Thursday, 22 December 2011

MENGUBAH SEMPADAN IMAN

Saya rasa tentu ramai yang sudah membaca buku ini, saya ni agak ketinggalan kerana buku ini telah agak lama dipasaran walau bagaimana pun alhamdulillah apabila seorang sepupu saya memberi buku ini untuk saya baca dan hayati tentang kisah seorang hamba Allah yang telah di jemput ke Mekah menunaikan haji. Jika tidak kerana ia tentu saya masih tidak tahu langsung tentang buku ini.
 
Penulis buku
"Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman"  

tulisan Muhd Kamil Ibrahim ini saya rasa amat sesuai untuk kita baca. Cara penceritaannya amat mudah seolah-olah  rasa seperti diri kita bersama berada disana bersama beliau. Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke kota suci Mekah segala pengalaman, suka duka kebanyakannya hanya tersimpan didalam hati sahaja. Alangkah amat bagus kiranya pengalaman anda dikongsikan seperti penulis buku ini supaya dapat kita bersama merasai pengalaman seperti mana anda rasai. 

Walaupun  kita hanya sekadar melakukan umrah amat bagus sekiranya  bermula detik ketika melangkah kaki keluar rumah kita catatkan pengalaman didalam dairy. Dan lebih bagus lagi kiranya kita menulis dan bercerita kembali pengalaman kita dari A-Z  sekurang-kurangnya untuk tatapan anak-anak kita dimasa hadapan dan rakan-rakan didalam blog. Perlu diingat walaupun melakukan umrah atau haji semua peraturan cara melakukannya adalah sama, semua orang melakukan pekara yang sama sebagai syarat wajib, tetapi yang membezakan antara satu sama lain ialah pengalaman. Pengalaman setiap individu adalah berbeza. (tak gitu AS)

Walaupun penulis buku ini seorang yang berkemampuan, seorang yang terpelajar yang sebenarnya boleh ke Mekah bila-bila masa tapi Allah masih tidak membuka peluang dan hati beliau untuk menjejaki kaki kesana. Saya tertarik dengan kata-kata nasihat isteri beliau Roza pada tahun 2003 berkenaan hajat beliau untuk menyandang jawatan profesor yang diidamkannya,

 “Allah memberi abang satu rahmat. Abang mudah bangun tengah malam. Orang lain susah hendak bangun. Saya juga susah. Alangkah baiknya, selepas bangun, sebelum menulis, abang sembahyang Tahajud, Hajat dan Taubat. Minta Allah supaya ia berikan abang jawatan Profesor. Dia yang menentukan rezeki manusia”

Selepas 12 bulan menunggu akhirnya beliau berjaya mendapat jawatan Profesor dan menerima tunggakan gaji melebihi RM80,000 lagi. Dan bermula lah hidayah panggilan Kaabah mengamit, melambai memanggil beliau. Pada akhir tahun 2006 beliau selamat menunaikan ibadah haji. Sekitar 2 tahun selepas hatinya mula diusik Allah dan tergerak. Dengan lain kata kad jemputan sudah diterima.

Membuat hati ini semakin bersemangat
Penulis bijak bercerita kisah sebelum menjejakikan kaki ke Mekah tentang kejahilan beliau sehingga wirid selepas sembahyang tidak hafal, tidak pandai membaca Yassin, tidak pandai bertahlil serta tidak tahu membaca ayat Kursi.  Bercerita dengan sempurna pengalaman ketika berada di Mekah, pengalaman bagaimana beliau berasak-asak hingga akhirnya beliau berjaya mengucup Hajar Aswad dan menyambung sedikit kisah kesan pengalaman beliau sekembalinya dari Mekah.

Buku ini juga antara sumber yang membakar semangat saya. Buku ini juga sudah hampir 7 kali diulang cetak. Murahnya rezeki penulis. Kemungkinan juga berkat beliau memohon doa di tempat-tempat mustajab ketika berada di Madinah dan di hadapan Kaabah. Jika beliau berdoa dimurahkan rezeki tentu Allah berikan, kiranya ia berdoa untuk datang kembali ke Mekah setiap tahun, Allah akan makbulkan. Kerana itu kita sering kita melihat ramai yang selalu berulang alik ke Mekah dijemput Allah seolah-olah duit dah tak jadi masaalah buat mereka lagi. Ini lah berkat doa mereka ketika berdoa di tempat-tempat mustajab seperti di Raudah dan ketika mengadap Multazam berhampiran Kaabah.

Dengar cerita malaikat memenuhi di ruang angkasa 
disini berebut mengambil, mancatat amalan baik
untuk dibawa naik ke langit. Wallahualam
Beruntungnya mereka yang berpeluang bersolat di Masjid Nabawi di Madinah dan dihadapan Kaabah di Kota suci Mekah, bertuahnya mereka mendapat puluhan ribu hingga mencecah ratusan ribu ganda pahala solat jika dibandingkan kita yang hanya mendapat 1 pahala sekiranya bersolat sendirian di dalam bilik disisi katil didalam rumah. Dan hanya 27 pahala kiranya kita rajin bersolat secara berjemaah di masjid mahu pun di rumah. Kesihannya bagi mereka yang tidak berkemampuan, bagi mereka miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagi mereka yang tinggal dikampung menjual nasi lemak bagi mereka yang terlantar sakit sukar melakukan perjalanan jauh. Kita hanya mampu berdoa dan melaku kan yang terbaik sahaja di sini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua kesana satu hari nanti dan dapat kita melakukan solat serta mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah.

Qiamullail
Oppsss......Allah sebenarnya tidak Zalim. Allah sebenarnya Maha Adil lagi Maha Bijaksana dan Allah sememangnya  Maha Mengetahui isi hati perut kita semua. Kita sebenarnya masih mampu untuk mendapatkan  ganjaran pahala solat yang berlipat ganda rupanya tanpa perlu ke Mekah dan kita masih berpeluang berdoa yang dikatakan amat mustajab. Saya sebenarnya tidak tahu tentang pekara ini terus terang kadang-kadang timbul rasa iri hati melihat mereka yang selalu ke Mekah. Sehingga lah ketika saya membeli sebuah buku panduan lengkap solat dan terbaca ayat dibawah ini,

Abu Al Syaikh dan Ibnu Hibban menukilkan dalam kitabnya “al Tsawab” dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda, yang bermaksud :

Masjid Nabawi di Madinah
“Sembahyang dimasjidku sama nilainya dengan 10,000 sembahyang. Sembahyang di Masjid-al-Haram sama nilainya dengan 100,000 sembahyang. Sembahyang di medan jihad sama nilainya dengan 2 juta sembahyang. Tetapi yang lebih tinggi nilainya daripada semua itu, ialah sembahyang 2 rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam”

Alhamdulillah, mari lah kita cuba lakukan yang terbaik moga satu hari nanti kita juga dapat bersolat di hadapan Kaabah di tengah malam. Alangkah bertuahnya kita nanti. Walau hanya sekadar solat Tahajud sunat 2 rakaat di tengah malam, kita masih mampu memperolehi keistimewaan yang setanding dengan mereka yang dijemput Allah ke bumi Mekah dan Madinah al-Munawwarah. Sekurang-kurangnya bila dah penat on9 hingga jauh malam sampai ke subuh elok juga sebelum tidur kita lakukan solat sunat tu kan. Tepuk dada tanya selera masing-masing.

Dulu pada ketika saya sihat dan bermampuan untuk ke Mekah, hati ini tertutup dan tidak ada langsung keinginan untuk ke sana.Tetapi pada hari ini ketika sudah ada keinginan tapi tidak berkemampuan pulak. Apa pun alhamdulillah bila dah ada niat dan keinginan pun sudah cukup bagus kan. Saya akan terus berdoa, moga Allah percepatkan langkah kaki ini menjejak tanah haram dalam keadaan yang sempurna sihat tubuh badan.

Insyaallah.

8 comments:

  1. Alhamdulilah amin... saya seronok baca. terima kasih sebab berkongsi dengan kami. Saya pun tak tahu kewujudan buku ni sampailah saya baca blog ni hehe. Insyallah ada rezeki boleh la beli buku ni.

    ReplyDelete
  2. AO

    Buku ni ada yang harga mahal sekali dg CD RM29.90 kut dan ada edisi jimat RM18 kalau tak silap hehe

    ReplyDelete
  3. Najmi..boleh baca blog beliau dan isterinya
    mmg seronok sgt

    ReplyDelete
  4. Irfa,

    Blog isteri beliau dan isteri.... link please.... :)

    ReplyDelete
  5. Moga Allah perkenankan permintaan saya...Najmi...dan rakan2 PLHIV yang lain...supaya
    kita dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan segalanya selamat serta tenang bila
    berada di sana kan Najmi......

    Saya nak doa kuat-kuat....nak mati kat Mekah ajer...
    ....nape bau CLOROX tu perlu kuat...Najmi..??? nape..???!!!


    syukran jazillan

    ReplyDelete
  6. Anonymous syukran jazillan

    Insyaallah... tapi saya doa biarlah saya dah berkali2 kesana... dan mudah2an ketika usia lanjut hehehehe....perasaan takut tu masih ada.. almaklumlah amalan kita pun tak banyak mana... risau gak kan kalau mati muda.

    Apa pun ajal maut tetap ditangan Allah, kita hanya mampu berdoa dipanjangkan umur dan berdoa dimati kan dimana yang kita mahu... semuanya ditangan Alla swt.

    ReplyDelete
  7. Anonymous syukran jazillan

    Dah memang begitu bau clorox tu... nak buat cam na lagi huhuhu...:(

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST