Friday, 23 December 2011

ADA INSAN YANG LEBIH TERUK DI UJI OLEH ALLAH

Barah hidung - Bila saya terbaca kisah ini didalam akhbar yang terlintas terus dalam minda dan fikiran ini serta terus berbisik,

“ Ya Allah aku bersyukur dengan apa yang ada pada diri ini ketika ini”….

Zakaria Awang 71 tahun
Pada ketika kita meratap dan terasa ujian Allah pada diri kita teramat lah besar, sebenarnya pada ketika ini juga tentu ada insan lain di luar sana yang lebih teruk lagi diuji Allah, lebih teruk dari ujian yang kita terima sekarang. 

Bagi mereka yang yang baru di sah kan +ve hiv atau penyakit yang lain, usah terus meratap mengenang nasib yang menimpa. Berbaik sangka pada Allah dan kita perlu lebih tabah serta bersyukur dengan segala nikmat ujian ini. Tentu ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barang siapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]



Warga emas hidap barah hidung rayu bantuan

Keadaan muka dan hidung Zakaria Awang yang menghidap barah sejak dua tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambong Batu 7, Baling, kelmarin.

BALING 19 Dis. - "Tolonglah bantu suami saya," demikian permintaan seorang isteri, Salmah Mat, 61, yang merayu ihsan orang ramai demi menamatkan penderitaan yang ditanggung suaminya sejak dua tahun lalu. 

Suaminya, Zakaria Awang, 76, dari Kampung Rambong Batu Tujuh dekat sini yang menderita barah hidung kini terpaksa menahan kesakitan apabila ketumbuhan kecil dalam hidung merebak dan semakin membesar. 

Lebih parah, ketumbuhan tersebut merebak ke bahagian muka Zakaria termasuk gigi dan bahagian pipinya yang hancur bagaikan dimakan kuman.

Kata Salmah, penyakit itu mulai dikesan selepas berlaku pendarahan sebelum merebak dan membesar dengan cepat.

"Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan termasuk menemui pakar perubatan di hospital kerajaan mahupun swasta tetapi penyakit berkenaan terus merebak.

"Suami saya kini hanya menang gung sakit dan berharap ada pihak dan pakar perubatan mampu mengubati," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ditemui, Zakaria hanya mampu mendengar dan duduk kerana tidak lagi mampu berbuat apa-apa akibat kekurangan zat berkhasiat yang dipercayai berpunca dari mulut, gigi dan rongga hidung nya yang sudah rosak.

Menantu Zakaria, Zawari Md. Isa, 36, berkata, sudah berpuluh doktor dan bomoh ditemui, namun sehingga kini keluarganya belum menemui kejayaan.

Katanya, dia bercadang membawa bapa mertuanya melakukan rawatan di Yala, selatan Thailand, namun bimbang keadaan keselamatan di sana.

"Kami habis berikhtiar dan ber harap mana-mana pihak atau pakar penyakit berkenaan dapat membantu rawat bapa mertua saya," katanya.

Zakaria sebelum ini hanyalah pekerja kampung mempunyai sembilan anak dan 18 cucu.
 
Saya disini hanya mampu berdoa moga Zakaria Awang diberi Allah kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini. Moga Allah ringankan sengsara serta sembuhkan beliau, supaya lebih mudah menjalani kehidupan dengan lebih baik di hari-hari mendatang... Terfikir juga sekiranya ini terjadi pada diri kita, bagaimana rasanya ya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 




Justeru, sesiapa yang sudi membantu suaminya boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Sofian Isa di talian 019-4283919

6 comments:

  1. Saya tak sangka ada barah batang hidung. Barah selalunya akan di buang ataupun kimoterapi. Bagaimana la propsesnya . semoga pak cik ni tabah.

    ReplyDelete
  2. Pak cik ni akan dibedah, kulit dari peha kan diambil utk di letak dan tampalkan ke bahagian tersebut, prosesnya wallahualam

    ReplyDelete
  3. Nurunn a'lan nur25:24
    Alhamdulillah..sy tlh dpt hubumgi keluarga pakcik
    Zakaria..keadaan beliau skrg semakin beransur baik..namun
    beliau masih lg memerlukan bantuan kewangan utk
    rawatan perubatan dihospital..sy dpt tahu keluarga beliau
    bkn dr org yg senang..jika ada sesiapa yg sudi menghulurkan
    bantuan sila hubungi En Sapani 0175714584.
    Maaf ye En Najmi sy gunakan ruangan awak ni..kita doakan
    moga pakcik Zakaria semakin baik..Amin
    Maaf sgt2 ye..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurunn a'lan nur25:24,

      Alhamdulillah mudah2an pakcik ni semakin baik dan dimurahkan rezeki insyaallah. Mudah-mudahan semakin ramai yang membantu pakcik ini....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST