Tuesday, 27 December 2011

BERBUAL BERBISIK SEORANG DIRI TIADA SIAPA YANG TAHU

Petang tadi pergi ke pasar malam, beli kuey teow goreng biasa lah kalau pergi kemana-mana kan seorang diri aje, so kalau berbual pun berbual lah seorang-seorang dalam hati, ya bersembang dengan diri sendiri. 


Bila tengok pak cik yang berniaga berpeluh bekerja, hati saya terus berbisik “Ya, Allah murahkan lah rezeki pak cik ni, berikan lah keuntungan berniaga”. Kemudian kepala berpaling melihat peniaga disebelah yang sedang mengoreng nugget untuk dijual, hati sepontan berkata "Ya, Allah murah kan lah rezeki ia”.

Kemudian ketika dalam perjalanan balik kerumah saya terfikir eh memang ini dah jadi macam tabiat saya berkata berbisik macam tu selalu. So tu pasal lah terfikir nak share dengan sesiapa saja yang terbaca blog ini dan share tentang tabiat saya yang agak aneh ni, tapi rasanya boleh dicontohi kut hehehehe.

Saya ni bukanya baik sangat, panas baran jugak kadang-kadang berdengki bergaduh jugak, tapi alhamdulillah sifat-sifat semua tu dah semakin berkurangan. Tentang berbisik dan berbual dengan diri sendiri ni rasanya dah lama saya buat tanpa saya disedari. 

Ok biasanya kalau saya membaca akhbar, majalah atau apa saja artikel dari mana-mana sumber tentang kematian, hati terus berbisik “Ya, Allah ampun lah dosa ia, tempat lah ia dengan orang-orang beriman beri lah kesabaran kepada semua ahli keluarga ia anak isteri atau ibu bapa ia ketika menempuh ujian ini”. Biasanya saya dulukan dengan bacaan Al Fatihah, kemudian bila diselak kemuka surat yang lain terbaca lagi kisah satu kematian yang lain kata-kata yang sama akan saya bisikkan sekali lagi begitu lah seterusnya. 


Kalau baca berita yang tak mengembirakan tentang politik tanah air hati berbisik “ Ya Allah lindungilah negara kami agama kami bangsa kami bla bla bla lagi……..”.  Bila terbaca kisah penagih dadah meragut beg, pelacur yang ditangkap, pembunuh yang dihukum dan lain-lain hati akan tetap berbisik, mendoakan kesejahteraan mereka kadang-kadang bukan berbisik tapi hanya lintasan di hati tanpa kata-kata diminda membayangkan kesejahteraan hidup buat mereka.

Kalau bertembung dengan mak didapur selalu hati terus berbisik “Ya Allah panjang lah umur mak jauhkan lah ia dari sebarang penyakit bla bla bla bla lagi” begitu juga sesekali berbisik berdoa bila berjumpa ahli kekuarga yang lain.

Kalau ke masjid nampak seorang tua yang lemah berjalan hati akan berbisik, " Ya, Allah beri lah kekuatan kesihatan yang baik pada ia”. Ketika solat jika kedengaran seseorang yang sedang batuk, hati saya berbisik “Ya Allah sembuh kan lah batuknya” begitu juga kalau nampak kudis seseorang dikaki, hati saya akan terus berbisik mendoakan supaya Allah sembuhkan beliau dari kudis-kudis itu. Bila berjalan ke masjid terutama masa solat Jumaat ternampak budak-budak muda yang melepak yang sememang sah tidak pergi solat hati berbisik “Ya Allah berikan lah taufik hidayah buat mereka”

Saya selalu berbisik tiap kali nampak kelibat seorang kawan saya seorang ni di masjid, ia ketika muda lagi dah bergelar haji, entah kenapa tiap kali nampak ia hati saya selalu berbisik “ Ya Allah lindungi lah ia, berikan lah ia kesihatan baik,  murah rezeki ia bla bla bla bla…… lagi.” 

Dulu masa rajin solat subuh bersama di masjid, jika sesekali sekala tidak nampak kehadiran kawan saya ni hati berbisik berdoa minta Allah permudahkan untuk ia datang ke masjid. Begitu juga bila nampak sesiapa saja pak iman, ustaz yang sedang berceramah, budak muda yang rajin datang solat berjemaah, orang tua yang susah nak bangun berdiri dan apa saja yang menarik perhatian saya tiba-tiba hati akan berbisik mendoakan kebahagian serta diberi kesempurnaan hidup pada mereka.

Pernah dulu seorang penceramah muda bercerita bahawa ia masih belum ada rezeki dan berpeluang untuk pergi ke Mekah, tak tunggu lama hati saya terus berbisik “Ya, Allah jemput lah beliau ke sana, murahkan lah rezeki ia bla bla bla.....”


Bila ke hospital setiap kali nampak insan-insan yang kesakitan, yang terlantar di troli, yang duduk diatas kerusi roda, yang patah kaki dan berbalut simen, hati saya tanpa henti asyik berbisik “Ya Allah sembuhkan lah mereka, berikan lah kekuatan serta  kesihatan yang baik buat mereka”  Bila nampak ambulan yang bising laju menuju ke hospital hati berbisik “Ya Allah sembuhkan lah sakit sesiapa sahaja yang berada didalam ambulan itu”

Bila nampak kenderaan mewah melintasi saya ketika saya sedang  menunggang basikal hati sering berbisik “Ya Allah syukur kerana diberi rezeki padanya, murah kan lah lagi rezeki ia moga ia sentiasa bersyukur…”. Jika ternampak seseorang berjalan kaki hati berbisik, “Ya Allah murahkan lah rezeki padanya”

Pendek kata saya asyik berbisik berbual dengan diri sendiri, bila melihat apa saja yang  berlaku didepan mata kebiasaannya ini lah yang selalu saya lakukan berbisik sendirian tidak kira dimana termasuk juga ketika menonton tv dirumah. Begitu juga bila ketika sedang membaca blog tentang keluh kesah mereka yang sakit menderita di uji Allah, hati ini akan tetap berbisik secara sepontan “Ya Allah sembuhkan lah mereka, beri lah kesabaran buat mereka bla bla bla…..... lagi”
Saya sebenarnya tidak perasan tentang tabiat saya ini tapi sejak mula menulis blog ni macam-macam idea yang nak saya cerita kan kat sini so bila mula berfikir tentang diri sendiri baru tau yang saya ni asyik berbisik seorang diri, jadi saya rasa boleh buat bahan entry hehehe…

Ketika menunggang di jalanraya macam-macam yang dapat kita perhatikan dengan lebih jelas, kadang-kadang melihat awan, burung, bumbung masjid, peminta sedekah, ibu mengendung anak, apek tua bertongkat, wanita bertudung memakai t shirt lengan pendek menampak kan lengan pun boleh saya berbisik sendirian biasanya bisikan untuk kesejahteraan buat mereka. Hmmmmm entah maybe jugak ada kadang-kadang tu mengata sikit hehehe tapi tak selalu kut.


Kalau malam bila melihat bulan mengambang penuh misalnya, sah gerenti saya akan berbisik “Ya Allah inilah rupa bentuk bulan yang sama pernah di renung dengan mata baginda Rasulullah satu ketika dulu, sekarang aku juga sedang merenung benda yang sama dengan apa yang Rasulallah renung kan dulu. Selalunya tiba-tiba hati saya akan berasa bangga” Bisikan hati saya ni biasanya mengikut keadaan dan berbisik secara sepontan.

Ok satu lagi, kalau saya sedang menunggang terutama malam kalau nampak apa saja serangga atau binatang kecil yang merayap kat jalan saya akan berhenti angkat dan pindahkannya ke tempat yang selamat, biasanya letakkan ke kawasan rumput ditepi jalan dan akan berbisik “Ya Allah lindungilah binatang itu.”

Kalau waktu selepas hujan semasa menunggang paling banyak yang saya lihat ialah siput babi yang cuba menyeberang jalan seolah-olah nak bunuh diri hehehe, so biasanya saya angkat dan pindahkan ke rumput. Pernah sekali sepanjang jalan banyak siput babi, ada yang dah kena gelek pun, so saya berhenti dan mencari siput sepanjang jalan yang nak bunuh diri tu untuk diselamatkan. Terfikir juga tentu Allah suruh saya melalui jalan itu semata-mata untuk membantu siput babi itu dari di gelek kenderaan. 


Pernah berhenti mengangkat kura-kura sesat kat tepi jalan, kalau dilanggar motor hancur. Pernah saya halau lipas yang mengatal merayap ke tengah jalan, berhenti dan mengangkat ulat gonggok kecil sebesar batang mancis alhamdulillah saya nampak ulat tu nak menyeberang jalan, saya angkat ulat tu mengunakan daun. Kupu-kupu malam yang tak boleh terbang terdampar tepi jalan saya angkat ketepi takut di gelek kenderaan. 

Menghalau katak yang melompat ke jalan haaaaaa bab katak ni saya geli sikit tak berani nak angkat kena kuit halau ia, kadang-kadang ada yang liat, kalau susah nak halau dan tak begerak dikuit dengan kayu pun masih nak melompat ke tengah jalan, terpaksalah katak tu saya tinggal kan tapi hati akan berbisik “Ya Allah selamatkan lah katak tu, lindungilah ia” Biasanya saya cuba alihkan katak tu balik ke tepi saya tidak akan senang hati dan akan rasa bersalah kalau ia kena gelek kereta nanti.

Hahahaha begitu lah alkisahnya tentang sedikit tabiat pelik saya yang saya rasa boleh dicontohi bersama hehehehe. Riak ker? Maybe jugak, tapi tak pa saya sekadar nak share kat sini pembaca pun bukan kenal saya sangat pun tu pasal ada sikit berani ni hehehehe. Tak pa nanti kalau saya teringat tentang mana-mana tabiat buruk saya pulak yang tidak boleh sama sekali untuk  dicontohi,  insyaallah akan saya kongsikan juga di blog ni.

Selamat...


9 comments:

  1. Saya juga suka berbisik.. hehe.. dalam kecil-kecil lagi. Appaun bisikan yang baik .alhamdulilah. :)

    ReplyDelete
  2. Nurunn a'lan nur25:24
    Suka entry ni..merenung..muhasabah hati saya yg
    kurang bersyukur selama ini..

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Ini lah maksud saya sebenar, apa sahaja yang berlaku disekeliling, kita kena lebih peka. Contoh kalau kita nampak ambulan bawa pesakit meluru ke hospital... sudah tentu dalam ambulan tu ada pesakit, alangkah baiknya masa kita nampak ambulan tu, hati kita berdoa agar Allah selamatkan insan yang sakit dalam ambulan tu kan... simple aje...hanya kita gerakkan niat atau doa melalui lintasan dlm hati utk mendoakannya, insyaallah "maybe" doa kita tu dimakbulkan Allah... :)

    ReplyDelete
  4. Saya tergerak nak bc semula n3 ni...suka..simple jer...but its touching...
    ...hebatnya Allah ciptakan makhluk bernama hati dlm bdn kita ni yer...
    ....kini sy sdg minta pada Allah...supaya hati itu dekat dgn hati saya...Amin Ya Rabbi..

    syukran jazillan..

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Terima kasih kerana membaca...:)

    ReplyDelete
  6. NajMi..
    saya igt saya sorang je yang 'pelik' buat mcm tu ;)
    tak sangka ada org lan juga,.mgkin ramai yg mcm ni cuma kita yg tak tahu

    ReplyDelete
  7. Irfa,

    Rupanya awak juga buat benda yang sama ya...:)
    ya may be ramai yang buat pekara seperti ini cuma tak diberitau sahaja pada orang lain.. alhamdulillah saya punya tempat (blog) untuk memberitahu pada orang lain tentang tabiat saya ni...:)

    ReplyDelete
  8. akk kalau lalu kubur mesti bagi salam byk byk byk kali pada semua penghuni kubur dan rasa sedih bisikkan doa pada mereka semoga Allah ampunkan mereka dan kalau tgh disiksa mohon belas kasihan Allah swt hentikan siksaaan mereka, kadang kalau lama tak lalu kat kubur bila lalu rasa mcm dia org tunggu pulak salam dan doa akk, syukur alhamdulillah, rasanya kalau kita egini hati kita selalu dicuci dgn zikrullah maka hati berbisik benda yang positif kalau x kat hati kan de istana iblis sbb tu kalau hati x bersih semua rosak binasa, jom banyak banyak banyak banyak banayk banyak kan zikir..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. susumanis

    berbisik sesuatu yang baik mendoakan kesejahteraan org lain juga baik, doa kepada semua makhluk Allah yang ada disekeliling kita amat baik. Berzikir sentiasa dalam hati sangat baik bagi menghindar diri kita digoda dg bisikan syaitah... betoi tak...

    Terima kasih....:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST