Saturday, 31 December 2011

KESAN UBAT HIV AIDS LELAKI MILIKI PAYUDARA

Di Malaysia pernah ke terjadi kejadian seperti ini? Semasa saya disekolah menengah dulu ada seorang rakan lelaki berbagsa india yang satu ketika malu untuk buka baju ketika waktu senaman dipadang sekolah kerana kedua-dua dadanya membengkak besar, ia malu tapi cikgu (senaman) paksa juga ia buka baju. 

Jika tak silap saya pembengkakkan kedua-dua dada dikalangan remaja lelaki memeng pernah terjadi rasanya ini berkaitan tentang masaalah hormon dalam badan juga. Tetapi berita dibawah ni ada sedikit pelikkan;


Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV. Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. 

Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita.


“Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya,” kata Joseph.

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama.

“Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah,” tambah Joseph kepada media africanews.

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV. Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu.


LAGI KISAH TENTANG PEMBENGKAKAN DADA DIKALANGAN KAUM LELAKI TETAPI BUKAN KERANA UBATAN HIV.....
 
18SX: Kisah Sedih Dari Dominica, Tiga Beradik Lelaki Dihina Kerana Ada ‘Payudara’


Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia. Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita. Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.

Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.


Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.

Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.

Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma. Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu. Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.

Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.

Oleh NAIMAH SHAARI







SELAMAT TAHUN BARU 2012
PADA SEMUA MOGA KEHIDUPAN KITA DIBERKATI ALLAH SENTIASA.


MAAF ENTRY DISINI TELAH SAYA PADAMKAN BERMAKNA SEGALA KOMEN DIBAWAH INI TIDAK LAGI BERKAITAN DENGAN TAJUK ENTRY DIATAS.



 









 

Thursday, 29 December 2011

MAKANAN SUPLEMEN BOLEH MEMUDARATKAN

Antara suplemen yang terdapat dipasaran

TERBACA artikel dalam akhbar semalam tentang pengambilan makanan tambahan atau suplemen sebenarnya tidak membantu kita untuk menjadi lebih sihat, malah mungkin memudaratkan! 

Ok pada pendapat peribadi kita lah ikut logik kalau difikir-fikir betul jugak tu, suplemen yang banyak dan bermacam-macam kat pasaran tu pun berlambak-lambak kerana permintaan tinggi pengguna sendiri, kerana pengguna dah terpedaya dengan iklan-iklan cerita tentang kehebatan suplemen-suplemen tersebut maka kita semua membeli tanpa memikirkan keperluan sama ada penting sangat atau tidak pada tubuh badan kita kan.

Entah kenapa saya selalu ambil contoh artist Azean Irdawaty  yang semua orang tahu dah beliau ditakdir Allah terkena kanser payu dara. Azean Irdawaty yang saya kenal  ialah antara penjual product Amwway yang amat berjaya dan kalau tidak silap saya dah memenangi bermacam-macam anugerah pangkat dalam Amwway. Dan kaya melaui penjualan product ini. Saya cuba ingatkan kembali tentang Azean dengan product Amwway ini. 

Azean Irdawaty

Hidupnya bergelumang dengan product ini semuanya bagus, supplement-suplement yang bermacam-macam tu dikatakan dapat memberi tenaga, kesihatan yang baik, menjadikan wajah lebih muda dan bermacam-macam kebaikan lagi. Azean amalkan kebanyakan product tersebut dalam hidup ia sendiri. So kita yang tidak pernah nak mengkaji  tentu lah percaya dan ramai lah yang amalkan. 

Kalau ikut kan saya pun memang percaya. Dalam bijak menjaga pemakanan dan mengambil suplemen-suplemen yang sesetengah tu teramat lah mahalnya, tapi ditakdirkan Azean terkena juga kanser. Tentu ada yang tidak kena kan. Apa pun bagi diri saya ni tetap berdoa semoga Azean bertambah kuat dan sembuh dari penyakit ini insyaallah. Moga Allah lindungi beliau.


Berbalik kisah artikel ini, menurut kajian penyelidik dari Perancis yang diketuai pakar dari Nancy University mendapati mereka yang mengambil supplemen cenderung mendapat penyakit kanser atau serangan jantung sama seperti mereka yang tidak mengambilnya.

Kajian Pakar Pemakanan Hospital St George di London Catherine Collins berkata, pengguna termasuk dalam ketogeri “risau sihat” iaitu golongan dewasa yang sihat dan percaya pil tersebut mampu memastikan mereka melawan penyakit kronik.

“Golongan ini cuba mengelak diri daripada diserang penyakit Alzheimer, jantung dan strok. Namun mereka sebenarnya hanya membazirkan wang”

Dua kajian yang disiarkan pada tahun lalu menyatakan pengambilan supplemen boleh meningkatkan risiko kanser. Satu daripadanya mendapati pil vitamin E, asid askorbik, beta karotin, selenium dan zink meningkatkan melanoma malignant, satu bentuk kanser kulit yang berbahaya.

Satu lagi kajian mendapati wanita yang mengambil multi vitamin setiap hari meningkatkan risiko kanser payu dara sehingga 20%.

Namun, walaupun bukti vitamin boleh memudaratkan masih terhad, kajian terkini hampir mengesahkan kebanyakan individu yang mengambil product tersebut hanya mengamalkan tanpa sebarang keperluan.


Bagi pendapat saya yang tidak pandai ni saya memikirkan logic akal juga. Bila kajian seumpama ini dah keluar maka dah tentu akan ada pihak yang berkepentingan akan  berhujah sebaliknya. Bagi diri kita semua, kita kena lah bijak buat kajian jugak tentang apa-apa saja product yang kita rasa nak telan tu maksud saya supplemen yang berlambak dipasaran jangan dipercaya 100%.

Bagi diri saya dulu memang rajin juga telan supplemen-suplemen ni macam-macam jenis terutama vitamin E dan multi vitamin, nak sihat kata kan. Tapi tu dulu sekarang alhamdulillah tidak lagi selain kerana masaalah kewangan, saya juga percaya Allah yang mengerakkan saya untuk tidak berterusan menelan pil-pil ni lagi kut. 
Dalam almari ada 3 botol pil ni

Ketika ini dalam almari saya ketika ini masih tersimpan 3 botol supplement Garlic yang entah bila nak saya telan hehehe sayang pulak nak buang, maybe nak telan jugak kut hehehehe habis pil tu tak akan makan lagi yang lain kut. Pil tu pun mak saudara yang bagi free pulak tu. Tak baik buang kan. 

Apa pun alangkah baik kalau kita berbalik pada sumber asli contohnya kalau nak makan garlic pergi beli yang dijual kat pasar, hancur kemudian telan.

Pemandangan Lembah Hunza di utara Pakistan yang indah lagi damai

Teringat kisah penduduk di Lembah Hunza di utara Pakistan yang dikatakan antara penduduk dunia yang panjang hayat hidup mereka, kalau tidak silap saya menonton melalui rancangan Oprah Winfrey Show yang mengupas isu makanan terbaik penduduk dunia. 

Saya pernah berkesempatan ke Lembah Hunza dan berkesempatan makan tengah hari bersama dirumah salah seorang penduduk di sana. Hidangan "snek" yang dihidangkan ialah pelbagai biji-bijian serta buah-buah seperti kurma, anggur serta apricot yang sudah dikeringkan. Macam-macam jenis bersaiz besar sehingga saya sendiri tidak mengenali nama dan jenis "snek" tersebut tapi amat sedap dikunyah. 
Buah aprikot yang dikeringkan

Di luar kebanyakan rumah penduduk di Lembah Hunza, kita dapat melihat buah-buahan terutama apricot, anggur dan pelbagai buah yang dikeringkan diluar halaman rumah. Jika berjalan di kedai sekitar Gilgit banyak kedai yang menjual biji-bijian serta buah-buahan kering yang diisi dalam guni-guni yang besar, pandangan ini amat biasa dan menjadi sumber makanan "snek" harian mereka. Tu pasal lah banyak orang tua-tua yang masih sihat dan ramai yang tidak tahu apa itu kanser kerana penyakit itu tidak berani nak datang menyerang penduduk di lembah Hunza ini hehehe. Itu yang lebih kurang Oprah bincang dan bualkan dulu lah.

Bagi saya yang tidak mampu ni kalau nak sedikit sumber vitamin D berjemur dibawah cahaya matahari awal pagi sehingga sekitar pukul 10 pagi. Banyakkan makan buah-buahan, buang kulit terutama buah seperti apple yang mana kuilt buah dikatakan disembur dengan sejenis penyalut seperti lilin supaya tahan lama. Kalau tidak percaya pi beli apple cuba kikis kulit apple nanti akan keluar daki seperti lilin. 

Untuk pengetahuan semua saya ni suka minum air dari kulit kayu manis di campur dengan bunga cengkih serta bunga lawang ditumbuk dan di campur dengan air panas mengantikan teh. Pernah dulu terbaca tentang kebaikan benda-benda ni. Saja jer nak  try ini pun dari sumber asli juga kan. Kalau suplemen pil yang diproses dalam jumlah yang banyak dalam kilang yang dibuat besar-besaran macam tidak percaya aje tentang isikandung kandungan setiap pil-pil tu. Itu pendapat peribadi saya lah ya.

Bersama ni saya nak share tentang artikel tentang suplemen vitamin E yang terjumpa dalam Utusan Online sekadar renungan kita bersama.

Suplemen vitamin E boleh sebabkan kanser


WASHINGTON 12 Okt. - Penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran pengambilan suplemen vitamin E boleh menyebabkan risiko menghidap kanser prostat meningkat sebanyak 17 peratus. Berdasarkan satu ujian terhadap 35,000 lelaki sejak 10 tahun lalu, penyelidik mendapati penghidap penyakit kanser itu menghadapi risiko lebih tinggi dengan pengambilan suplemen vitamin E, berbanding selenium atau plasebo.

"Makanan suplemen yang mengandungi vitamin E nyata sekali meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki," jelas satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian itu dilakukan berdasarkan penyelidikan sebelum ini yang mencadangkan kebarangkalian selenium atau vitamin E boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser prostat. Kajian tersebut dijalankan pada 2001 dengan pembahagian kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama akan mengambil selenium, kumpulan kedua akan menerima 400 pil vitamin E unit antarabangsa secara harian dan kumpulan seterusnya diberi kedua-duanya serta yang terakhir akan menerima plasebo.

Sejumlah 620 lelaki dalam kumpulan pertama yang mengambil vitamin E menunjukkan risiko tinggi menghidap kanser prostat berbanding kumpulan kedua yang terdiri daripada 555 lelaki. Kumpulan ketiga sebanyak 575 lelaki diberi selenium manakala 529 lelaki mengambil plasebo.

"Hasil pemerhatian terhadap peningkatan risiko menghidap kanser prostat sebanyak 17 menunjukkan potensi seolah-olah tidak berbahaya walaupun bahan-bahan aktif biologi seperti vitamin boleh memudaratkan kesihatan," jelas kajian tersebut. – AFP


Ok lah, apa pun terpulang pada diri masing-masing kalau tidak percaya dengan kajian ini, suka hati korang lah tapi sekurang-kurangnya kita semua tahu hasil kajian yang dijalankan ini. Dan kita fikir apa yang terbaik buat diri kita ya….

Oppssss saya ni sambil menaip sambil minum air perahan halia segelas beso yang memang fevered saya, buat sendiri tau…. Hmmmmm sedap dari sumber asli lagi hehehe

 Wallahuallam

Tuesday, 27 December 2011

5 RUMAH PERLINDUNGAN HIV - ANTARA INSAN YAMG BERHATI MULIA

1) PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

Puan Norlina Alwi

Ini Puan Norlina Alawi, sejak pertama kali membaca kisah beliau didalam akhbar hati tersentuh dan tiap kali melihat wajah senyum beliau dalam akhbar atau mana-mana artikel di majalah-majalah saya bayang kan surga. Kuat kata hati saya Puan Norlina ini sememangnya layak Allah tempatkan di dalam surga Firdaus. 

Kenapa saya kata begitu rasanya ramai yang dah tahu terutama  dikalangan kita yang dah lama bergelumang hidup sebagai PLHIV sudah tentu telah mengenali serba sedikit tentang beliau. Sumbangan dan keperihatinan beliau mengambil anak angkat yang +ve hiv amat membanggakan, memelihara, menjaga membesarkan dan diberi pendidikan makan pakai dan yang paling penting kasih sayang yang diberi kepada anak-anak angkatnya yang seramai 33 orang tidak termasuk anak kandungnya seramai 7 orang. 

Kebanyakan anak angkat  yang dipelihara ada yang diambil  sejak masih bayi lagi ketika si bayi tidak menyedari  bahawa didalam badan mereka mempunyai virus peninggalan akibat kesilapan hidup emak ayah mereka di masa lalu. Ada antara bayi yang +ve hiv ini di  susu badan kan sendiri oleh Puan Norlina.


Norlina pada ketika ini merupakan yang dipertua Pernim (Persatuan Kebajikan Anak kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia)

Pernah saya melihat di kaca  tv perjalanan Puan Norlina ke kota suci Mekah bersama beberapa anak angkat beliau yang +ve dan dibawanya juga salah seorang anak lelaki yang sudah dikatakan tidak ada harapan untuk sembuh, kerana segala ubatan yang diambil sudah tidak berkesan untuk mengawal virus dari terus membiak. Nampak kelibat anak nya itu yang payah ketika membuat umrah tapi digigihkan juga. Berkat usaha bantuan Puan Norlina mereka semua selamat melakukan umrah. 

Tidak lama selepas itu saya terbaca pula berita tentang kematian anak lelakinya itu. Ya saya juga sedih, fikiran saya tertanya-tanya kenapa tubuh badan seorang anak yang masih muda tidak mampu bertahan, sepatutnya mereka ini yang boleh bertahan lama kerana mereka masih muda kekuatan dalaman badan lebih baik dari kita yang sudah berumur ni. Apa pun semua ini sudah ajalnya. Semua kehendak Allah, yang boleh saya dan kita semua lakukan hanya berdoa ke atas arwah anaknya dan semua kanak-kanak yang sudah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita akibat penyakit ini.

Keluarga besar beliau

Yang pasti tidak semua dikalangan kita yang mempunyai hati sehebat Puan Norlina  ni kan, ramai juga dikalangan kita yang berkemampuan  dari segi kewangan dan  mempunya masa yang banyak pun masih tidak punyai hati semulia beliau. Allah memilih beliau bagi membantu anak-anak +ve hiv ini. Yang pasti Puan Norlina sememangnya  antara individu yang akan dirahmati Allah dan akan selamat didunia dan akhirat. Saya doakan juga yang terbaik buat beliau dan suami serta seluruh ahli keluarga serta mereka yang membantu bersama memelihara anak-anak ini  supaya diberkati Allah swt sentiasa.

Pada para peminat, pasti ada yang sudah membaca buku hasil tulisan Puan Lily Haslina bertajuk Sesuci Kasih Norlina Alwi. Saya sendiri masih belum berkesempatan membeli dan membacanya lagi, tapi saya boleh bayangkan tentang isi kandungannya sudah tentu kisah yang boleh menyentuh hati kita. Ya kisah perjalanan getir beliau mengharungi suka duka membesarkan anak-anak malang ini. Namun ketabahan beliau membuah hasil yang murni.


Sekiranya ada antara anda yang sudi meluangkan masa menjenguk anak-anak ini bolehlah pergi ke pusat tersebut di:

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
Lot 46 Jalan 47,Bukit C, Kampung Cheras Baru,56100 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menghubungi beliau melalui emel:
pernim@streamyx.com 

Sekiranya ada yang berhajat menghulurkan bantuan, bolehlah melakukannya menerusi:
RHB 2-64214-0001777-6






2) RUMAH PERLINDUNGAN UKHUWAH

Seorang lagi individu yang nak saya ceritakan disini ialah kisah Ustaz Muhamad atau Ustaz Amin dari Yayasan Al Ijabah yang mengurus penempatan rumah anak-anak yatim. Beliau antara individu yang penting dan pengerak sehingga terbinanya rumah perlindungan pertama bagi pesakit hiv/aids di Malaysia yang dikhaskan buat umat Islam. 

Ustaz Muhamad Amin

Kisah bermula apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah kepada pesakit hiv/aids di sebuah gereja dikawasan Batu Arang, Rawang. Bangunan bersalib dikenali sebagai Welcome Community Home (WCH) antara satu-satunya pusat perlindungan bagi pesakit hiv/aids lelaki yang terbiar. Sudah tentu dikendali hampir sepenuhnya oleh orang bukan Islam.

Keinsafan meyelinap ke dalam sanubari beliau sehingga dibukakan pintu hati nya untuk bertekad membawa keluar pesakit hiv/aids yang beragama islam disini. Allah memilih beliau dan memberi jalan untuk menyelamatkan akidah pesakit hiv/aids yang beragama Islam disitu. Perlu diingat, sebelum beliau lagi terdapat ramai ustaz yang lain juga pernah datang berceramah di gereja ini tapi semuanya tidak mendapat dorongan dan kekuatan serta kemampuan untuk membantu sehingga lah Allah memilih Ustaz Muhamad Amin. (http://www.ustazamin.com/)

Dengan bantuan termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Majlis Aids Malaysia (MAC) dan rakan-rakan NGO lain akhirnya terdirilah Rumah Darul Ukhuwah di Shah Alam khas buat pesakit hiv/aids lelaki yang beragama Islam dan sudah tentu dikendalikan sepenuhnya juga oleh orang Islam. Rumah ini dibina khas buat mereka yang yang terbiar, disisih dan yang perlukan pertolongan. Ya Allah sesiapa saja yang yang terlibat walau sebesar zarah atau sekecil kuman sekali pun dalam usaha sehingga terbinanya rumah ini doa saya juga agar mereka semua diberkati hidup oleh Allah dan diselamatkan didunia dan akhirat.

Apa pun buat diri ini amat bersyukur kerana masih ada tempat berlindung dan sehingga kini tidak ada masaalah yang besar dan diharap saya dapat hidup dengan baik dan sempurna disisi keluarga selama yang mungkin disini. Pernah juga dulu terfikir kalau disisih kaum keluarga dan takut diketahui oleh jiran-jiran maka ke Rumah Darul Ukhuwah lah tempat kaki nak saya tuju hehehe, alamat dan address rumah ini masih tersimpan lama didalam dompet saya hingga kini.




3) RUMAH PERLINDUNGAN ISTANA BUDI

Dr Jahid Sidek
Pengurus istana budi Tuan Haji Idris Haji Hashim

Pusat Perlindungan Dan Rawatan "ISTANA BUDI" adalah merupakan hasil cetusan ilham dan idea serta diasaskan oleh Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi. Beliau merupakan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) juga Pengasas serta Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRIM) pada tanggal Khamis, 23 Julai, 2009 bersamaan 01hb Syaaban, 1430H di Dewan BUDI disokong dan disepakati oleh semua ahli BUDI.

Pemandangan Luar Istana Budi

Pusat Perlindungan Dan Rawatan "ISTANA BUDI" adalah bernaung di bawah NGO Islam ialah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (0701-06-SEL) yang aktif berdakwah kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Selangor dan umumnya di seluruh Malaysia. Berbekalkan kewibawaan kepimpinan dan ahli BUDI yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan perkembangan Islam, BUDI istiqamah dalam menjana kebaikan dan manfaat kepada umat Islam melalui visi dan misinya tersendiri.

Dormitori

Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam. 

Pesakit-pesakit HIV lelaki yang sebelumnya berada di bawah perlindungan pusat-pusat kelolaan pihak Gereja KristianCetusan Idea dan ilham Yang DiPertua BUDI tersebut telah mendorong dan menaikkan semangat ahli-ahli persatuan untuk bekerjasama dan mengembeling tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menjayakan hasrat murni tersebut menjadi kenyataan.



Alhamdulillah, setakat hari ini pihak kami telah berupaya menyiapkan infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas yang amat membanggakan dalam masa yang amat singkat. Pihak Persatuan BUDI amat menghargai bimbingan Lembaga Penasihat sebagai badan induk yang membuat polisi dan dasar serta memantauan ke atas Istana BUDI tersebut. Pihak BUDI juga amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh dalam membantu pihak kami agar dapat melaksanakan impian murni ini.

Ruang Dapur

Perlantikan dan pembentukan Kumpulan Pengurusan oleh Lembaga Penasihat telah dilaksanakan untuk mengurustadbirkan Istana BUDI agar sempurna dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan diketuai oleh Pengurusnya iaitu YBhg Tuan Hj Idris bin Hj Hussin yang berpengalaman luas dan lama dalam bidang perubatan bersama 12 orang yang lain 1 Penolong Pengurus, 1 Penyelia, 2 Jururawat, 2 Pembantu Am Kebersihan, 2 Tukang Masak, 2 Pemandu, 2 Perawat Islam, Pekerja Sukarela.

Dewan Solat

Pada tanggal 26hb Ogos, 2009, (Rabu) walaupun Istana BUDI belum siap sepenuhnya, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar seramai 08 orang pesakit HIV yang dipindahkan daripada Pusat Welcome Comumunity Home, Batu Arang ke Pusat Perlindungan Istana BUDI.

Bangunan "user friendly" 2 tingkat Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ISTANA BUDI” dalam perancangan akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastrukturnya dengan anggaran kos melebihi RM150,000.00. Ianya berkeluasan lantai 10,000 kaki persegi. Ianya dirancangkan mampu menampung 30 hingga 40 orang penghuni/pesakit HIV dalam satu-satu masa. Bangunan Istana BUDI menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

Tingkat Bawah (Bangunan Induk):
Terdapat kemudahan-kemudahan yang berikut:
1. Kaunter Pertanyaan / Penyambut tetamu dan ruang tetamu
2. Stesen Jururawat
3. Bilik Klinik : Jururawat / Rawatan dan Dispensari
4. Wad Pesakit (menampung 10 orang pesakit kurang upaya berjalan)
5. Dewan Makan
6. Ruang Rehat / Multimedia
7. Musolla / Ruang Solat
8. Kawasan Rawatan Khas
9. Tandas dan Bilik Air / Mandi (Dengan Railing Khas untuk orang kurang upaya)
10. Tempat Parking Ambulan / Van Khas (trolley dan wheel chair disediakan)
11. Tempat membasuh pakaian / Mesin Basuh
12. Ruang Latihan Jasmani (senam robik)
13. Alat terapi bantuan berjalan

Tingkat Atas (Bangunan Induk) (sementara pembinaan Fasa 1 disiapkan)
1. Pejabat Pengurusan Istana BUDI yang lengkap
2. Dapur / Tempat penyediaan makanan dan minuman
3. Ruang Serambi yang luas (18” x 48”)
4. Stor utama
5. Tandas dan Bilik air / mandi
6. Bilik Rawatan
7. Enam Bilik dan Tiga Dormitory yang luas boleh menempatkan 30 pesakit)


Ruang Pejabat Pengurusan

Adalah menjadi hasrat Pihak Pengurusan Istana BUDI agar menjadi kebanggaan Umat Islam dan mampu bersaing serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, terancang dan berkualiti bagi pesakit-pesakit HIV. Harapan Istana BUDI, semoga sentiasa menyokong dan berdoa bersama-sama dan memberikan pelbagai sumbangan dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti.. 


Sumber Istana BUDI DISINI




4) RUMAH WAKE
Wake bantu golongan kanak-kanak, wanita dan mak nyah pengidap HIV

Wake menjadikan mak nyah, pekerja seks dan penghidap HIV/Aids sebagai golongan sasaran yang perlu dibantu. - Gambar hiasan

RAMAI di antara kita mungkin tidak pernah mendengar mengenai Wake apatah lagi mengetahui tentang aktiviti yang dilakukannya. Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) ini memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu mereka yang telah disahkan menghidap HIV/AIDS.

Wake merupakan singkatan kepada Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (Wake), Kuala Lumpur, yang telah ditubuhkan pada tahun 2001.

Presiden Wake, Abu Bakar Jalalluddin memberitahu, objektif penubuhannya ialah untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada kanak-kanak mahupun mereka yang menerima kesan daripada ibu, bapa atau suami yang positif dengan virus maut itu.

Buat masa ini rumah Wake terletak di Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur.

"Wake dibahagikan kepada tiga rumah iaitu Wake 1, 2 dan 3, 
Wake 1 dikhususkan untuk kanak-kanak HIV, 
Wake 2 untuk wanita dan ibu-ibu,
Wake 3 yang ditubuhkan pada tahun 2005 khas untuk golongan mak nyah.

"Wake di bawah naungan Majlis AIDS Malaysia khas untuk membantu mereka yang menghidap HIV. Penghidap HIV ini rata-rata keadaan mereka daif dan dipinggirkan masyarakat,'' katanya.

Selain itu, antara aktiviti operasi utama Wake ialah memberi pendedahan serta maklumat kepada mereka yang menghidap virus itu. Wake beroperasi di Wisma Kraftangan, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan kepada golongan mak nyah.

"Kumpulan sasar kita ialah pelacur, pekerja seks, suri rumah yang menghidap HIV, individu dan juga mak nyah selain pengguna dadah. Ahli-ahli Wake ini yang telah kembali ke pangkal jalan akan mencari kumpulan sasaran ini. Ahli-ahli ini telah diberi latihan dan kaunseling dan akan digerakkan untuk berjumpa dengan client mereka,'' katanya.

Sekiranya ada di kalangan kumpulan sasar telah bersetuju mereka akan diberi bimbingan kaunseling dan kalau perlu melakukan pemeriksaan darah di Hospital Sungai Buloh. Semua ini akan diuruskan oleh Wake.

Biasanya ahli-ahli Wake akan menyasarkan seorang akan dapat mencari sebanyak lapan orang penghidap HIV, namun selalunya hanya setengah daripada mereka yang sanggup ke pusat itu untuk mendapatkan perkhidmatan bantuan seterusnya.

Tambah Abu Bakar lagi, penghuni rumah Wake biasanya tidak kekal lama kerana ahli-ahlinya sentiasa silih berganti bergantung kepada keadaan individu itu.

Setakat ini Wake 1 mempunyai 14 penghuni, manakala Wake 2 dan Wake 3 masing-masing mempunyai 10 dan 11 orang penghuni.

Jika ada di antara penghuni tersebut mahu bersama keluarga, mereka akan dibenarkan berbuat demikian.

"Tetapi apa yang selalunya terjadi pesakit HIV/AIDS ini disisihkan oleh keluarga yang malu mengakui hakikat bahawa anak atau pun ahli keluarga mereka ini menghidap penyakit berbahaya itu. Malah sekiranya mereka meninggal dunia pun, Wake akan diminta menguruskan pengebumian mereka,'' jelasnya.

Berdasarkan pengalamannya menurut Abu Bakar, suri rumah adalah golongan yang paling tinggi menghidap HIV/AIDS berbanding pengguna dadah dan golongan mak nyah.

"Suri rumah ini mendapat AIDS daripada suami mereka. Seterusnya mereka akan dipinggirkan keluarga dan saudara mara. Kita patut membantu mereka bukannya menyisih atau mendiskriminasikan mereka. Golongan ini patut diberikan pekerjaan untuk menyara kehidupan bersama anak-anak,'' katanya.

Dalam pada itu Abu Bakar juga menambah, pengurusan untuk menjana ketiga-tiga rumah itu mencecah sehingga RM70,000 sebulan. Sehubungan itu, Wake masih memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai untuk membantu kebajikan penghuninya.

Wake boleh dihubungi di talian 03-2692 6861.


5) RUMAH WAHIDAYAH

Pengasas Rumah Wahidayah, Norlela Mokhtar ketika menyampaikan ucapan pada Program Pautan Kasih Fareeda
- Diasaskan oleh Norlela Mokhtar

- Merupakan sebuah rumah perlindungan buat wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS

- Mula beroperasi pada Jun lalu (2012)

- Memberi kebebasan kepada penghuni untuk tinggal disini sehingga pulih

- Bukan sahaja melindungi, malah memberikan pendidikan agama dan rawatan sebaiknya untuk penghuninya.

- Untuk sebarang bantuan, hubungi 019-2595864 atau ke alamat;
Rumah WAHIDAYAH
601, Jalan 1B/5,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47600, Selangor   

Sumber Rumah Wahidayah, anda boleh klik DISINI



Ya bagaimana pula dengan kita semua, apa sumbangan yang sudah kita berikan selama ini ya, ya lah tidak kira lah sumbangan apa sekali pun. 

Pada saya dan pendapat peribadi saya kita kalau rajin bercerita berkongsi info yang bermanafaat seperti menulis dalam blog dan memberi komen yang membina, kita juga sedang memberi sumbangakan. Allah kalau nak pilih tentu dipilihnya seseorang mengikut kemampuan yang boleh seseorang itu berikan.

BERBUAL BERBISIK SEORANG DIRI TIADA SIAPA YANG TAHU

Petang tadi pergi ke pasar malam, beli kuey teow goreng biasa lah kalau pergi kemana-mana kan seorang diri aje, so kalau berbual pun berbual lah seorang-seorang dalam hati, ya bersembang dengan diri sendiri. 


Bila tengok pak cik yang berniaga berpeluh bekerja, hati saya terus berbisik “Ya, Allah murahkan lah rezeki pak cik ni, berikan lah keuntungan berniaga”. Kemudian kepala berpaling melihat peniaga disebelah yang sedang mengoreng nugget untuk dijual, hati sepontan berkata "Ya, Allah murah kan lah rezeki ia”.

Kemudian ketika dalam perjalanan balik kerumah saya terfikir eh memang ini dah jadi macam tabiat saya berkata berbisik macam tu selalu. So tu pasal lah terfikir nak share dengan sesiapa saja yang terbaca blog ini dan share tentang tabiat saya yang agak aneh ni, tapi rasanya boleh dicontohi kut hehehehe.

Saya ni bukanya baik sangat, panas baran jugak kadang-kadang berdengki bergaduh jugak, tapi alhamdulillah sifat-sifat semua tu dah semakin berkurangan. Tentang berbisik dan berbual dengan diri sendiri ni rasanya dah lama saya buat tanpa saya disedari. 

Ok biasanya kalau saya membaca akhbar, majalah atau apa saja artikel dari mana-mana sumber tentang kematian, hati terus berbisik “Ya, Allah ampun lah dosa ia, tempat lah ia dengan orang-orang beriman beri lah kesabaran kepada semua ahli keluarga ia anak isteri atau ibu bapa ia ketika menempuh ujian ini”. Biasanya saya dulukan dengan bacaan Al Fatihah, kemudian bila diselak kemuka surat yang lain terbaca lagi kisah satu kematian yang lain kata-kata yang sama akan saya bisikkan sekali lagi begitu lah seterusnya. 


Kalau baca berita yang tak mengembirakan tentang politik tanah air hati berbisik “ Ya Allah lindungilah negara kami agama kami bangsa kami bla bla bla lagi……..”.  Bila terbaca kisah penagih dadah meragut beg, pelacur yang ditangkap, pembunuh yang dihukum dan lain-lain hati akan tetap berbisik, mendoakan kesejahteraan mereka kadang-kadang bukan berbisik tapi hanya lintasan di hati tanpa kata-kata diminda membayangkan kesejahteraan hidup buat mereka.

Kalau bertembung dengan mak didapur selalu hati terus berbisik “Ya Allah panjang lah umur mak jauhkan lah ia dari sebarang penyakit bla bla bla bla lagi” begitu juga sesekali berbisik berdoa bila berjumpa ahli kekuarga yang lain.

Kalau ke masjid nampak seorang tua yang lemah berjalan hati akan berbisik, " Ya, Allah beri lah kekuatan kesihatan yang baik pada ia”. Ketika solat jika kedengaran seseorang yang sedang batuk, hati saya berbisik “Ya Allah sembuh kan lah batuknya” begitu juga kalau nampak kudis seseorang dikaki, hati saya akan terus berbisik mendoakan supaya Allah sembuhkan beliau dari kudis-kudis itu. Bila berjalan ke masjid terutama masa solat Jumaat ternampak budak-budak muda yang melepak yang sememang sah tidak pergi solat hati berbisik “Ya Allah berikan lah taufik hidayah buat mereka”

Saya selalu berbisik tiap kali nampak kelibat seorang kawan saya seorang ni di masjid, ia ketika muda lagi dah bergelar haji, entah kenapa tiap kali nampak ia hati saya selalu berbisik “ Ya Allah lindungi lah ia, berikan lah ia kesihatan baik,  murah rezeki ia bla bla bla bla…… lagi.” 

Dulu masa rajin solat subuh bersama di masjid, jika sesekali sekala tidak nampak kehadiran kawan saya ni hati berbisik berdoa minta Allah permudahkan untuk ia datang ke masjid. Begitu juga bila nampak sesiapa saja pak iman, ustaz yang sedang berceramah, budak muda yang rajin datang solat berjemaah, orang tua yang susah nak bangun berdiri dan apa saja yang menarik perhatian saya tiba-tiba hati akan berbisik mendoakan kebahagian serta diberi kesempurnaan hidup pada mereka.

Pernah dulu seorang penceramah muda bercerita bahawa ia masih belum ada rezeki dan berpeluang untuk pergi ke Mekah, tak tunggu lama hati saya terus berbisik “Ya, Allah jemput lah beliau ke sana, murahkan lah rezeki ia bla bla bla.....”


Bila ke hospital setiap kali nampak insan-insan yang kesakitan, yang terlantar di troli, yang duduk diatas kerusi roda, yang patah kaki dan berbalut simen, hati saya tanpa henti asyik berbisik “Ya Allah sembuhkan lah mereka, berikan lah kekuatan serta  kesihatan yang baik buat mereka”  Bila nampak ambulan yang bising laju menuju ke hospital hati berbisik “Ya Allah sembuhkan lah sakit sesiapa sahaja yang berada didalam ambulan itu”

Bila nampak kenderaan mewah melintasi saya ketika saya sedang  menunggang basikal hati sering berbisik “Ya Allah syukur kerana diberi rezeki padanya, murah kan lah lagi rezeki ia moga ia sentiasa bersyukur…”. Jika ternampak seseorang berjalan kaki hati berbisik, “Ya Allah murahkan lah rezeki padanya”

Pendek kata saya asyik berbisik berbual dengan diri sendiri, bila melihat apa saja yang  berlaku didepan mata kebiasaannya ini lah yang selalu saya lakukan berbisik sendirian tidak kira dimana termasuk juga ketika menonton tv dirumah. Begitu juga bila ketika sedang membaca blog tentang keluh kesah mereka yang sakit menderita di uji Allah, hati ini akan tetap berbisik secara sepontan “Ya Allah sembuhkan lah mereka, beri lah kesabaran buat mereka bla bla bla…..... lagi”
Saya sebenarnya tidak perasan tentang tabiat saya ini tapi sejak mula menulis blog ni macam-macam idea yang nak saya cerita kan kat sini so bila mula berfikir tentang diri sendiri baru tau yang saya ni asyik berbisik seorang diri, jadi saya rasa boleh buat bahan entry hehehe…

Ketika menunggang di jalanraya macam-macam yang dapat kita perhatikan dengan lebih jelas, kadang-kadang melihat awan, burung, bumbung masjid, peminta sedekah, ibu mengendung anak, apek tua bertongkat, wanita bertudung memakai t shirt lengan pendek menampak kan lengan pun boleh saya berbisik sendirian biasanya bisikan untuk kesejahteraan buat mereka. Hmmmmm entah maybe jugak ada kadang-kadang tu mengata sikit hehehe tapi tak selalu kut.


Kalau malam bila melihat bulan mengambang penuh misalnya, sah gerenti saya akan berbisik “Ya Allah inilah rupa bentuk bulan yang sama pernah di renung dengan mata baginda Rasulullah satu ketika dulu, sekarang aku juga sedang merenung benda yang sama dengan apa yang Rasulallah renung kan dulu. Selalunya tiba-tiba hati saya akan berasa bangga” Bisikan hati saya ni biasanya mengikut keadaan dan berbisik secara sepontan.

Ok satu lagi, kalau saya sedang menunggang terutama malam kalau nampak apa saja serangga atau binatang kecil yang merayap kat jalan saya akan berhenti angkat dan pindahkannya ke tempat yang selamat, biasanya letakkan ke kawasan rumput ditepi jalan dan akan berbisik “Ya Allah lindungilah binatang itu.”

Kalau waktu selepas hujan semasa menunggang paling banyak yang saya lihat ialah siput babi yang cuba menyeberang jalan seolah-olah nak bunuh diri hehehe, so biasanya saya angkat dan pindahkan ke rumput. Pernah sekali sepanjang jalan banyak siput babi, ada yang dah kena gelek pun, so saya berhenti dan mencari siput sepanjang jalan yang nak bunuh diri tu untuk diselamatkan. Terfikir juga tentu Allah suruh saya melalui jalan itu semata-mata untuk membantu siput babi itu dari di gelek kenderaan. 


Pernah berhenti mengangkat kura-kura sesat kat tepi jalan, kalau dilanggar motor hancur. Pernah saya halau lipas yang mengatal merayap ke tengah jalan, berhenti dan mengangkat ulat gonggok kecil sebesar batang mancis alhamdulillah saya nampak ulat tu nak menyeberang jalan, saya angkat ulat tu mengunakan daun. Kupu-kupu malam yang tak boleh terbang terdampar tepi jalan saya angkat ketepi takut di gelek kenderaan. 

Menghalau katak yang melompat ke jalan haaaaaa bab katak ni saya geli sikit tak berani nak angkat kena kuit halau ia, kadang-kadang ada yang liat, kalau susah nak halau dan tak begerak dikuit dengan kayu pun masih nak melompat ke tengah jalan, terpaksalah katak tu saya tinggal kan tapi hati akan berbisik “Ya Allah selamatkan lah katak tu, lindungilah ia” Biasanya saya cuba alihkan katak tu balik ke tepi saya tidak akan senang hati dan akan rasa bersalah kalau ia kena gelek kereta nanti.

Hahahaha begitu lah alkisahnya tentang sedikit tabiat pelik saya yang saya rasa boleh dicontohi bersama hehehehe. Riak ker? Maybe jugak, tapi tak pa saya sekadar nak share kat sini pembaca pun bukan kenal saya sangat pun tu pasal ada sikit berani ni hehehehe. Tak pa nanti kalau saya teringat tentang mana-mana tabiat buruk saya pulak yang tidak boleh sama sekali untuk  dicontohi,  insyaallah akan saya kongsikan juga di blog ni.

Selamat...


Monday, 26 December 2011

10 PENEMUAN PERUBATAN 2011

Saya tertarik dengan yang number 3 tu, diantara 10 Penemuan Perubatan 2011, cuba check kat bawah yang colour merah tu....


Susunan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.

1) Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.

Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) - teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan - ke atas sel manusia.
Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.
Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.
  
 2) Vaksin Malaria yang pertama.

Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah, penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang menghidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.
Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS, S itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.
Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.

3) Rawatan HIV sebagai pencegahan

Rawatan untuk HIV telah lama dijalankan dengan penggunaan dadah jenis antiretroviral (ARV) yang dapat merendahkan paras virus itu di dalam tubuh manusia, mengekalkan kesihatan pesakit dan mengurangkan risiko penyebaran HIV.

Kajian baru-baru ini mendapati dadah yang sama digunakan bagi merawat jangkitan itu juga dapat memberi perlindungan kepada mereka yang tidak menghidap HIV daripada dijangkiti.

Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Universiti Washington yang melibatkan sebanyak 4,758 pasangan heteroseksual yang seorang daripada mereka menghidapi HIV positif, penjangkitan virus kurang sehingga 73 peratus selepas tiga tahun apabila pasangan yang tidak dijangkiti virus tersebut mengambil pil ARV. 

Hmmm tertanya-tanya jugak ya, kalau orang yang sihat makan pil ARV ni ia orang kena makan tiap 12 jam sekali ke? seumur hidup jugak ke? macam kita yang +ve ni telan. Apa pun berita ini amat bagus sebagai langkah pencegahan terutama bagi pasangan isteri atau suami yang sihat tapi tinggal dengan pasangan yang PLHIV.  

Terbaca juga gossip dalam akhbar hari ini kisah seorang penyanyi yang kena hiv. Sesiapa pun boleh dapat jangkitan ini terutama golongan yang berisiko. Tapi yang paling hati ni rasa sedih bila baca peningkatan golongan wanita terutama suri rumah yang dijangkiti hiv dari pasangan masing-masing. Aduhhh kesian mereka ni, ada tu suri rumah yang full time kat dapur pun boleh dapat jangkitan. 

Meningkat daripada 1.2 peratus pada tahun 1990, 9.4 peratus pada tahun 2000 dan 18.3 peratus pada tahun 2010. Tu pasal Tan Sri Mohd. Khan (Presiden Majlis Aids Malaysia) bising ingatkan sang suami yang tahu diri tu terdedah sama ada rajin melanggan pelacur atau main cucuk jarum tu kena ingat pakai getah bila membuat hubungan kelamin dengan isteri. 

Dari tahun 1986 hingga 2010 sebanyak 91,362 kes HIV +ve yang telah dilapurkan diseluruh negara. Apa pun itu semua ujian Allah kan.


4) Piramid makanan menjadi 'sepinggan' makanan. 

Jika sebelum ini Garis Panduan Diet untuk Rakyat Amerika (DGA) mencadangkan piramid makanan sebagai diet seimbang yang menyihatkan, kini mereka memperkenalkan MyPlate, carta makanan berbentuk pinggan.
Carta pinggan berwarna-warni itu dibahagikan kepada empat bahagian sama rata iaitu buah, sayur, bijian dan protein serta bulatan kecil di tepi pinggan itu yang mewakili hasil tenusu, menggantikan piramid makanan yang mengelirukan.
Kajian yang dikeluarkan Januari lalu menggalakkan orang ramai untuk merendahkan semua jumlah jenis makanan dan mencadangkan mereka mengurangkan gula, garam dan lemak, menyeimbangkan jumlah pengambilan dengan pembakaran kalori, mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan serta makanan laut dan mencadangkan senaman fizikal selama 150 minit setiap minggu.

5) Bahagian badan membesar di dalam makmal

Pengarah Institut Perubatan Penjanaan Semula Wake Forest, Dr. Anthony Atala Mac lalu mencipta bahagian badan manusia, uretra iaitu tiub kecil yang bertanggungjawab membawa air kencing keluar daripada badan, yang boleh berfungsi dengan baik.
Atala menghasilkan satu bekas menyerupai tiub uretra dan kemudian membenihkannya dengan sel pundi kencing pesakit lalu membiarkan ia 'tumbuh'.
Apabila organ buatan manusia itu dialihkan ke dalam badan pesakit, ia kemudian terus menjalankan tugas menyingkirkan bahan buangan itu.


6) Kaitan aneh antara bakteria dan kanser usus besar.

Oktober lalu, kumpulan penyelidik melaporkan bakteria Fusobacteria yang jarang ditemui tetapi didapati membiak di sel kanser kolon dan dikaitkan dengan kemungkinan tinggi untuk jangkitan kanser.
Membandingkan tisu kolon yang sihat dan sel kanser, penyelidik mendapati Fusobacteria 100 kali lebih banyak berada dalam sel kanser.
Ia merupakan kali pertama Fusobacteria dikaitkan dengan kanser. Kajian sebelum ini mendapati bakteria itu dikaitkan dengan risiko tinggi penyebab radang usus besar berulser, keadaan di mana keradangan itu menghapuskan sel yang melapisi usus besar.



7) Penemuan efektif mengurangkan berat badan

Berdasarkan kajian terbaru, dadah jenis Onexa dapat mengurangkan sehingga 10 peratus berat badan pesakit yang obes dalam tempoh setahun.
Pil tersebut menggabungkan dua jenis dadah iaitu phentermine yang mengurangkan selera dan topiramate yang berfungsi mengawal serangan epilepsi dengan mengatur caj elektrik antara saraf otak yang turut mengawal fungsi tubuh membakar kalori.
Pesakit yang mengambil pil tersebut turut menunjukkan kemajuan dalam tekanan darah mereka, paras gula di dalam darah dan tahap kolestrol, semua yang dapat merendahkan risiko penyebab serangan jantung.
 

8) Anjing boleh menghidu kanser paru-paru

Penyelidik dari Jerman baru-baru ini berjaya melatih sekumpulan anjing selama sembilan bulan untuk membezakan sampel nafas pesakit kanser paru-paru dan mereka yang sihat.
Saintis mendapati anjing-anjing itu dapat menyedari perubahan sebatian yang tidak begitu ketara dalam nafas pesakit kanser tetapi mereka tidak dapat menerangkan apa perubahan tersebut.




9) Air liur menentukan usia

Penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapati usia mayat yang ditemui dapat ditentukan dari bahan genetik mereka iaitu air liur. Pengaruh persekitaran seperti diet, tekanan, pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebarang agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu malah toksik sekalipun tidak dapat menukar DNA di dalam air liur.





10) Peramal risiko kematian?

Satu kajian mendapati ujian darah yang ringkas dapat meramalkan siapa yang berkemungkinan untuk meninggal dunia kerana serangan jantung ataupun kanser. Kajian selama 12 tahun terhadap hampir 2,000 orang mendapati mereka yang mempunyai paras enzim digelar katepsin S di dalam darah lebih berkemungkinan besar untuk meninggal dunia akibat penyakit tersebut.
Penyelidik masih tidak dapat menentukan bagaimana katepsin S menyebabkan sakit jantung atau kanser tetapi syarikat perubatan kini sibuk cuba menghasilkan bahan yang dapat menyekat kesannya.



sumber: www.time.com

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST