Followers

Sunday, 18 December 2011

INI YANG DILAKNAT ALLAH DAN NABI TIDAK MENGAKU UMAT


Didalam Al Quran..Firman Allah
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.
 (Asy Syuraa ayat 165-166)

Tersedak bila terbaca berita perkahwinan ini, bukan apa jahat-jahat aku dulu pun tak pernah terfikir sampai nak buat cam ni, dah lah songsang tu haram dan dilaknat Allah, kahwin pulak cara kristian. Memang biasa kita dengar kalau melibatkan orang kafir kan. Seorang kawan cina saya pun yang sekarang ni ada kat NY dah hidup macam sepasang suami isteri dengan pasangan songsangnya "omputih" jugak, siap diterima baik lagi mak mertua ia kat sana tu.

Tu orang kafir, yang kat atas ni pulak kisah seorang melayu yang beragama Islam. Kalau dulu bila dengar artist-artist barat yang kahwin sesama jenis tak banyak sikit memang ada rasa atau terfikir bertapa hebatnya orang barat ni, semuanya diterima baik, adil dan saksama. Ok itu pada pandangan kita.... tapi itu dulu.

Ini perkahwinan Ariff Alfian Rosli dengan "om putih"

Sekarang lain dah, takut Nabi tak mengaku umat, macam mana nak ziarah makam Nabi kat Masjid Nabawi nanti kalau di izin kan Nya pergi nanti, malu pulak rasanya....

Ramai yang tak tahu bertapa ramainya golongan ini di Malaysia dari utara hingga ke selatan, kalau di bandara raya tumpuannya nun kat Kuala Lumpur,  bertaburan tempat untuk golongan ini, tapi kegiatan mereka seolah-olah dilindungi, ada setengah tu dah beroperasi dalam jangka yang lama dah. Contoh tu "Blue Boy Club" di Bukit Bintang tu rasanya dah hampir 20 tahun beroperasi sampai sekarang. Kadang-kadang terbaca jugak tentang club tu di dalam akhbar, tapi macam tak da apa tindakan yang diambil pun. 

Internet antara penyumbang kerkembang biaknya golongan ini, budak-budak sekolah rendah pun dah pandai mengatal dalam facebook.Budak sekarang, ia orang pandai  hanya buat temujanji melalui facebook ajer, jumpa and than buat project. Pada pandangan kita golongan ni dah terlampau ramai di Malaysia. Percaya lah.
Kalau jalan-jalan kat Bukit Bintang ada aje yang main mata, itu adalah antara sebab kita tak teringin nak berkerja di KL bukan apa takut tak terlawan godaan syaitan ni.

Satu lagi antara punca berkembang biaknya golongan ini kerana terdapat ramai idola-idola yang menjadi pujaan contoh Elton John, Ricky Martin, George Micheal, Adam Lambert dan ramai lagi. Bila akhbar paparkan kemesraan dan war-warkan tentang kebahagian hidup mereka ini dalam akhbar, ini lah yang akan mendorong budak-budak generasi sekarang terikut-ikut meniru, seolah-olah  tak da pa benda pun. Sebab tu lah dah ramai sangat yang terdedah dengan gambaran baik tentang kehidupan golongan ini hingga sanggup sampai nak berkahwin tu. 

Moga Malaysia dilindungi Allah, elak kan lah jangan sampai negara ini mengikhtiraf perkahwinan haram macam tu.

Bagi diri ini berasa amat bersyukur diberi anugerah hiv kerana virus hiv ini telah mengubah kehidupan kita sekarang, kalau tak maybe kita dah jadi macam photo kat sebelah ni heee....

Alhamdulillah sangat.

Walau pun diuji dengan penyakit hiv/aids, diri ini juga  sebenarnya sedang diuji dan diduga juga dengan godaan syaitan yang tak henti-henti hingga kini. Tapi setakat ini hingga kini alhamdulillah dengan doa yang saya pohon setiap hari dan dengan bantuan Allah godaan syaitan tu dapat kita tangkis, tapi di masa-masa mendatang tak tahu nak cakap lagi. Mohon minta sangat moga Allah terus kuatkan iman ini dalam menangkis segala bisikan syaitan laknatullah itu. 

Memang betoi kan lagi kita nak jadi baik, lagi kuat lah syaitan-syaitan ini menghasut. Adehhh.......

Firman Allah swt yang bermaksud

"Dan Demi sesungguhnya, aku (syaitan) akan menyuruh dan menyesatkan manusia (dari kebenaran) dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". 
"Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang taat selain Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata"

(surah an-Nisa : 119)


Firman Allah.. 

“Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”
 

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW...

 “Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”
   
 

9 comments:

  1. Tiba2 teringin nak tengok gambar close up dia. Heheh

    ReplyDelete
  2. ada As awak ke sini ajer

    http://www.enciknakal.com/2011/12/ariff-alfian-rosli-pelajar-malaysia-kahwin-gay.html

    ReplyDelete
  3. Semoga dia juga mendapat hidayah Allah. amin

    ReplyDelete
  4. Mlm semalam masuk berita.

    Subhanallah, semoga Allah bukakan pintu hati kembali ke jalan Allah.

    Kita sama-sama doakan dia kembali ke pangkal jalan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Betoi tu bila dah tersesat begini jangan kita menyesatkan lagi ia dengan tomohan caci maki benci dan sebagainya.

    Sebenarnya saya sendiri terkejut kerana sehari sebelum berita perkahwinan ia keluar, ada kisah tentang seorang pelajar yang hilang di Europe sana. Kemudian keluar kisah bdk melayu kahwin songsang. Bila check internet rupa-rupanya orang yang sama. Cara akhbar menyiarkan berita pun amat cukup berhati-hati. Tapi berita seperti ini perlu disebarkan untuk peringatan kita yang lain.

    Mak bapak kat luar sana jangan mencemuh kerana kes seperti ini boleh terjadi pada anak-anak or cucu mereka kelak.

    Terbaca nasihat seorang menteri tentang kes ini(tak ingat namnanya Khir ke) ia kata mak bapa ia terutamanya jangan terus buang, dekati dengan baik supaya dapat menarik ia kembali kepangkal jalan. Doa makbapa kan mustajab.

    Moga ia kembali kepangkal jalan sebelum musibah yang lebih buruk menimpanya

    ReplyDelete
  6. azam pun nak tgk gmbr close up nya.... musti orgnya boleh tahan kalau tak masakan omputeh suke ke dier huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. baru je baca artikelnya..menyedihkan juga. ibu dan bapanya yg terpaksa tanggung akibat. sungguh kasihan. nak buat mcm mana sebab itu dah kemahuan tuan empunya badan,anak yg selama ni ditatang bagai minyak yg penuh. moga dia mendapat petunjuk.

    ReplyDelete
  8. Ia tersilap langkah dan dah menjadi tanggungjawab orang-orang terdekat untuk bantu menyedarkannya pula, orang sekeliling tidak boleh biarkan ia terus hanyut kalau kita semua biarkan kita juga tanggung dosa.

    So kita yang jauh ni kalau tidak dapat menasihat ia 'face to face' kita hanya perlu ada rasa benci akan perbuatannya tapi dalam masa yang sama tetap berdoa moga Allah selamatkan ia dari terus hanyut.

    Lainlah kalau ia buat tapi orang lain tak tahu kan dosa ia seorang tanggung lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POST