan mampu bersaing serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, terancang dan berkualiti bagi pesakit-pesakit HIV. Harapan Istana BUDI, semoga sentiasa menyokong dan berdoa bersama-sama dan memberikan pelbagai sumbangan dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti.. 


Sumber Istana BUDI DISINI




4) RUMAH WAKE
Wake bantu golongan kanak-kanak, wanita dan mak nyah pengidap HIV

Wake menjadikan mak nyah, pekerja seks dan penghidap HIV/Aids sebagai golongan sasaran yang perlu dibantu. - Gambar hiasan

RAMAI di antara kita mungkin tidak pernah mendengar mengenai Wake apatah lagi mengetahui tentang aktiviti yang dilakukannya. Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu mereka yang telah disahkan menghidap HIV/AIDS.

Wake merupakan singkatan kepada Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (Wake), Kuala Lumpur, yang telah ditubuhkan pada tahun 2001.

Presiden Wake, Abu Bakar Jalalluddin memberitahu, objektif penubuhannya ialah untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada kanak-kanak mahupun mereka yang menerima kesan daripada ibu, bapa atau suami yang positif dengan virus maut itu.

Buat masa ini rumah Wake terletak di Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur.

"Wake dibahagikan kepada tiga rumah iaitu Wake 1, 2 dan 3, 
Wake 1 dikhususkan untuk kanak-kanak HIV, 
Wake 2 untuk wanita dan ibu-ibu,
Wake 3 yang ditubuhkan pada tahun 2005 khas untuk golongan mak nyah.

"Wake di bawah naungan Majlis AIDS Malaysia khas untuk membantu mereka yang menghidap HIV. Penghidap HIV ini rata-rata keadaan mereka daif dan dipinggirkan masyarakat,'' katanya.

Selain itu, antara aktiviti operasi utama Wake ialah memberi pendedahan serta maklumat kepada mereka yang menghidap virus itu. Wake beroperasi di Wisma Kraftangan, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan kepada golongan mak nyah.

"Kumpulan sasar kita ialah pelacur, pekerja seks, suri rumah yang menghidap HIV, individu dan juga mak nyah selain pengguna dadah. Ahli-ahli Wake ini yang telah kembali ke pangkal jalan akan mencari kumpulan sasaran ini. Ahli-ahli ini telah diberi latihan dan kaunseling dan akan digerakkan untuk berjumpa dengan client mereka,'' katanya.

Sekiranya ada di kalangan kumpulan sasar telah bersetuju mereka akan diberi bimbingan kaunseling dan kalau perlu melakukan pemeriksaan darah di Hospital Sungai Buloh. Semua ini akan diuruskan oleh Wake.

Biasanya ahli-ahli Wake akan menyasarkan seorang akan dapat mencari sebanyak lapan orang penghidap HIV, namun selalunya hanya setengah daripada mereka yang sanggup ke pusat itu untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan seterusnya.

Tambah Abu Bakar lagi, penghuni rumah Wake biasanya tidak kekal lama kerana ahli-ahlinya sentiasa silih berganti bergantung kepada keadaan individu itu.

Setakat ini Wake 1 mempunyai 14 penghuni, manakala Wake 2 dan Wake 3 masing-masing mempunyai 10 dan 11 orang penghuni.

Jika ada di antara penghuni tersebut mahu bersama keluarga, mereka akan dibenarkan berbuat demikian.

"Tetapi apa yang selalunya terjadi pesakit HIV/AIDS ini disisihkan oleh keluarga yang malu mengakui hakikat bahawa anak atau pun ahli keluarga mereka ini menghidap penyakit berbahaya itu. Malah sekiranya mereka meninggal dunia pun, Wake akan diminta menguruskan pengebumian mereka,'' jelasnya.

Berdasarkan pengalamannya menurut Abu Bakar, suri rumah adalah golongan yang paling tinggi menghidap HIV/AIDS berbanding pengguna dadah dan golongan mak nyah.

"Suri rumah ini mendapat AIDS daripada suami mereka. Seterusnya mereka akan dipinggirkan keluarga dan saudara mara. Kita patut membantu mereka bukannya menyisih atau mendiskriminasikan mereka. Golongan ini patut diberikan pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak,'' katanya.

Dalam pada itu Abu Bakar juga menambah, pengurusan untuk menjana ketiga-tiga rumah itu mencecah sehingga RM70,000 sebulan. Sehubungan itu, Wake masih memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai untuk membantu kebajikan penghuninya.

Wake boleh dihubungi di talian 03-2692 6861.


5) RUMAH WAHIDAYAH

Pengasas Rumah Wahidayah, Norlela Mokhtar ketika menyampaikan ucapan pada Program Pautan Kasih Fareeda
- Diasaskan oleh Norlela Mokhtar

- Merupakan sebuah rumah perlindungan buat wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS

- Mula beroperasi pada Jun lalu (2012)

- Memberi kebebasan kepada penghuni untuk tinggal disini sehingga pulih

- Bukan sahaja melindungi, malah memberikan pendidikan agama dan rawatan sebaiknya untuk penghuninya.

- Untuk sebarang bantuan, hubungi 019-2595864 atau ke alamat;
Rumah WAHIDAYAH
601, Jalan 1B/5,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47600, Selangor   

Sumber Rumah Wahidayah, anda boleh klik DISINI



Ya bagaimana pula dengan kita semua, apa sumbangan yang sudah kita berikan selama ini ya, ya lah tidak kira lah sumbangan apa sekali pun. 

Pada saya dan pendapat peribadi saya kita kalau rajin bercerita berkongsi info yang bermanafaat seperti menulis dalam blog dan memberi komen yang membina, kita juga sedang memberi sumbangakan. Allah kalau nak pilih tentu dipilihnya seseorang mengikut kemampuan yang boleh seseorang itu berikan.

7 comments:

  1. pernah tgk rancangan yg dia bw anak2 hiv tu bt umrah tu di tv alhijrah....tp xtau apa ending dia.
    dah meninggal ek? innalillah....

    ReplyDelete
  2. insya-Allah blog ini juga bakal menjadi antara yang terhebat sumbangannya terhadap agama, komuniti dan masyarakat. teruskan berjuang.

    p/s- mesti anak dara saya (AO) seronok baca entry ini dan menjadi dorongan untuknya di medan perjuangan. doa2kan.

    ReplyDelete
  3. abah mai pecah rahsia kat sini pula. saya segan nak komen sebenarnya.. terlalu besar penghargaan itu untuk saya.. Apapaun terima kasih Insyallah doakan saya dapat guna ilmu Allah ni sebaik mungkin dijauhkan dari riak dan takabur..

    :). Apapun Ao hanyalah semut kecil.
    AO suka gak mai blog naj mi baca tazkirah yang sangat2 menyedarkan AO.

    ReplyDelete
  4. frz.sfn
    ya dah meninggal anak tu, sedih bila baca, D. J Dave penyanyi tu pun ada datang bercerita tentang kesedihanya juga

    AHP/AO
    Saya tulis apa yang bermain dalam fikiran dan sesekali kena mohon juga pada Allah supaya diberi idea yang baik utk kita sharekan kat sini. Ada setengah pekara yang mungkin mudah dan kecil yang kita ingat semua orang tahu tapi sebenarnya orang masih tidak tahu kan. Tu lah fungsinya blog-blog ni walau pun sesuatu isu itu dah basi pada kita tapi sebenarnya masih baru bagi kebanyakan orang diluar sana tu kan. Wallahuallam

    ReplyDelete
  5. Nurunn a'lan nur25:24
    Ya Allah..mulia sungguh hati Pn Norlina..
    sbnrnya ada ramai lg diluar sana yg hatinya
    mulia sprt ini.. sedih bila terbaca lapuran
    akhbar bayi2 yg dibuang dn dibunuh..kanak2
    didera dn digunakan sbg pemuas nafsu..kejadian
    mcm ni semakin serius..ini menjadi lambang bhw
    masyrakat kita semakin parah jiwa mereka dn semakin sakit mentalnya kan...
    :-(

    ReplyDelete
  6. Nurunn a'lan nur25:24,

    Ya sebenarnya ramai lagi insan berhati mulia diluar sana yang kita tidak tahu mereka dimana. Mereka menyumbang secara senyap...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST