Sunday, 25 December 2011

KISAH KEJAHILAN MAHER ZAIN

Lepas solat maghrib tadi saya ke stadium yang terletak hampir lebih kurang 5 km dari rumah semata-mata nak tengok konsert si Maher Zain. Konsert free yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Bila masuk ke dalam stadium terus saya mencari-cari tempat yang senang nak tengok dan tonton tapi orang dah mula ramai tertanya-tanya jugak adakah mereka ini ada solat Maghrib sebentar tadi? Pada firasat saya yang sememangnya dah berpengalaman ini hehehe rasanya sebahagian besar mereka ini tidak solat Maghrib. Tapi ketika saya nak parking, berdekatan sebuah surau disini masih ada remaja-remaja yang bertali arus keluar masuk untuk bersolat. Bagus sangat tu.

Alamak bergoyang pulak tangan ni...
Ok lah bila saya masuk ke dalam stadium, tubuh badan mengikut arah kaki terus menuju ke bahagian kanan pentas betul-betul berhampiran screen besar disitu. Bak kata anak saudara saya masa ni lah boleh nampak wanita bertudung labuh sampai ke lutut serta pak haji berkopiah putih datang ke konsert. Apa pun itu semua terpulang pada diri masing-masing yang penting tanggungjawab kita pada Allah dah ditunaikan dengan sempurna. Tentang bercampur lelaki wanita yang ramai berhimpit-himpit tak tahu nak saya komen kat sini. Untuk pengetahuan semua saya ni pun dah lama sangat tidak pernah masuk ke panggung wayang menonton movie alasan kerana berkumpul di satu ruang bercampur lelaki wanita tu haram kan, pernah dengar macam haram, yer ke? hmmm nak kena google lah lepas ni hehehe. 

Bersama dengan Irfan Makki
Berbalik tentang Maher Zain apa yang menarik tentang beliau ialah tentang kisah gelap masa lampau beliau. Ia pernah bercerita tentang kelalaian beliau serta dosa lampau yang pernah beliau lakukan seperti minum arak dan lupa tentang agama serta hanyut dalam kehidupan dunia. Hingga lah Allah memberi hidayah padanya. 

Menarik bukan. 

Beruntung lah saya kerana diberi ujian seperti hiv yang merupakan satu rahmat dan hidayah juga dari Allah swt, yang secara tidak langsung mendorong kepada perubahan diri untuk menjadi lebih baik dan lebih taat akan segala perintah Nya. 

Pengacara konsert malam tadi ialah A C Mizal yang sempoi, penyanyi undangan Ramli Sarip best jugak dengan suara yang serak basah, sedap didengar semua lagu yang ia bawa pun memang sesuai dan Irfan Makki yang punyai suara halus ala-ala suara Micheal Jackson pun ada tapi nyanyian ia macam tak kena dengan sound sistem malam tadi. 

Ok lah jugak keseluruhan konsert tu, sempat lah layan sampai habis konsert dari berdiri kat tepi pentas hingga beralih ke tempat duduk yang terletak nun kat atas stadium tu. Balik rumah sampai hampir kul 12 tengah malam oppppsssss dah masuk Hari Natal kan. 
So saya nak ambil kesempatan ucapkan selamat bercuti pada hari Natal kepada siapa-siapa yang terbaca entry dalam blog ni.

Berpusu-pusu orang nak balik selepas selesai konsert. Cuba tengok sampah dibuang merata-rata, yang melakukannya dah tentu yang beragama Islam. Bukannya berat sangat sampah tu kalau di bawa dan dicampakkan kedalam tong sampah kat sekitar stadium tu kan.
 Sumber Berita Harian Online

Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan

SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.

Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.

"Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.

"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher



1 comment:

  1. Saya tak pernah tahu yang dia ada kisah silam, apapun Rahmat Allah itu luas selagi ajal tidak menjemput dan kiamat berlaku. Doa,doa agar kita kembali kepadaNya amin.. khusnul khatimah yang kita cari ^_^

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST